Friday, January 20, 2017

Tenanglah Dikau Di Sana... Al-Fatihah

Hidup lawannya mati.... tapi pemergiaan beliau terlalu mengejut.
Awal jam 8 pagi terima berita akan keadaan beliau di bilik mayat Hospital Serdang.
Semua bergegas ke sana bagi memastikan bahawa berita yang diterima TIDAK BENAR.

Akhirnya jam 9 pagi, kami terima pengesahan bahawa bos kami telah tiada buat selamanya.
Walaupun baru 9 bulan berada disamping kami, tetapi arwah merupakan seorang bos yang sangat2 penyayang dan memahami.

Bos... ramai yang hadir melawata bos. Dari hospital sampai ke tanah perkuburan... ramai sangat yang mengiringi bos. Ramai kenalan, anak buah dari Kementerian yang pernah bos bekerja juga datang.
Paling tidak dapat dilupakan wajah mulus anak2 bos yang seakan2 amat mengerti. 
Ini menunjukkan betapa baiknya bos di mata semua orang...

Pagi ini kami adalah bacaan Yassin beramai-ramai. Di akhir bacaan, kami semua tidak dapat menahan kesedihan hingga terdiam seketika. Terlalu pilu rasa hati kami.








Kami akan kenang semua memori antara kami dengan bos... Semoga bos tenang di sana. 

No comments: