Thursday, December 3, 2009

Bersyukur.....

Mgapalah manusia nie ditakdirkan tidak pernah mahu bsyukur dengan apa yang sedia ada? Terasa sakit sangat kepala nie memikirkan kereneh2 manusia yang ada disekeliling aku sekarang nie.

Actually, aku dah belikan seunit televisyen plasma 42inci untuk tempat aku bekerja nie. Sudahlah aku yang perlu memeras otak memikirkan justifikasi keperluan yang cukup logik bagi perolehan tersebut. Aku juga yang perlu mencari spec untuk perolehan tersebut dan aku juga perlu mencari 3 pembekal untuk menyediakan sebutharga tersebut. Sepatutnya itu bukan dalam bidang tugas aku. Aku hanya perlu mencar pembekal. Bukan memikirkan itu semua. Tetapi.... aku buat jgk untuk menyenangkan hati semua.

Nak dijadikan cerita, bila barang tersebut sudah dihantar oleh pembekal semalam... Ada suara2 sumbang yang bersuara meminta dipasang baraket dan antena ke luar bangunan. Ada juga yang meminta dibelikan DVD pula. Adoyaiiii.....sesak seketika nafas aku nie. Sudahlah ucapan terima kasih tidak diucapkan, malah permintaan yang terlebih2 pula yang diminta.

Wahai insan2..... bersyukurlah dengan apa yang kalian sudah miliki. Bersederhanalah dalam segala hal.

1 comment:

BRO_MONDAY said...

biar kan je mereka dalam alam mereka...sesungguhnya Allah SWT Maha Kaya ('',)