Sunday, December 6, 2015

PENJAWAT AWAM

Alhamdulillah, hari ini genap 8 tahun aku bergelar penjawat awam.. terlalu banyak memori gembira dan duka sepanjang perjalanan 8 tahun ini..

Aku terus menanti dan terus menanti rezeki ku untuk menjawat jawatan lebih tinggi setaraf dengan kelayakkan yang aku ada kini. Semoga akan ada sinar ke arah itu. Aminn...


Thursday, December 3, 2015

BAPA MERTUA





Rutin aku dan suami.... balik ke Melaka setiap 2@3 bulan sekali (ikut tarikh yang ditetapkan oleh doktor) membawa bapa mertuaku check up mata di Hospital Terendak, Melaka. Doktor telah mengesahkan bapa mertuaku ini mengidap penyakit Glaukoma.

Bukan tiada adik beradik suamiku yang lain. Tambahan pula mereka berada di sana dan tidak perlu mengambil cuti. Tetapi aku dan suami lebih senang hantar beliau. Sebab senang aku paham apa penjelasan daripada doktor.

Selagi mereka masih ada, korbanlah masa, tenaga dan wang anda. Setelah mereka tiada, itu semua tidak bermakna.

Aku dan suami pun cukup adil hihihi... Setiap 3 bulan juga, kami balik ke Johor Bahru membawa ayah ibu ku untuk check up rutin di sana. Kenapa tidak tukar ke Putrajaya? Mereka tidak mahu. Alasannya senang berurusan di sana. Sebagai anak, aku ikutkan sahaja, janji mudah untuk mereka semua. Ayahku memang boleh memandu, tetapi sebagai anak tidak tergamak menyuruh beliau memandu sejauh itu seorang diri. Biarlah kini aku pula berbakti kepada mereka.

Terima kasih Encik Suami, aku tidak tahu andai ada suami yang sanggup berbuat sebegitu. Setiap 3 bulan harus memandu selama 4-5 jam dan menghabiskan waktu rehatnya.
Semoga ikatan terus terbina hingga jannah. Aminnn...

Apa itu Glaukoma?


Glaukoma adalah penyakit mata dimana tekanan cairan dalam bola mata menjadi terlalu tinggi, sehingga merusak serat lembut saraf optik yang membawa sinyal penglihatan dari mata ke otak. Kerusakan ini tidak dapat disembuhkan dan dapat menyebabkan kebutaan pada tahapan yang parah. Glaukoma merupakan 40 persen penyebab kebutaan di Singapura.

Apa penyebab Glaukoma?


Tekanan berlebih dalam bola mata terjadi karena ketidakseimbangan produksi cairan dan pembuangannya dalam bola mata. Terdapat berbagai tipe glaukoma yang berbeda.
Sebagian besar kasus glaukoma adalah dari jenis glaukoma primer sudut-terbuka yang biasanya menyerang manula dan paruh baya. Glaucoma berkembang secara perlahan dan tidak menyakitkan, sehingga anda mungkin tidak menyadari bahwa penglihatan Anda memburuk. Penglihatan perifer (sekeliling pinggiran luar) dan penglihatan malam hari akan terpengaruh terlebih dahulu sebelum penglihatan sentral anda.
Glaukoma akut sudut tertutup biasanya menyerang manula dan wanita setengah baya etnik Cina di Singapura. Tipe glaucoma ini timbul seketika dengan tekanan cairan yang meningkat cepat dan drastis dalam mata. Hal ini mengakibatkan rasa nyeri dan warna kemerahan pada mata, pusing dan mual. Gejala lainnya yang menyertai termasuk penglihatan buram dan melihat lingkaran warna warni disekeliling cahaya.
Glaukoma kronik sudut tertutup berkembang secara bertahap dan sering kali tidak diketahui dalam waktu yang lama. Tipe ini disebabkan oleh penyumbatan saluran pengeringan cairan dalam bola mata secara perlahan, mengakibatkan peningkatan tekanan mata yang berkepanjangan.
Glaukoma sekunder disebabkan oleh peradangan bola mata atau ketika katarak menjadi terlalu parah dan bengkak. Tumor, cidera dan operasi dapat juga menjadi menyebabkan glaukoma sekunder.  

