Saturday, February 27, 2016

Kemalangan


Hari ni genap seminggu kejadian anak sedaraku jatuh motor...

Masa mula2 dapat panggilan daripada rakannya, bagai nak pengsan dibuatnya... Terus rasa tak tentu arah. Tetapi bila aku call semuala kawannya dan seterusnya dapat bercakap dengan dia, terus aku rasa sedikit lega.

Aku yang dari Pejabat terus balik ke rumah untuk mengambil kad pengenalannya. Kemudian aku terus shoot ke Unit Kecemasan Putrajaya. Sesampai disana, dia sudah masuk ke dalam untuk mendapatkan rawatan.

Setelah menanti hampir 2 jam, baru aku dipanggil masuk untuk berjumpa dengan dia. Doktor menerangkan terdapat luka yang kecil tetapi sudah nampak ke tulang dan perlu dijahit, Kemudian dinyatakan perlu menjalani pembedahan untuk memasukkan besi kerana terdapat tulang yang patah. Ya Allah, masa tu rasa mahu sahaja aku menangis. Sudahlah masa tu aku seorang sahaja. Ibu dan Ayah langsung tidak aku beritahu kerana risau mereka terkejut.

Aku bertanya dengan doktor pakar tulang tersebut, memang tidak ada cara lain selain memasukkan besi ke? Doktor cakap itu jalan yang terbaik.

Tepat jam 6, anak sedaraku dibawa ke Wad 3C untuk menanti proses masuk ke Bilik Pembedahan. Memangkan waktu terakhir dia makan/minum adalah pada jam 12, maka pembedahan boleh terus dibuat. Aku dimaklumkan, prosedur untuk pembedahan perlu puasa selama 6jam.

Bila naik ke wad, terus aku bertanya dengan beliau macam mana boleh terjadi. Dia terangkan dia cuba mengelakkan benda di tengah jalan. Dia tahan motor dan kawan dibelakang. Aduhaiii.... kalau dia tak tahan motor & kawannya, mesti dia tidak cedera seteruk tu, Dia risaukan motor tersebut rosak.

Akhirnya, aku hubungi mak dan ayah. Mereka terus bergegas ke Hospital Putrajaya.

Tepat jam 7, beliau diusung ke Bilik Pembedahan. Pakar Bius menerangkan bahawa anak sedaraku akan dibius penuh. Mak mula risau, Mak fikirkan akan bius separuh sahaja. Tetapi prosedur telah menetapkan usia 18 tahun ke bawah tetap dianggap kanak-kanak dan perlu dibius penuh.

Selama 3jam setengah aku dan mak menunggu beliau di Bilik Bedah. Akhirnya jam 10:30 malam, beliau keluar dan terus cakap..."mak, adik lapar"... bayangkan dia tak makan dari jam 12 tengahari tadi. Bila dah usung dia ke wad, aku pun terus balik ke rumah. Ikutkan hati, aku kasihan pada mak yang kena berjaya untuk dia tetapi esok aku ada tempahan makan minum terpaksa jua aku balik ke rumah.

Selama 4 hari 3 malam beliau dirawat di Hospital Putrajaya. Terima kasih kepada para doktor dan jururawat yang banyak membantu. Perkhidmatan yang diberikan memang bertaraf First Class.
Selesa sepanjang anak sedara dan mak ku berada disana.

No comments: