Wednesday, December 28, 2011

24.12.2011

24.12.2011 adalah tarikh yang aku dan sekeluarga tidak sabar2 menanti kerana tarikh tersebut kami semua sudah merancang akan pergi bercuti ke Cameron Highlands. Masing-masing menghitung hari demi hari dan membeli beberapa kelengkapan yang tiada.

Tapi..... pada pg 24.12.2011 sedang kami semua bersiap untuk gerak ke Cameron, kami mendapat panggilan dari kampung, menyatakan ibu saudara ku yang bongsu telah pun pergi buat selama-lamanya. Ya Allah.... mengapa semua ini berlaku dalam sekelip mata... Aku masih belum bersedia untuk menerima arwah pergi buat selamanya... dialah rakan sepermainan aku sewaktu kecil hinggalah kami semua mempunyai keluarga masing2. Beza kami hanyalah setahun sahaja.

Kami sekeluarga terus bergegas balik ke kampung. Tapi dalam perjalanan (sudah sampai pagoh) kami dimaklumkan jenazah sudah pun dikebumikan... Ya Allah, luluh sungguh hatiku. Mak aku lah insan paling terkilan kerana pada malamnya, mak singgah ke kampung. Dapat lihat arwah gembira kerana mak balik. Tetapi sewaktu mak hendak gerak balik, arwah sudah tido jadi dia tak sampai hati hendak mengejutkan. Cuma dia berpesan, "adik, tunggu angah balik eaa".

Mak Ude memberitahu mak, yang arwah mencari mak selepas sahaja mak pergi. Arwah nak jumpa dengan mak. Arwah kata mengapa tak jumpa dengan beliau sebelum balik. Ya Allah, bagaimanalah mak hendak menerima semua ini. AKu daoakan mak tabah menghadapinya.

Di akhir2 waktu, arwah memang terlalu manja dengan adik beradiknya. Hinggakan dia dipangku oleh salah seorang abgnya pada petang tersebut.

Hingga detik ini, aku masih terpandangkan wajah arwah yang tersenyum sahaja melihatku ketika aku pulang semasa hari raya haji lepas. Itulah kali terakhir aku melihat beliau. Sempat ku cium beliau dan menyatakan semoga beliau cepat sembuh. Tapi semua tu hanya tinggal kenangan sahaja.

Doaku semoga roh ucu ditempatkan dikalangan org2 yang beriman.

Al-Fatihah....

Salina Binti Abdullah



3 comments:

june said...

takziah atas pemergian arwah

QasehTercipta said...

terima kasih yai

@s said...

takziah kak..semoga arwah dicucuri rahmat..amin..