Friday, June 27, 2014

Kursus Pengurusan Stor MOA




Akhirnya setelah sekian lama, my bos minta buatkan makan minum untuk kursus kami... kali ini barulah aku berpeluang untuk ambil. Bukan aku nak menolak tuah, tapi aku tak mahu dikatakan menggunakan kuasa yang ada dengan memilih katering sendiri.

Alhamdulillah, makan minum selama 2 hari ini mendapat maklumbalas yang baik. Syukur

Hari Pertama : Lontong bersama Kuah Lodeh
Ikan Bakar Sambal Air Asam
Ayam Masak Lemak Cili Padi
Sayur Kacang Tempe Tauhu (Jawa beb hihihi)
Buah Tembikai Merah
Bubur Kacang bersama roti panjang

Hari Kedua : Mee Hoon Putih (Singapura) bersama lada jeruk
Ayam Masak Merah
Daging Masak Kicap Berempah (Memang mendapat perhatian... )
Sayur Bendi Goreng
Bubur Pulut Hitam (hingga menjilat periuk...)


Puding Kordial


Puding Kordial
80pax 

Alhamdulilah, dihari-hari terakhir sebelum bermulanya Ramadhan masih menerima tempahan... dan syukur kerana mendapat feedback yang begitu baik sekali. Syukur ke hadratMu.

Thursday, June 26, 2014

PAP SMEAR

Anda sudah jalaninya??? Aku ni pun baru aje lepas buat. Aku ni takut bila baca katanya sakit hahaha... Aku ni kan takut sakit. Tapi bila dah buat, tak sakit pun. Sakit lagi semasa aku buat ujian HSG dulu. HSG? ooo,,, nanti ada masa aku cerita.

So, aku nasihatkan kepada para wanita-wanita yang sudah/hampir menjangkau usia 30an dan yang telah melahirkan anak, segeralah menjalani pemeriksaan ini.

Untuk pemeriksaan di Klinik Kerajaan percuma sahaja tetapi result/keputusan antara 3bulan hingga setahun. Kalau nak result yang cepat, kenalah labur sedikit wang :-)

Apa itu ujian Pap Smear?

Ujian Pap Smear adalah ujian saringan bagi mengesan kanser serviks peringkat awal. Ianya di antara ujian saringan yang terbukti boleh menyelamatkan nyawa.

Apa itu serviks?

Serviks adalah pangkal rahim. Sebelum menjadi kanser, serviks menunjukkan perubahan di dalam sel-selnya yang merupakan peringkat pra-kanser. Peringkat awal ini mengambil masa beberapa tahun sebelum ia bertukar kepada kanser serviks dan pap smear boleh mengesannya peringkat ini dengan mudah.

Siapakah yang perlukan ujian Pap ?

Setiap wanita yang pernah mangadakan hubungan seks perlu menjalani ujian Pap terutamanya:
Mereka memulakan hubungan seks pada usia < 18 tahun
Mereka yang mempunyai pasangan seks berbilang.
Pasangan seks wanita tersebut atau suami yang mempunyai ramai pasangan seks.
Mereka yang mempunyai Jangkitan kuman HPV (agen penyebab kanser)
Perokok
Tidak pernah/lebih 3 tahun tidak melakukan ujian Pap Smear.

Bagaimanakah ujian Pap Smear dilakukan?

Pemeriksaan faraj akan dilakukan dengan mengunakan speculum. Kawasan dalaman faraj dan serviks akan dilihat dengan mata kasar. Setiap ketidaknormalan akan diperiksa dengan teliti.
Dengan mengunakan kayu kayu kecil (spatula) sel-sel pada bahagian serviks akan diambil dan akan dismear pada permukaan slaid. Slaid ini kemudiannya dihantar ke makmal untuk diproses sebelum dibuat pemeriksaan mikroskopik.

Bilakah waktu yang sesuai untuk ujian Pap Smear dilakukan?

* Digalakkan datang selepas haid kering atau dalam peringkat pertengahan pusingan haid iaitu hari kesepuluh

Apakah yang sebenarnya berlaku semasa ujian tersebut

Tanggalkan seluar dalam.
Berbaring di atas katil.
Doktor atau jururawat akan memasukkan alat kecil yang dinamakan spekulum ke dalam vagina dengan lembut supaya servik boleh dilihat.
Sejenis kayu 'wooden spatula' dan berus yang kecil 'cytobrush' dimasukkan ke dalam pangkal rahim (keseluruhan servik 360o) untuk mengambil sedikit sel.
Sampel ini disapu di atas slaid dan dihantar ke makmal untuk diperiksa di bawah mikroskopi dimana laporan akan dibuat.
Ujian ini mengambil masa beberapa minit sahaja.

Nota penting:

1.Tidak boleh bersama (melakukan seks) dua hari sebelum berjumpa doktor kerana ditakuti ciri-ciri yang dikesan mempengaruhi keputusan.
2. Jangan malu untuk bertanya doktor tentang ujian PAP"

Pap Smear Test Kit

Vaginal Speculum




Friday, June 20, 2014

Pulut Kuning Berhias





Alhamdulilah, done... Taraaaaa.... Maaflah jika deco tidak cantek,,, baru first time buat. Biasa buat pulut aje tak pernah nak mendeco2 nie... tetapi sempena Majlis Persaraan Big Boss, opismate semua minta buatkan pulut kuning bagi menggantikan kek...




Thursday, June 5, 2014

~Tempahan~






Harga Rumah Naik 8% Setahun



"Kasut Baru" Vossen


Inilah penyakit en suami... baru hari isnin tukar tayar, sekarang mintak tukar 'kasut' baru pulak... Setelah berhari2 asyik bisik Vossen... Vossen... Vossen, akhirnya Si Isteri ni pun ikutkan juga. Semalam lepas aje kerja terus shoot gie Shah Alam. Nasiblah jalan tak jem... kalau tidak memang semangkuk bebelan aku

Restoran Chop & Steak Serdang Sri Kembangan


Malam ni makan malam di Restoran Chop & Steak Serdang Sri Kembangan... Saje suka2 sebab dah lama tak makan dekat sini dan bawa family jalan2