Friday, November 23, 2012

Rentetan JJM

Inilah wajah JJM yang telah ku jaga dan belai sampai saat ini. ramai gak yang meminta aku menjualkan tapi.... jawapan aku tetap sama NO. dengan en Suami pun telah diberikan ingatan yang aku tidak mahu jualkannya kerana inilah hasil titik peluh aku dari mula bekerja sebagai Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) sehingga kini. 
JJM tidak pernah pun menyusahkan aku dan yang paling utama tidak MENGERINGKAN poketku hahaha... 
Terlalu banyak kisah suka dan DUKA aku bersama JJM. yang paling tidak aku lupakan saat aku kemalangan pada tahun 2007. itulah tindakan paling bodoh aku lakukan. nasib baiklah rosaknya tidak teruk. waktu tu fikiran bercelaru dan aku menyesal sungguh2. kalau diberikan peluang untuk putar masa kembali, aku tak mahu pun bawa penumpang yang berada di sebelah aku saat tu dan menyesal sungguh kenal dengan dia. kalau aku tahu, aku campak aje dia dekat mana-mana hahahaha.... tapi mak pesan, TAK BAIK!!! itu sudah ketetapan yang telah tertulis sejak awal dan kena terima dengan redha.

So,,, mari kita layan sedikit gambar JJM

JJM kesayangan dengan Side Mirror B13


Pioneer Dash Doubel-Din... boleh layan movie dlm keta

SSCUS Euro PU Kini yang diidamkan telah aku sarungkan... memang terbaik seat nie... tapi saiz tak ngam ngan badan hihihi




No comments: