Monday, January 24, 2011

Aktiviti Terbaru

Alhamdulillah... setelah percubaan kali pertama berhasil dan mendapat pujian kini aku meneruskan lagi percubaan tersebut. Pn Defa buat nie semata2 mahu membantu En Defa.

Pagi nie seawal jam 4:30 Pn Defa sudah pun bangun untuk menyediakan Nasi Goreng Kampung bersama Ayam Goreng Berempah. Kuih2 muih pula adalah Pau Kacang Merah, Pau Kaya, Popia Ayam & Kentang serta Samosa Otak2.

Bersyukur sangat2 sebab En Defa pun turut bangun awal untuk membantu. Nak mencari duit lebih kena saling bantu membantu kan.

Disebabkan Pn Defa tak larat nak mengoreng nasi yang banyak tu, maka En Defa telah pun membantunya. Pewitttt.... dia cakap, tak payah pergi belajar masak jauh2 sebab Pn Defa dah ada untuk ajar dia. Alahaiiii, siapalah Pn Defa sekiranya nak dibandingkan dengan Ayah Pn Defa yang sudah berpengalaman memasak bertahun2 lamanya.

Tepat jam 6:30 semuanya telah siap... Terus berangkat ke opis masing2. En Defa gembira sebab dia sudah tidak perlu menunggu. Sebelum nie dia terpaksa menunggu orang untuk hantar ke semua makanan dan dia akan terkejar2 untuk buat ke semua order. Kesian sebenarnya Pn Defa pada beliau sebab tu digagahkan diri untuk buatkan.

Pn Defa tetapkan syarat, kalau first time buat, orang puji sedap maka Pn Defa akan teruskan membuatnya. Maka pada last week percubaan, telah pun mendapat pujian kenalah Pn Defa teruskan. Alahaiii untuk kami bersama jua. Sama2 susah... Sama2 senang....

Jangan fikir nak senang tapi suami yang terpaksa bsusah2kan...

So... inilah kerjaya Pn Defa yang baru... :)

1 comment:

BRO_MONDAY said...

sis pieja : TERBAIK...ai laik dis..bagus gak, untong rugi bersih atas kite sendiri...abam din x perlu lagi nak kuarkan modal beli kuih muih untuk order mitim...bagus tu...susah dahulu senam kemudian..ai sokom ('',)

p/s : Sila lah BW ye...tengkiu...
1. New Entry "CONTEST KAMI POSE COMEY"