Tuesday, July 26, 2011

Berderai Airmataku

Semalam melawat usu di Hospital Batu Pahat... Melihat akan keadaan beliau, mata ku sudah berkaca2 mahu menitiskan airmata tapi ku tahankan jua demi beliau...

Apabila dipujuk untuk mandi, beliau hanya mengelengkan kepala... mungkin dia malu bila mana perlu melalui ramai orang sebelum sampai di tandas.

Aku dipahamkan hari Isnin 26/07/2011, usu akan menjalani pembedahan pertama. Setelah sekian lama beliau menanggung, menyimpan akan penyakit itu, baru kini beliau mahu menjalani pembedahan...

Setelah hampir jam 7malam, semua beransur pulang memandangkan waktu melawat sudah tamat. Aku menghanpiri usu dan bersalam dengan beliau. Ku tanyakan kepada beliau, masih kenalkah dengan aku. Dengan senyuman terukir dia menyebut nama panggilan ku. Alhamdulilah.... sedikit demi sedikit ingatannya kembali pulih. Syukur Ya Allah... Lantas ku cium kedua belah pipinya... ku usap2 raut wajahnya,,,,, Ya Allah..... sembuhkanlah usu ku ini.... Aku sayangkan beliau... Tanpa dapat diseka lagie,,, airmata ini jatuh berguguran.

Maafkan jaja usu. Jaja dah cuba tahan daripada ianya jatuh tapi.... Jaja dengar usu cakap, "Janganlah nangis...." Tapi airmata nie tak dapat ditahan2 lagi. Maafkan jaja.... Terus aku berlalu pergi meninggalkan beliau. Aku berharap usu ku akan tabah melalui semua ini. Semoga pembedahan yang beliau jalani akan selamat. Insyallah.... Aminnnn

Monday, July 18, 2011

Kesedihan

YA ALLAH YA TUHAN KU AKU MOHON PADAMU YA ALLAH SEMBUHKAN LAH SALINA ABDULLAH KERANA SESUNGGUHNYA INI ADALAH UJIAN DAN KEHENDAK MU DAN DIA PULIH PUN JUA DIATAS KEHENDAK MU JUA.. AMIN YA ROBBUL ALAMIN.

Terlalu pilu bila mendapat berita akan kesakitan dan kesengsaraan makcik bungsu ku... Dia adalah rakan sepermainan ku dari kecil memandangkan umur kami cuma beza setahun sahaja.

Terlalu terkilan sebab beliau tidak mendapatkan rawatan dengan segera. Padahal bulan 4 lagi sudah dapat dikesan akan virus tersebut. Kini setelah 3bln, beliau disahkan kenser tahap 4. Nasib baik pakcik-pakcik ku yang lain berkeras juga untuk membawa beliau ke Hospital Batu Pahat. Padahal ibu ku yang seorang kakitangan Hospital telah menasihatkan untuk menjalani rawata di hospital tetapi hampa.... Saranan ibu ku dikecam. Masih mahu meneruskan rawatan tradisional.

Memang tidak salah untuk berusaha tetapi kenalah berusaha sehabis daya. Bukan sekadar berharap dengan satu-satu jalan sahaja.

Doaku semoga ketabahan akan sentiasa berada di dalam jiwa beliau dan ahli keluargaku untuk menghadapinya. Buat nenekku, banyak2 bersabar. Nenek jangan nangis2, nenek kena kuat.....