Friday, October 28, 2016

Menyihatkan badan a.k.a Menguruskan badan

20.10.2016 (Khamis)
Pergi ke Perjumpaan Tahunan Puspanita, membuat semakan tahap kesihantan. BMI lebih cikit dan  bacaan 6.4 untuk kandungan gula dalam darah. Terus hubungi en Suami bagitahu nak ikut en suami ke gym. en Suami punya suka laa sebab ada peneman hahaha...

21.10.2016 (Jumaat)
Selepas magrib balik ke Johor Bahru. Seperti biasa 3 bulan sekali check up bulanan mak ayah.

22.10.2016 (Sabtu)
Gigihlah en suami pergi carikan kasut untuk isteri...

23.10.2016 (Ahad)
Masa bawa mak ayah gie check up bulanan di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru. Bila check kali ini, tekanan gula dalam darah rendah pula 3.7. Main2 gula dalam darah aku ni taw...

Tapi disebabkan sudah berjanji dengan en Suami hendak jadi peneman, gagahkan diri jualah untuk pergi.

Dahulu masa berat 45kg, sibuk nak gemuk

Sekarang berat...... haaa, cuba teka!!! 60kg okey!!!! gelak laaa, gelak!!! sibuk nak kurus balik

Nak buat macam mana kan... hati senang. en Suami ada, mak ayah pun ada depan mata. tu asyik makan jeee hahaha....


kasut yang en Suami belikan..

see.... badan en Suami dah sado kan.
uwekkkk
dari 115kg, sekrang dah 92kg

Monday, October 17, 2016

Tempahan UTM


Tarikh : 10 Oktober hingga 15 Oktober 2016 (Isnin hingga Sabtu)
Kuantiti : 1,100 pax
Menu : Makan Pagi dan Makan Malam
Tempat : Pusat Sukan Air, Presint 5 Putrajaya
Penganjur : Universiti Teknologi Malaysia (UTM)


Alhamdulillah untuk tahun ke3, D Sempoi Katering diberikan kepercayaan lagi untuk membekalkan makan dan minum sempena Varsity Boat Race 2016 .. 

Walaupun pada awalnya kami ditimpa sedikit kesulitan, alhamdulillah Allah masih memberikan jalan untuk kami.

Terima kasih jua pada semua yang terlibat selama 6 hari.  Walaupun penat sebab masih jua datang bekerja di pejabat, tetapi demi mencari rezeki yang HALAL untuk keluarga kami bahagia...




Ini hasilnya, bangun seawal 3 pagi. en suami yang paling kental sebab kena menggoreng telur mata untuk 114 biji ... puan insteri dah angkat tangan cakap tak larat hahaha...


D Sempoi Catering

013-776 8176 (WhatsApp/Call) / 019-776 8176 (Call)

017-667 5285 (Call) / 017-667 5284 (WhatsApp/Call)

Monday, October 10, 2016

Tempahan dari Kementerian Sumber Asli Putrajaya

Tarikh : 10 Oktober 2016 (Isnin)
Kuantiti : 100 pax
Menu : Minum Pagi, Makan Tengah hari & Minum Petang




Alhamdulilah, menerima komen yang baik dari yang membuat tempahan dan yang menikmati makanan yang kami sajikan.

Terus mereka booking untuk event minggu hadapan...

Insyallah, kami akan meningkatkan mutu perkhidmatan kami dan terima kasih kerana menempah dengan D Sempoi Katering

Ingin membuat tempahan makanan sekitar Putrajaya/Cyberjaya/Dengkil/Salak Tinggi
Minumum hanya 30 pax sahaja. Harga bergantung kepada bajet tuan/puan

Boleh hubungi talian : 013-776 8176 (din)