BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, December 28, 2011

24.12.2011

24.12.2011 adalah tarikh yang aku dan sekeluarga tidak sabar2 menanti kerana tarikh tersebut kami semua sudah merancang akan pergi bercuti ke Cameron Highlands. Masing-masing menghitung hari demi hari dan membeli beberapa kelengkapan yang tiada.


Tapi..... pada pg 24.12.2011 sedang kami semua bersiap untuk gerak ke Cameron, kami mendapat panggilan dari kampung, menyatakan ibu saudara ku yang bongsu telah pun pergi buat selama-lamanya. Ya Allah.... mengapa semua ini berlaku dalam sekelip mata... Aku masih belum bersedia untuk menerima arwah pergi buat selamanya... dialah rakan sepermainan aku sewaktu kecil hinggalah kami semua mempunyai keluarga masing2. Beza kami hanyalah setahun sahaja.

Kami sekeluarga terus bergegas balik ke kampung. Tapi dalam perjalanan (sudah sampai pagoh) kami dimaklumkan jenazah sudah pun dikebumikan... Ya Allah, luluh sungguh hatiku. Mak aku lah insan paling terkilan kerana pada malamnya, mak singgah ke kampung. Dapat lihat arwah gembira kerana mak balik. Tetapi sewaktu mak hendak gerak balik, arwah sudah tido jadi dia tak sampai hati hendak mengejutkan. Cuma dia berpesan, "adik, tunggu angah balik eaa".

Mak Ude memberitahu mak, yang arwah mencari mak selepas sahaja mak pergi. Arwah nak jumpa dengan mak. Arwah kata mengapa tak jumpa dengan beliau sebelum balik. Ya Allah, bagaimanalah mak hendak menerima semua ini. AKu daoakan mak tabah menghadapinya.

Di akhir2 waktu, arwah memang terlalu manja dengan adik beradiknya. Hinggakan dia dipangku oleh salah seorang abgnya pada petang tersebut.

Hingga detik ini, aku masih terpandangkan wajah arwah yang tersenyum sahaja melihatku ketika aku pulang semasa hari raya haji lepas. Itulah kali terakhir aku melihat beliau. Sempat ku cium beliau dan menyatakan semoga beliau cepat sembuh. Tapi semua tu hanya tinggal kenangan sahaja.

Doaku semoga roh ucu ditempatkan dikalangan org2 yang beriman.

Al-Fatihah....

Salina Binti Abdullah



Monday, December 5, 2011

♥Selamat Ulangtahun Perkahwinan♥

28.11.2011 merupakan ulangtahun perkahwinan ku yg pertama.. Yang teramat sweet, aku sambut bsama2 dengan kedua orang tua ku. Ulangtahun perkahwinan mereka jatuh pada bulan yang sama, iaitu 11.11.2011.

Semoga ikatan yang terbina akan terus diberkati oleh Allah dan diberikan kebahagiaan yang berpanjangan hingga ke syurga. Aminnn...






Thursday, October 6, 2011



Aku baru aje baik dari demam. Kali ni mmg kena demam yang teruk sekali. Tapi entah macam mana Pembantu Perubatan kat Klinik Kesihatan tu boleh kata aku tak DEMAM! Dia boleh cakap, biasalah kalau badan rasa sakit2 sebab nak selsema. Grrrr rasa nak aje aku sepak. Dia tak nampak agaknye yang muka & mata aku dah kemerahan, badan dah menggigil. Dahlah aku tunggu dekat sejam lebih, last2 mcm itu aje jawapan dia. Kalau aku datang semata2 nak MC, aku tak dtg arr klinik kerajaan. Gie masuk sekolah, belajar cara nak sukat suhu, OK!!!

Selesai aje ambil ubat, terus aku balik rumah dah melepek kat rumah. Aku nie kalau demam macam kain buruk. Memamg teruk giler. Call mak bagitahu yang aku demam, tangan kaki sejuk. Apa lagi.... risau lah diorang sebab aku dah lama tak demam mcm tu. Aku nie antibodi tak kuat, almaklum bayi tak cukup bulan. 7 bulan dalam kandungan mak dah minta keluar ke dunia hehehe...

Lepas en suami habis kerja, terus dia bawa aku ke klinik swasta. kannnn... aku demam. suhu pun tinggi. rasanya kalau aku saman pembantu perubatan tu tadi boleh tak??? Balik dari klinik, en suami kena gie Giant untuk membeli bahan masakan untuk esok pagi. Esok pagi ada tempahan. Siapa masak??? Haaaa, dah tentu en suami. Terpaksa buat, dah tak ada siapa boleh nak bantu. Semalam en suami tak tidur sebab menjaga aku. Letakkan tuala basah, rasa tangan & kaki aku. Sebab dah pesan kalau aku demam, aku mesti akan bercakap sendiri. Uikkk... iyea ke mak? Itu memang tahap kritikal demam laa tu..

Alhamdulilah, pagi tu aku dah beransur sihat. En suami pun boleh pergi kerja dengan senang hati walaupun diri tak cukup rehat. Doa aku semoga dia tidak jatuh sakit.
Aku demam nie pun gara2 tak cukup rehat. Dah 3minggu berturut2 aku tak de rehat walaupun hujung minggu.

Ok arr, masa pun dah nak habis waktu rehat, aku berhenti dulu. Daaa...

Monday, August 1, 2011

FADHILAT SOLAT TERAWIH

As'salamualaikum!!!

Selamat berpuasa di bulan Ramadhan..
Serta selamat menunaikan Solat Terawih..

FADHILAT SOLAT TERAWIH
  1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama – Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.
  2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua – Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.
  3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga – Para malaikat di bawah 'Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.
  4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat – Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
  5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima – Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.
  6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam – Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.
  7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh – Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.
  8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan – Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.
  9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan – Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.
  10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh – Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.
  11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas – Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.
  12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas – Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.
  13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas – Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.
  14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas – Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.
  15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas – Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.
  16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas – Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.
  17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas – Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.
  18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas – Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).
  19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas – Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.
  20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh – Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.
  21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu – Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.
  22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua – Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.
  23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga – Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.
  24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat – Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.
  25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima – Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.
  26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam – Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.
  27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh – Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.
  28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan – Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.
  29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan – Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.
  30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh – Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.

Tuesday, July 26, 2011

Berderai Airmataku

Semalam melawat usu di Hospital Batu Pahat... Melihat akan keadaan beliau, mata ku sudah berkaca2 mahu menitiskan airmata tapi ku tahankan jua demi beliau...


Apabila dipujuk untuk mandi, beliau hanya mengelengkan kepala... mungkin dia malu bila mana perlu melalui ramai orang sebelum sampai di tandas.

Aku dipahamkan hari Isnin 26/07/2011, usu akan menjalani pembedahan pertama. Setelah sekian lama beliau menanggung, menyimpan akan penyakit itu, baru kini beliau mahu menjalani pembedahan...

Setelah hampir jam 7malam, semua beransur pulang memandangkan waktu melawat sudah tamat. Aku menghanpiri usu dan bersalam dengan beliau. Ku tanyakan kepada beliau, masih kenalkah dengan aku. Dengan senyuman terukir dia menyebut nama panggilan ku. Alhamdulilah.... sedikit demi sedikit ingatannya kembali pulih. Syukur Ya Allah... Lantas ku cium kedua belah pipinya... ku usap2 raut wajahnya,,,,, Ya Allah..... sembuhkanlah usu ku ini.... Aku sayangkan beliau... Tanpa dapat diseka lagie,,, airmata ini jatuh berguguran.

Maafkan jaja usu. Jaja dah cuba tahan daripada ianya jatuh tapi.... Jaja dengar usu cakap, "Janganlah nangis...." Tapi airmata nie tak dapat ditahan2 lagi. Maafkan jaja.... Terus aku berlalu pergi meninggalkan beliau. Aku berharap usu ku akan tabah melalui semua ini. Semoga pembedahan yang beliau jalani akan selamat. Insyallah.... Aminnnn

Monday, July 18, 2011

Kesedihan

YA ALLAH YA TUHAN KU AKU MOHON PADAMU YA ALLAH SEMBUHKAN LAH SALINA ABDULLAH KERANA SESUNGGUHNYA INI ADALAH UJIAN DAN KEHENDAK MU DAN DIA PULIH PUN JUA DIATAS KEHENDAK MU JUA.. AMIN YA ROBBUL ALAMIN.

Terlalu pilu bila mendapat berita akan kesakitan dan kesengsaraan makcik bungsu ku... Dia adalah rakan sepermainan ku dari kecil memandangkan umur kami cuma beza setahun sahaja.

Terlalu terkilan sebab beliau tidak mendapatkan rawatan dengan segera. Padahal bulan 4 lagi sudah dapat dikesan akan virus tersebut. Kini setelah 3bln, beliau disahkan kenser tahap 4. Nasib baik pakcik-pakcik ku yang lain berkeras juga untuk membawa beliau ke Hospital Batu Pahat. Padahal ibu ku yang seorang kakitangan Hospital telah menasihatkan untuk menjalani rawata di hospital tetapi hampa.... Saranan ibu ku dikecam. Masih mahu meneruskan rawatan tradisional.

Memang tidak salah untuk berusaha tetapi kenalah berusaha sehabis daya. Bukan sekadar berharap dengan satu-satu jalan sahaja.

Doaku semoga ketabahan akan sentiasa berada di dalam jiwa beliau dan ahli keluargaku untuk menghadapinya. Buat nenekku, banyak2 bersabar. Nenek jangan nangis2, nenek kena kuat.....