Friday, March 11, 2016

Kehilangan


Pada 11 Mac 2016 jam 12 tengah hari aku dapat panggilan dari mak yang menyampaikan Pak Long ku telah kembali kepadaNYA...

Terus aku isi borang keluar pejabat dan call my BOSS untuk maklumkan.

Selepas sahaja Solat Jumaat, jam 2:30pm aku, mak ayah gerak balik JB... aku balik tanpa En Suami kerana dia ada urusan di Imigresen pada jam 3:30 petang. Maka terpaksalah aku drive sendiri.

Dapat berita arwah akan dikebumikan selepas Asar, aku cuba bawa selaju yang boleh tapi masih menepati had laju yang ditetapkan. Tetapi tiba di Ayer Keroh, terdapat kemalangan. Maka dalam hati memang aku dan family takkan akan sempat jumpa dengan jenazah.

Jam 5:30 aku tiba di kawasan rumah Mak Long ku dan jenazah telah selamat di kebumikan..
Makanya aku dan family terus bersiap2 untuk kenduri pada waktu malam.

Arwah Pak Long laa menjadi saksi penikahan aku pada 28.10.2010... Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah