Tuesday, November 3, 2009

Alhamdulilah.... malam td tepat jam 4:00 pagi, akhirnya penyeksaan aku berakhir.

Penyeksaan apa? Dah 2 hari aku tercekik tulang ikan selar kuning. Padahal ikan tu punyer laa kecik kan. Tapi nak uat macam ner, dia nak melekat jugak kat tekak nie. Dah bermacam2 cara aku cuba. Antaranya :

Udes : Kepal nasi panas2, pastu telan kat tempat yg kena tu
Fz : Macam nie ok ke nak gumpal nasi tu? Ke nak besar lagi?
Udes : Cukuplah besar tu, kang nanti x pasal2 udes kena hantar gie hospital sebab tercekik nasi pulak.
Fz : Hahahahahaha.....

Itu cara yang pertama dilakukan. Tapi masih tak berjaya.

Call ibu..

Ibu : Sebelah mana yang tercekik tulang tu?
Angah : Sebelah kanan
Ibu : Ambil pinggan yang makan kelmarin... Pusing 3 kali ke kiri. sebelum tu baca selawat 3 kali
Angah : Dah buat... Harap2 menjadi yea ibu

Itu cara yang kedua dilakukan. Tapi masih tak berjaya.

So, sebelum nak tido malam tadi dah nekad nak gie hospital je. Tapi............ SEGAN laa pulak. Kahkahkahkah!!!

Jam 4 pagi terjaga dari tido. Terasa sakit sangat kat tekak nie. Ya Allah..... Cuba untuk kesekian kali untuk tarik tulang tu, tapi masih tak berjaya....

Akhirnya, aku ambil berus gigi... aku golok sampai ke dalam tekak. setelah percubaan yang ketiga, alhamdulilah......... dapat jua dikeluarkan tulang tersebut.

Rasa2 macam nak frame je tulang tu. He3...

P/S : Dah try ambek pict tulang tu, tapi sebab halus sangat so x nampak2 pe2 pun.

Sesungguhnya, aku bersyukur kerana dah terlepas dari seksa dunia nie. Alhamdulilah...

No comments: