Monday, December 29, 2014

Sakit Hati

Alhamdulilah... 27 Disember 2014, telah selamat buat kenduri doa selamat sempena rumah baru... 
Terima kasih yang tidak terhingga kepada ahli keluarga dan saudara mara yang datang dan membantu secara rasmi dan tidak rasmi hehehe....

Tapi kepada insan2 VVIP yang perlukan jemputan istimewa, harap maaflah tiada layanan setaraf VVIP untuk kalian.. Nama pun buat kenduri, memang tak ada masa nak berikan layanan setaraf itu. Maybe kalian boleh dapati di tempat lain tetapi bukan di kediamanku. 

Kecewa??? sudah semestinya aku adalah insan yang terlalu kecewa bila ada suara2 sumbang memperkatakan semua ini. Pada aku ini semua terlalu waste... kepada yang tidak suka, sila angkat kaki dan pergi. Itu sahaja aku pinta. Tidak perlu hendak membebel dan menyindir2. Aku punyai ramai saudara mara tidak kira dari sebelah ayah @ ibu dan acapkali kami membuat kenduri tetapi inilah kali pertama aku menghadapi situasi sebegini rupa. 

Tolonglah jadi seperti orang dewasa, jangan terlalu menjadi terlalu keanak-anakan. memang tidak elok membenci sesama umat so please jangan menambahkan rasa kebencian itu dalam diri aku ini. Aku ni manusia biasa, sekali orang berkata aku boleh terima tetapi kalau asyik dihimpit keadaan sebegini rupa, aku memang cakap terus terang ... aku tak mampu nak hadapi.