Monday, January 23, 2017

Hitam Manisan

Jikalau ku tahu diri ku hanyalah sandaran mu
Tak akan ku curah segala cinta ku padamu
mengapa sejak dahulu kau tidak berterus terang
bahawa aku hanyalah tempat persinggahan mu

Sudah menjadi lumrah ada insan lupa daratan
waktu kau kesusahan akulah tempat engkau mengadu
tapi apabila kau senang mudahnya kau berubah hati
dan kau bersuka ria dengan orang yang lain

Waktu susah kau cari aku
waktu senang engkau tinggalkan aku
begitulah sikap mu tak tahu kenang budi

Waktu duka akulah teman
waktu perlu akulah kekasih mu
tapi selepas itu mengapa kau kianati
apa gunanya dikenang kenang
pada orang yang tak menghargai
segala pengorbanan diri ku
akhirnya aku terluka

Aku hanya bersabar
sambil dalam hatiku bertanya
bahagia kah engkau
membiarkan ku terkilan rasa
sesungguhnya dirimu adalah
manusia yang lupa daratan
dengan mudah kau mungkiri segala janji mu

*interlude*

Waktu susah kau cari aku
waktu senang engkau tinggalkan aku
begitulah sikap mu tak tahu kenang budi

Waktu duka akulah teman
waktu perlu akulah kekasih mu
tapi selepas itu mengapa kau kianati
apa gunanya dikenang kenang
pada org yang tak menghargai
segala pengorbanan diri ku
akhirnya aku terluka

Aku hanya bersabar
sambil dalam hatiku bertanya
bahagia kah engkau
membiarkan ku terkilan rasa
sesungguhnya dirimu adalah
manusia yang lupa daratan
dengan mudah kau mungkiri segala janji mu

Dahulu aku sering hibur kan hati mu sayang
dan mengapa balasan mu kini menyakiti hatiku

Tetiba teringat lagu lama-lama

Friday, January 20, 2017

Tenanglah Dikau Di Sana... Al-Fatihah

Hidup lawannya mati.... tapi pemergiaan beliau terlalu mengejut.
Awal jam 8 pagi terima berita akan keadaan beliau di bilik mayat Hospital Serdang.
Semua bergegas ke sana bagi memastikan bahawa berita yang diterima TIDAK BENAR.

Akhirnya jam 9 pagi, kami terima pengesahan bahawa bos kami telah tiada buat selamanya.
Walaupun baru 9 bulan berada disamping kami, tetapi arwah merupakan seorang bos yang sangat2 penyayang dan memahami.

Bos... ramai yang hadir melawata bos. Dari hospital sampai ke tanah perkuburan... ramai sangat yang mengiringi bos. Ramai kenalan, anak buah dari Kementerian yang pernah bos bekerja juga datang.
Paling tidak dapat dilupakan wajah mulus anak2 bos yang seakan2 amat mengerti. 
Ini menunjukkan betapa baiknya bos di mata semua orang...

Pagi ini kami adalah bacaan Yassin beramai-ramai. Di akhir bacaan, kami semua tidak dapat menahan kesedihan hingga terdiam seketika. Terlalu pilu rasa hati kami.








Kami akan kenang semua memori antara kami dengan bos... Semoga bos tenang di sana. 

Wednesday, January 18, 2017

Suamiku


Haaa.... kenal tak dua insan ni? 

nie lah kembar suamiku kihkihkih....


Sebenarnya kedua-dua adalah orang yang sama sahaja... selepas berusaha selama setahun, inilah hasilnya. Tahniah en Suami

Makin muda pula nampak bila dah kurus ni hahahaa

2016 VS 2011
                                                                   

Tempahan 17.01.2017


Alhamdulilah.... Selesai tempahan dari Jabatan Imigresen Putrajaya

50 pax Makan Tengahari
Ayam Masak Kicap Berlada
Daging Salai Lemak Cili Padi
Sayur Kobis Goreng
Ulam & Sambal Belacan
Buah Tembikai
Air Kordial Mangga












D Sempoi Catering

013-776 8176 (WhatsApp/Call) / 017-667 5285 (Call) 
019-776 8176 (Call) / 017-667 5284 (WhatsApp/Call)