Thursday, April 25, 2013

Hello!!!!!

Ini sindrom yang ku alami kini... tekanan siotttt

Bila angkat phone tak mahu cakap, diam membisu aje...



Kini tambah dengan  pesanan yang menyesakkan jiwa... aduhaiii kawan, saya nie isteri orang tahu. kenapalah tak paham sungguh.
Bila ditanya mana pergi isteri dia, dia boleh kata sudah MENINGGAL... tak tahu maksud meninggal tu apa. meninggal dunia atau meninggalkan dia. tapi yang aku pasti, aku tidak mahu diganggu! aku sudah punya suami yang sudah menyempurnakan setiap kekurangan dan menerima setaip kelebihan diriku. aku tidak perlukan insan lain.

Thursday, April 4, 2013

Doaku Untukmu Sayang

video

Ini vidoe yang en suami post dekat FB... walayehhh boleh pulak jiwang en suami ni hihihi... apa pun terima kasih yang tidak terhingga kerana menyayangi dan sanggup bersusah payah untuk saya...

Sayang kamu ketat-ketat..... ♥♥♥

Wednesday, April 3, 2013

Flying Squad IADA Kemasin & KETARA


31 Mac 2013 (Ahad), seawal jam 6:30 pagi dah bergerak ke LCCT untuk ke Kota Bahru bagi tindakan susulan selepas kedatang pertama pada bulan Oktober 2012. 

Kami pergi seramai 6 orang. SUB Bahagian Khidmat Pebgurusan, TSUB Cawangan Kewangan, KPSU, PSU, PPT & PT Unit Pengurusan Aset & Stor.

Penerbangan kami tiba awal daripada yang dijangkakan. Nasib baik setiba di Lapangan Terbang Kota Bahru, sudah menanti pemandu2 dari IADA Kemasin. Terus kami di bawa menjamu selera. 

Minuman di Kelantan nie memang kurang kena dengan tekak aku, terlalu manis. sudah diminta kurang manis tapi tetap terasa tersangat manis... nasiblah aku tak dapat suami orang kelantan hihihihi....

Selesai menjamu selera kami terus dibawa ke IADA Kemasin untuk tinjauan. Alhamdulilah, setelah teguran yang dibuat oleh kami semasa kedatangan kali pertama dahulu, banyak perubahan dari segi fizikal dan dokumentasi.

IADA Kemasin, Gunong

Jam 6:30 petang baru kami sampai ke  Grand Riverview Hotel. Badan memang tak payah nak dikata. Memang terlalu flat. Kami bersiap2 segera untuk makan malam pada jam 8:30 malam di Cerana Villa Resort & Medan Ikan Bakar.

Selamat Datang.... 


1 April 2013, seawal jam 8pagi kami bergerak ke KETARA di Kerteh, Terengganu pula. Perjalanan kami mengambil masa lebih kurang 1 jam 15minit. 

Alhamdulilah, di KETARA tidak terlalu banyak yang perlu dibuat teguran. Selepas exit conference yang dimulai oleh SUB dan disudahi oleh aku sendiri kami terus sahaja solat sebab selepas itu kami akan melawat tapak 2 empangan.





Masa ini kami berada di atas. Gayat giler masa nak naik tapi gagahkan diri untuk naik sebab bila lagi mahu merasainya. 
Nampak air kat belakang tu.... kedalam air tu 15meter. kalau jatuh dlm tu mmg tak ada harapan kot...


Selepas tu, kami bergerak ke tapak projek yang famous hihihi.... famous bersebab nie :)
Projek Pembangunan Empangan Paya Peda. Kami dah rasa macam engineer pula masa ni kihkikh

Taraa.... kami sudah berada di site yang pertama


Ini site tingkat kedua... 


Ini TSUB aku... masa ni kami sudah berada di paras yang paling atas 60meter... mmg gayat giler


Masa di tapak nie, memang berdebu, berpasir ditambah pula dengan cuaca kemarau. peluh jantan betina semua dah keluar wkakaka.... Tetapi rasa puas sebab dapat rasa suasana baru. Bila empangan dan bakal dibuat tempat reakrasi, kami boleh bangga sebab kami dah sampai dahulu tempat ni semasa pembinaan hehehe.... :)

2 April 2013, selepas sarapan pagi kami ke Pasar Siti Khadijah yang famous tu... masing2 membeli sakan tapi aku sekadar meninjau sahaja. maklumlah dalam kepala otak nie sudah merancang untuk ke mari bersama encik suami hehehe.... bila tu masih belum pasti. Selepas tu kami ke Lapangan Terbang Kota Bahru  memandangkan penerbangan kami pada jam 11:55. Agak delay sedikit penerbangan kami. Kami tiba ke KLIA pada jam 1:10 petang.