Saturday, September 24, 2016

SUSU KAMBING BATCH KE TIGA

Alhamdulilah, restok kali ketiga Susu Kambing Segar dalam masa sebulan.

Untuk kali ketiga, pembekal hanya dapat sediakan 150 botol sahaja.. Insyallah, minggu depan akan turun lagi bawa stok2 baru dari MZAG AGRO FARAM, SABAK BERNAM

Pada mula rasa tak cukup yakin nak buat bisnes ni tapi sekarang syukur atas rezeki yang Allah kurniakan. Sambil berniaga, sambil membantu orang untuk SIHAT..



tengok budak kecik ni, sibuk aje masa orang mengira stok... ada hati nak jadi duta susu kambing laa tu.. kalau suruh posing, memang serah dekat dia tapi suruh minum susu...... memang ke laut laa dia.. 

Adny Qairina Duta Susu Kambing hehehe....
jom2 minum untuk kesihatan

Thursday, September 22, 2016

TEMPAHAN CREPE BATCH KE TIGA

Alhamdulilah...

Untuk hari Isnin (26 September 2016) tempahan buat kali ke tiga dibuka lagi...

Tempahan Pertama : 85 box

Tempahan Kedua : 60 box

Tempahan Ketiga : Cuma limit kan 100 box sahaja. bagi menjaga kualiti disebabkan freezer kami tak dapat nak tampung banyak.

Sebab dalam masa yang sama, semalam kami terima bekalan stok susu kambing 150 botol.

Syukur di atas rezeki yang Allah kurniakan buat kami sekeluarga.


Crepe Kiwi

Strawberry, Kiwi, Blueberry

Nutella

DURIAN .. yang paling mendapat sambutan

Lihat Feezer kami... muat2 je

CREPE mengila di Putrajaya

hahaha,,,, tajuk ganas tak? pada awalnya beli untuk merasa sendiri... kini menjual pula

sampaikan ada yang bersuara, menyatakan aku dan suami rajin... haruslah rajin bagi mencari rezeki sampingan. rezeki Allah tu amat luas, kita yang perlu mencarinya.

Alhamdulilah... untuk hari ini sudah 80 box.. permintaan diluar jangkaan. Ini semua sudah punya pemilik. Pada mula tak berani nak bawa tanpa tempahan, tapi syukur... untuk esok sudah ada tempahan 50 box untuk Crepe Durian sahaja

Syukur ke hadrat Ilahi di atas rezeki yang dikurniakan.. Terima kasih jua buat rakan-rakan yang sentiasa menyokong apa jua yang kami niagakan.. Terima kasih jua pada en suami yang sentiasa gigih ke hulu hilir hantar tempahan..










Tuesday, September 20, 2016

SUSU KAMBING



Alhamdulillah diberikan rezeki oleh Allah SWT... kini D Sempoi Enterprise mengorak langkah untuk membekalkan Susu Kambing Segar untuk sekitar Putrajaya/Cyberjaya/Dengkil/Bandar Baru Salak Tinggi/Seri Kembangan/Banting/Putra Perdana dan kawasan yang sewaktunya.. 

Bermula dengan tujuan untuk minum sendiri, kini kami menjadi agent MZAG AGRO FARM dari Sabak Bernam
Alhamdulillah, rezeki Allah tu amat luas... Kita yang perlu rajin untuk berusaha.

Mana-mana yang mencari Susu Kambing Segar dari MZAG Agro Farm sila hubungi no berikut :

  • 019 - 776 8176 (feeza) : Putrajaya / Cyberjaya / Dengkil dan kawasan sekitar
  • 013 - 776 8176 (din) : Pantai Puteri Melaka / Pantai Klebang dan kawasan sekitar
  •  011-17658719 (ikin) : Johor Bahru dan kawaasan sekitarnya





Friday, September 16, 2016

Selamat Ulangtahun En Suami


Selamat Ulangtahun en Suami a.k.a sahabatku...

Alhamdulilah, masuk tahun ke 7 dan aku masih tidak lupa untuk mengirimkan sejambak bunga buatmu sempena hari Ulangtahun. Moga kamu sentiasa sihat dan sentiasa ada disamping diriku hingga hujung nyawa....

Terima kasih Suami...



Sunday, September 11, 2016

~Luangkan masa bersama Suami Tercinta~


Jalan-jalan ambil angin petang... Masa bercinta tak pernah ke pantai, dah jadi mak nenek ni ada hati pula en suami bawa jalan2 tepi pantai hahahahaa...
maklum laa, masa bercinta singkat benor tak sempat nak ke pantai hehehe....

Semoga Allah memanjangkan jodoh kami berdua dan sentiasa dibawah lindungan Allah SWT...