Wednesday, January 30, 2013

Tuesday, January 29, 2013

Tempahan 29.01.2013



alhamdulilah... sebanyak 40 set Nasi Lemak Ayam Goreng di Bahagian Pengurusan Maklumat


Tempahan Nasi Lemak Ayam Goreng

Monday, January 14, 2013

Kecewa



Malam ni jiwa saya resah...Ada sesuatu yang buat saya kecewa sangat. Ada perkara yang buat saya tercampak jauh sangat...Rasa macam dilempar jauh... 

Bukan mengharapkan sesuatu yang terbaik tetapi cukuplah sekadar memahami keadaan dan menghargai apa yang sudah ada...

Ya Allah, hilangkanlah resah hati ini, tetapkanlah hatiku hanya untukmu Ya Allah...jauhkanlah segala resah dan payah dari hati ini..Kuatkanlah semangatku untuk mengharungi segala-galanya...

Friday, January 11, 2013

Berat Badan

Dahulu sebelum berkahwin berat badan aku cuma 45KG sahaja... tetapi sejak aku bertunang dan seterusnya kini sudah 2 tahun berkahwin, berat badanku naik dengan mendadak sekali... semua orang tegur akan perubahanku. baju??? memang tak muat arr semuanya kihkihkih...

tapi bermula Oktober 2012, aku tekad untuk capai berat ideal sesuai dengan ketinggianku. sebab UTAMA.... aku telah mencapai tahap OBESITI kihkihkih.

April 2010  (45KG)   -------->>>  Oktober 2012 (63KG)


 lihat...lihat...lihat.... 18KG beb beratku naik. padahal dulu nak naik 1KG pun payah giler tapi sejak ku berkenalan dengan en defa bam bam nie, aku pun naik mcm dia kihkihkih...

Oktober 2012 (63KG) ----->> 11 Januari 2013 (54KG)


alhamdulilah, berkat usaha, kini aku sudah mencapai berat ideal dengan ketinggiku cuma 158cm (pendekkan aku nie, asyik kena ejek aje ngan en defa kihkihkih). sepatutnya berat idealku sekadar 55KG sahaja tetapi target ku ingin capai sehingga 50KG :)). en defa tak bagi sebab katanya kini pun aku dah melengkung hahaha, dia jelous sebenarnya kan..kan... 

masalah aku adalah tang...peha. mcm fafau, drumstikkkkk.... payah sebab masa sekolah aku main lumba jarak jauh, so bila stoppp...ini yang aku dapat hahahaha... 

tapi itu tidak mematahkan semangatku. aku nak sampai tahap 50KG sebelum April 2013.  will see :)



Kau Pergi Jua Nendaku....

Tanggal 22.12.2012 tidak akan dapat ku lupakan... nenek ku pergi untuk selamanya.. tiada lagi senyuman dan gelak tawa arwah untuk ku dengar lagi.

menitis air mata melihat kesakitan yang beliau alami dihujung-hujung permergiannya. kalau diikutkan hati memang tidak tergamak mata ini melihat tapi ku kuatkan hati untuk melihat kerana hati ini sudah berkata ini sahaja peluang terkahir.

pada bulan oktober 2012, semasa Hari Raya Haji... kami semua sempat meraikan hari ulangtahun beliau. tak sangka itulah yang terakhir untuk kami semua. waktu itu nenek sangat2 gembira dikelilingi oleh anak2, cucu2 dan cicit2nya. indahnya suasana itu.

buat kali yang terakhir, ku cium lembut ke kedua-dua pipinya kerana ku sedar selepas ini aku tidak akan berpeluang melakukannya. nenek... jaja sayang sangat2 dekat nenek. terima kasih kerana satu masa dulu pernah menjaga jaja dengan sempurna. jaja tidak akan pernah melupakan jasa nenek. semoga nenek tenang di sana bersama arwah atok dan usu....