Saturday, January 1, 2011

♥♥♥ Walimatus ♥♥♥

28.11.2010...

Tarikh keramat dalam hidupku... Dengan rasminya aku kini menjadi seorang isteri. Bagaikan tak percaya status yang kini ku sandang. Alhamdulillah, majlis berlangsung dengan lancar walaupun dikala persandinganku hujan mencurah2 turun dengan lebat.

Terharu dengan saudara mara serta sahabat2 yang datang dihari bahagiaku. Tiada apa yang kuharapkan dari mereka semua, hanyalah kehadiran mereka semua memeriahkan suasana dihari bersejarah aku. Thanz again....
Inilah hubby ku yang telah siap dihiasi.... cantek kan hik3
Bersama2 hantaran dari sebelah lelaki...
Bersama2 hantaran dari sebelah perempuan...

Acctually cake yang telah kami design kan berbeza dengan apa yang terhasil nie. Rasa kecewa juga sebenarnya tp kami terima sebab pihak yang terlibat tidak mention pun pada kami lebih awal. Selepas majlis barulah diberitahu.

DF --- Din & Feeza

Defa Qasehnya Sempoi..... Pelamin & baju pilihanku. Cantek tak? Aku teruja sangat apabila melihat hasilnya. Tenz to Astana Bridal & tenz to kak zila :D

Duduk Di Pelamin Angganku... 
Semoga KITA bahagia hingga ke Jannah... Amin


No comments: