Wednesday, October 29, 2014

APC 2014

Ini buktinya... Alhamdulilah

Thursday, October 23, 2014

Majlis Persaraan Timbalan Setiausaha Bahagian Kewangan

Majlis sudah lama berlalu tetapi baru kini ada kesempatan nak upload sedikit gambar kenangan....




2 Tingkat Pulut Kuning hasil air tanganku... bangga hihihi

Inilah hasil deko oleh tanganku yang tidak kreatif hahaha... 


dapat berdiri sebelah KSU



Friday, October 10, 2014

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang

Alhamdulilah.... syukur yang tidak terhingga atas kurniaan yang telah Allah berikan. Setelah 6 tahun berkhidmat, pagi ini aku mendapat berita gembira bahawa aku mendapat anugerah APC bagi Tahun 2013... Kementerian aku ni memang setiap tahun buat anugerah APC dah hujung2 tahun, tu kena bising dengan Menteri hahaha...

Akhirnya hasil kerja keras selama ini mendapat penghargaan daripada pegawai atasan... ikutkan markah LNPT oleh PPP (Pegawai Penilai Pertama) tidaklah tinggi tetapi mungkin pegawai lagi atasan memandang segala hasil kerjaku selama ini. Kadang-kadang terlalu bahaya apabila mendapat PPP yang terlalu kedekut markah! (stress aje bila tengok markah yang dia berikan)... aku masih ingat lagi kata-kata bekas PPK (Pegawai Penilai Kedua), "kenapa yang nak kedekut markah, tak luak pun kalau itu dah memang layak untuk beliau".

Aku tak kisah kalau tak dapat APC cuma aku berharap agar markah LNPT aku dinilai dengan sewajarnya.. itu sahaja... Ini sudahlah aku uruskan dari A to Z, tutup2 beri markah cukup2 makan. siapa tak sakit hati. Itu belum lagi dikira, aku yang terpaksa buat kerja rakan setugas aku yang sering kali tak hadir bertugas, yang sering kali hilang semasa bertugas..

Tapi hari ini, aku memang cukup2 bahagia apabila semua rakan dan pegawai atasan mengucapkan tahniah atas kerjayaan ku. Alhamdulilah...

Untuk En Suami... terima kasih kerana selalu menjadi tempat aku meluahkan segala berkenaan kerja. Terima kasih atas segala sokongan dan dorongan.

So, sekarang tengah tunggu majlis penyampian bersama Menteri pada 23hb Oktober 2014 dan surat kelulusan bertukar pulak... Kita enjoy!!!!!

Thursday, October 2, 2014

Rumahku


Alhamdulilah.... Akhirnya semua sudah siap dipasang... Orang yang kami upah untuk pasang memang cakap amat susah nak pasang semua kelengkapan rumah ku... Sorry yea wak, dah hati kami berkenan dengan lampu2 yang macam gini. En Suami lah antara yang paling tidak sabar nak melihat lampu2 tu siap dipasang... Malam tadi terus dipaksa jugak kami semua ke rumah untuk menyaksikan keindahannya cewahhhh hahahahaha...

Grill semua dah siap pasang, tangki air pun sudah dibuat baypass, kitchen kabinet dan wardrobe pun susah settel... Memang hati tersangat puas hati. Kami dapat perkhidmatan yang murah berbanding yang telah aku buat servey.... Aku ni kalau boleh nak murah dan murah lagi tapi hasil kena tip top... sebab tu aku rajin2 diri untuk buat research dengan encik google... nak harapkan en suami.... ermmm memang dia main lebur aje duit hehehe...

So, sekarang hanya tinggal kemasan terakhir, iaitu mengecat rumah :-)   
Insyallah minggu ni kami akan ke kedai cat untuk menelek2 cat mana yang kami berkenan... 

Warna yang dalam list :

Ruang Tamu : Warna Kuning Terang (Pilihan Ayah)
Warna Coklat Muda (Pilihan Suami)
Warna Putih Pearl (Pilihan Sendiri)






Hari INOVASI 2014





Alhamdulillah... untuk kali kedua berturut-turut aku memenangi Anugerah Pengurusan Stor...

Inilah sumbangan ku kepada Bahagian.... Mungkin ini adalah hasilku yang terakhir sebelum aku keluar dari sini...

Keluar??? Yupp... bos akhirnya meluluskan permohonan pertukaran ku yang telah ku pohon sejak tahun 2010 lagi... 3tahun lebih permohonan aku disimpan rapi oleh bos... Elok sahaja dia hendak bersara, terus beliau luluskan permohonan ku hahaha... Pandai sungguh permainan bos aku ni