Saturday, February 27, 2016

Pesanan Untuk Suami

PESANAN BUAT SUAMI - Oleh Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah


1.   Selalu menghargai usaha dan penat lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.
                                                                                             
2.     Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.        
                            
3.     Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda.. 

4.     Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.                  
                                                             
5.     Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.  
                                                                                                            
6.     Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.              
                                                                      
7.   Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal  semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan  ekor taugeh.        
                         
8.    Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh    sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas  rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak  sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak     masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.          
                                                                                                                              
9.   Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.  
                                                                             
10.  Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?  
                              
11.  Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang,  bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka  walaupun secara bergurau.

12.  Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtanggan.

13.   Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan      isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami  “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

14.  Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju  kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat  gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal,  dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?            

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja    rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila  ada tetamu di rumah saja.

16.  Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia.  Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan    tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat.    

18.  Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?

19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.  

20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.      

21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.    

22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali.              

23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.

Kemalangan


Hari ni genap seminggu kejadian anak sedaraku jatuh motor...

Masa mula2 dapat panggilan daripada rakannya, bagai nak pengsan dibuatnya... Terus rasa tak tentu arah. Tetapi bila aku call semuala kawannya dan seterusnya dapat bercakap dengan dia, terus aku rasa sedikit lega.

Aku yang dari Pejabat terus balik ke rumah untuk mengambil kad pengenalannya. Kemudian aku terus shoot ke Unit Kecemasan Putrajaya. Sesampai disana, dia sudah masuk ke dalam untuk mendapatkan rawatan.

Setelah menanti hampir 2 jam, baru aku dipanggil masuk untuk berjumpa dengan dia. Doktor menerangkan terdapat luka yang kecil tetapi sudah nampak ke tulang dan perlu dijahit, Kemudian dinyatakan perlu menjalani pembedahan untuk memasukkan besi kerana terdapat tulang yang patah. Ya Allah, masa tu rasa mahu sahaja aku menangis. Sudahlah masa tu aku seorang sahaja. Ibu dan Ayah langsung tidak aku beritahu kerana risau mereka terkejut.

Aku bertanya dengan doktor pakar tulang tersebut, memang tidak ada cara lain selain memasukkan besi ke? Doktor cakap itu jalan yang terbaik.

Tepat jam 6, anak sedaraku dibawa ke Wad 3C untuk menanti proses masuk ke Bilik Pembedahan. Memangkan waktu terakhir dia makan/minum adalah pada jam 12, maka pembedahan boleh terus dibuat. Aku dimaklumkan, prosedur untuk pembedahan perlu puasa selama 6jam.

Bila naik ke wad, terus aku bertanya dengan beliau macam mana boleh terjadi. Dia terangkan dia cuba mengelakkan benda di tengah jalan. Dia tahan motor dan kawan dibelakang. Aduhaiii.... kalau dia tak tahan motor & kawannya, mesti dia tidak cedera seteruk tu, Dia risaukan motor tersebut rosak.

Akhirnya, aku hubungi mak dan ayah. Mereka terus bergegas ke Hospital Putrajaya.

Tepat jam 7, beliau diusung ke Bilik Pembedahan. Pakar Bius menerangkan bahawa anak sedaraku akan dibius penuh. Mak mula risau, Mak fikirkan akan bius separuh sahaja. Tetapi prosedur telah menetapkan usia 18 tahun ke bawah tetap dianggap kanak-kanak dan perlu dibius penuh.

Selama 3jam setengah aku dan mak menunggu beliau di Bilik Bedah. Akhirnya jam 10:30 malam, beliau keluar dan terus cakap..."mak, adik lapar"... bayangkan dia tak makan dari jam 12 tengahari tadi. Bila dah usung dia ke wad, aku pun terus balik ke rumah. Ikutkan hati, aku kasihan pada mak yang kena berjaya untuk dia tetapi esok aku ada tempahan makan minum terpaksa jua aku balik ke rumah.

Selama 4 hari 3 malam beliau dirawat di Hospital Putrajaya. Terima kasih kepada para doktor dan jururawat yang banyak membantu. Perkhidmatan yang diberikan memang bertaraf First Class.
Selesa sepanjang anak sedara dan mak ku berada disana.