Saturday, November 28, 2015

YEAR END GATHERING 6 EOCM - JOHOR BAHRU

Rentetan sepanjang perjalanan ke Johor Bahru. Kebetulan tahun ini dibuat di Johor Bahru, maka kami hanya menginap di rumah adikku sahaja.






sebanyak 34 biji kereta yang terlibat dari Triple X Crew



Saturday, October 24, 2015

HOBI ENCIK SUAMI


Inilah hobi suamiku.... so aku ikutkan sahaja walaupun terpaksa menunggu selama 5 jam. Diulangi 5 jam okey!. Rasa nak patah pinggang aku ni duduk sahaja menunggu. Naik kematu punggung hahahaha... Kalau disediakan sofa yang empuk dan suasana yang aircond tak mengapa, ini cuma disediakan kerusi yang tiada penyandar dengan berbekalkan 2 biji kipas. Mahu pengsan dibuatnya.

Selesai sahaja, aku menuntut encik Suami membawaku ke kedai Air Buah di Keramat. Tempat muda-mudi aku semasa belajar. Tetapi hampa, kedai tersebut telah tutup. Keciwaaaaaa wuaaaaa....


Wednesday, October 14, 2015

Sambutan Maal Hijrah 1437H-2015 Malaysia

Sambutan Maal Hijrah 1437H-2015 Malaysia 


Bertempat di Masjid Negara Kuala Lumpur.... 




Thursday, September 3, 2015

SELAMAT ULANGTAHUN ENCIK SUAMI

Selamat Ulangtahun ke 35 kepada Encik Suami...

Semoga ikatan yang kita bina walaupun perkenalan kita terlalu singkat akan terus terjalin hingga ke jannah. Semoga dikau dikurniakan kesihatan yang berkekalan dalam menjaga diriku.

Insyallah, sehingga ke tahun ini, merupakan tahun ke-6 tidak pernah diri ini lupa untuk mengembirakan dirimu dengan bunga hahahaha




Friday, August 28, 2015

SIDE MIRROR

Sakit giler hati bila turun ke parking lihat cermin sisi kereta kesayanganku JJM ini telah patah...

Kalau rasa tak reti nak parking, tak payah bawa kereta, menyusahkan sahaja. Sudahlah kau langgar cermin tu sampai patah, boleh pula kau tinggal tanpa ada sebarang nota untuk ganti.

Sikit punya susahlah aku sebab terpaksa pegang sepanjang jalan balik ke rumah. Aku terpaksa berhenti sampai 3 kali semata-mata nak betulkan cermin ni daripada jatuh & pecah. Memang sangat2 menyusahkan orang lain. Aku berharap, orang yang langgar ini diberi pengajaran agar menjadi orang yang bertanggungjawab!



Wednesday, July 29, 2015

Saturday, July 25, 2015

Jalan2 Hujung Minggu


Rasa teringin tekak isteri,,, maka dibawa oleh suami ke sini... sedapppp





Thursday, May 21, 2015

Bowling Bahagian Kewangan

Encik Suami pun terjebak sebab team ku ada ibu mengandung hihihi





Sunday, April 19, 2015

Monday, March 9, 2015

~BERHARAP KAU SETIA~

Aku yang tak pernah bisa 
Bila jauh darimu
Aku tak ingin engkau ada
Di samping yang lain

Bila waktu izinkanku
Untuk terus bersamamu
Aku kan slalu menjagamu
Di setiap nafas hidupku

Bila kau jauh ingat aku 
Dekap bayangku bersamamu 
Bila kau dekat peluk tubuhku 
Janjilah padaku tetap setia

Aku tak ingin engkau pergi 
Aku tak ingin engkau jauh 
Aku sangat mencintaimu 
Sungguh-sungguh ku cinta kamu 

Bila waktu izinkanku
Untuk terus bersamamu 
Aku kan slalu menjagamu
Di setiap nafas hidupku 

Bila kau jauh ingat aku 
Dekap bayangku bersamamu 
Bila kau dekat peluk tubuhku 
Janjilah padaku tetap setia 

Aku tak ingin engkau pergi 
Aku tak ingin engkau jauh
Aku sangat mencintaimu 
Sungguh-sungguh ku cinta kamu 

Ku hanya ingin kau mengerti 
Ku hanya ingin kau fahami 
Berharap kau tetap disini 
Tuk sama sama setia. 

Aku tak ingin engkau pergi
Aku tak sanggup bila engkau jauh 
Sungguh ku ingin 
Ingin berdua Bersama kamu

Ku hanya ingin engkau mengerti aku
Ku hanya ingin engkau fahami aku 
Berharap kita tetap berdua
Tuk sama sama setia.