Saturday, October 24, 2015

HOBI ENCIK SUAMI


Inilah hobi suamiku.... so aku ikutkan sahaja walaupun terpaksa menunggu selama 5 jam. Diulangi 5 jam okey!. Rasa nak patah pinggang aku ni duduk sahaja menunggu. Naik kematu punggung hahahaha... Kalau disediakan sofa yang empuk dan suasana yang aircond tak mengapa, ini cuma disediakan kerusi yang tiada penyandar dengan berbekalkan 2 biji kipas. Mahu pengsan dibuatnya.

Selesai sahaja, aku menuntut encik Suami membawaku ke kedai Air Buah di Keramat. Tempat muda-mudi aku semasa belajar. Tetapi hampa, kedai tersebut telah tutup. Keciwaaaaaa wuaaaaa....


No comments: