Showing posts with label TRAGEDI. Show all posts
Showing posts with label TRAGEDI. Show all posts

Wednesday, December 28, 2011

24.12.2011

24.12.2011 adalah tarikh yang aku dan sekeluarga tidak sabar2 menanti kerana tarikh tersebut kami semua sudah merancang akan pergi bercuti ke Cameron Highlands. Masing-masing menghitung hari demi hari dan membeli beberapa kelengkapan yang tiada.

Tapi..... pada pg 24.12.2011 sedang kami semua bersiap untuk gerak ke Cameron, kami mendapat panggilan dari kampung, menyatakan ibu saudara ku yang bongsu telah pun pergi buat selama-lamanya. Ya Allah.... mengapa semua ini berlaku dalam sekelip mata... Aku masih belum bersedia untuk menerima arwah pergi buat selamanya... dialah rakan sepermainan aku sewaktu kecil hinggalah kami semua mempunyai keluarga masing2. Beza kami hanyalah setahun sahaja.

Kami sekeluarga terus bergegas balik ke kampung. Tapi dalam perjalanan (sudah sampai pagoh) kami dimaklumkan jenazah sudah pun dikebumikan... Ya Allah, luluh sungguh hatiku. Mak aku lah insan paling terkilan kerana pada malamnya, mak singgah ke kampung. Dapat lihat arwah gembira kerana mak balik. Tetapi sewaktu mak hendak gerak balik, arwah sudah tido jadi dia tak sampai hati hendak mengejutkan. Cuma dia berpesan, "adik, tunggu angah balik eaa".

Mak Ude memberitahu mak, yang arwah mencari mak selepas sahaja mak pergi. Arwah nak jumpa dengan mak. Arwah kata mengapa tak jumpa dengan beliau sebelum balik. Ya Allah, bagaimanalah mak hendak menerima semua ini. AKu daoakan mak tabah menghadapinya.

Di akhir2 waktu, arwah memang terlalu manja dengan adik beradiknya. Hinggakan dia dipangku oleh salah seorang abgnya pada petang tersebut.

Hingga detik ini, aku masih terpandangkan wajah arwah yang tersenyum sahaja melihatku ketika aku pulang semasa hari raya haji lepas. Itulah kali terakhir aku melihat beliau. Sempat ku cium beliau dan menyatakan semoga beliau cepat sembuh. Tapi semua tu hanya tinggal kenangan sahaja.

Doaku semoga roh ucu ditempatkan dikalangan org2 yang beriman.

Al-Fatihah....

Salina Binti Abdullah



Monday, December 5, 2011

♥Selamat Ulangtahun Perkahwinan♥

28.11.2011 merupakan ulangtahun perkahwinan ku yg pertama.. Yang teramat sweet, aku sambut bsama2 dengan kedua orang tua ku. Ulangtahun perkahwinan mereka jatuh pada bulan yang sama, iaitu 11.11.2011.

Semoga ikatan yang terbina akan terus diberkati oleh Allah dan diberikan kebahagiaan yang berpanjangan hingga ke syurga. Aminnn...






Sunday, May 22, 2011

Kejadian Tanah Runtuh Di Hulu Langat

Al-fatihah untuk ke semua mangsa kejadian...

Sedih... menyayat hati melihatkan gambar serta video kejadian tanah runtuh ini... Maut datang tak di undang dan tidak mengira usia...








Tuesday, November 3, 2009

Alhamdulilah.... malam td tepat jam 4:00 pagi, akhirnya penyeksaan aku berakhir.

Penyeksaan apa? Dah 2 hari aku tercekik tulang ikan selar kuning. Padahal ikan tu punyer laa kecik kan. Tapi nak uat macam ner, dia nak melekat jugak kat tekak nie. Dah bermacam2 cara aku cuba. Antaranya :

Udes : Kepal nasi panas2, pastu telan kat tempat yg kena tu
Fz : Macam nie ok ke nak gumpal nasi tu? Ke nak besar lagi?
Udes : Cukuplah besar tu, kang nanti x pasal2 udes kena hantar gie hospital sebab tercekik nasi pulak.
Fz : Hahahahahaha.....

Itu cara yang pertama dilakukan. Tapi masih tak berjaya.

Call ibu..

Ibu : Sebelah mana yang tercekik tulang tu?
Angah : Sebelah kanan
Ibu : Ambil pinggan yang makan kelmarin... Pusing 3 kali ke kiri. sebelum tu baca selawat 3 kali
Angah : Dah buat... Harap2 menjadi yea ibu

Itu cara yang kedua dilakukan. Tapi masih tak berjaya.

So, sebelum nak tido malam tadi dah nekad nak gie hospital je. Tapi............ SEGAN laa pulak. Kahkahkahkah!!!

Jam 4 pagi terjaga dari tido. Terasa sakit sangat kat tekak nie. Ya Allah..... Cuba untuk kesekian kali untuk tarik tulang tu, tapi masih tak berjaya....

Akhirnya, aku ambil berus gigi... aku golok sampai ke dalam tekak. setelah percubaan yang ketiga, alhamdulilah......... dapat jua dikeluarkan tulang tersebut.

Rasa2 macam nak frame je tulang tu. He3...

P/S : Dah try ambek pict tulang tu, tapi sebab halus sangat so x nampak2 pe2 pun.

Sesungguhnya, aku bersyukur kerana dah terlepas dari seksa dunia nie. Alhamdulilah...