Wednesday, November 8, 2017

Pink Run Oktober 2017


Alhamdulillah selesai fun run 5km seawal jam 7:30 pagi...
anjuran Kementerian Kesihatan Malaysia & Puspanita Kebangsaan







Penempatan Baru


Setelah 10 tahun berkhidmat di Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA), kini di sini pula penempatan baru Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW).

Macam-macam perasaan setibanya disini.. Sedih sebab terpaksa meninggalkan tempat pertama melapor diri sebagai penjawat awam. Tapi kita kena menuju ke hadapan sambil jadikan yang semalam adalah pengalaman.

Doakan akak berjaya di tempat baru yea...

Tuesday, October 17, 2017

Safura - Dulu Sayang Kini Benci








Jika aku terpaksa sehidup memendam rasa
Tentu engkau pun tahu sebabnya hatiku terluka
Cubalah kau fikirkan kesilapan dirimu
Tanpa belas kasihan menyiksa di batinku

Dulu aku kau sayang
Kau menyintai ku sepenuh hatimu
Dan berjanji takkan sakiti aku
Janji menjadi janji

Sesegarnya ingatan kau melayan ku sepenuh kasih sayang
Dalam diam engkau mulai jemu
Berubah hatimu....

Hanya kerana engkau ada yang lain
Tergamak engkau mudah berpaling
Sengaja engkau mencari sebab supaya kita berpisah

Dalam terdesak keluh kesah bertakhta
Akhirnya kita terpisah jua
Agar mudah engkau bersamanya
Setelah ku tiada

Begitu mudah kau menyingkir
Diriku ini kekasih ku
Sedangkan dulu kau berjanji
Bercinta hingga ke akhir hayat

Aku kau sayang kau menyintaiku sepenuh hatimu
Dan berjanji tak kan sakiti aku
Janji menjadi janji

Sesegarnya ingatan kau melayan ku sepenuh kasih sayang
Dalam diam engkau mulai jemu
Berubah hatimu....

Biarku membawa diri
Kemana saja menurut hati
Susah payah aku sendiri
Airmata jadi saksi

Hanya pada Tuhan tempat ku mengadu
Semoga terubat hatiku
Bukan mudah untukku lenyapkan
Oh.. derita ini.....

Begitu mudah kau menyingkir
Diriku ini kekasih ku
Sedangkan dulu kau berjanji
Bercinta hingga ke akhir hayat

( Lagu : Eddie Hamid - Lirik : Man Toba )

Monday, October 16, 2017

Tempahan 14 Oktober 2017

Alhamdulillah, selesai tempahan pada 14 Oktober 2017

250 pax - Masjid Al-Mukhilisin Alam Damai, Kuala Lumpur
==============================================

Nasi Beryani
Ayam Masak Merah
Daging Masak Beryani
Acar Jelantah
Buah
Air Kordial 
Air Nescafe
Air Teh Tarik


200 pax - Dewan Kuarters Presint 16, Putrajaya
====================================

Nasi Beryani
Ayam Masak Merah
Daging Kambing Masak Kari
Acar Jelantah
Buah
Air Kordial 
Air Nescafe
Air Teh Tarik

Encik Suami uruskan tempahan di Kuala Lumpur dan akak uruskan tempahan di Putrajaya.
Jam 10 malam kami semua selesai membasuh semua peralatan dengan jayanya.

Sebarang tempahan boleh berhubung terus dengan kami D Sempoi Catering



D Sempoi Catering

013-776 8176 (WhatsApp/Call) / 017-667 5285 (Call) 
019-776 8176 (Call) / 017-667 5284 (WhatsApp/Call)









Bisik Pada Langit


Sudah lama tak layan movie dekat panggung... 07.10.2017 akak pun ikutkan kehendak officemate. minta teman, jadinya akak pun temankan. tapi awal-awal dah minta izin pada en suami yea... bila dah diizinkan, maka berenjoy lah akak macam anak dara hahahaha....

cerita ini memang terbaikkk... meleleh air mata menghayati cerita ini.. bila tengok cerita ni rasa nak terus pergi peluk mak ayah erat-erat.

angah sayangkan mak ayah....

Friday, September 29, 2017

Sumpah Cintaku


Sumpah Cintaku

Di saat saling mengenali
Ku tahu cinta mu memanggil
Dalam perasaan yang tak kau dengari

Lambaian mu di dalam mimpi
Bayangan senyuman bidadari
Indah segenap rasa tak terbagi

Belah Lah jasad ku tirai kenangan ku
Pasti Akan kau jumpa api cinta menyala

Hingga Akhir nafas ini
Sayang Sampai akhir pasti
Cinta Ku tersimpul mati
Di Syurga tetap kau ku nanti
Sumpah Cintaku hanya padamu

Disaat Saling mengenali
Ku Tahu cinta mu memanggil
Dalam Perasaan yang tak kau dengari

Tuesday, August 8, 2017

LULUH



Sudah puas aku menangis lagi
Kau hadirkan mendung awan yang kelam
Namun Ku kan tetap bisa bertahan
Secebis kasih yang telah Kau beri
Kan Ku simpan dalam memori indah
Tapi semuanya telah berakhir
Aku tersungkur menunduk meraung
Dan tiada siapa bisa merasakan
Oh sakitnya hati ini
Jika Kau tak mampu memberiKu senyum
Usah Kau hadirkan dengan kedukaan
Oh biarlah hidupKu dengan caraKu
Secebis kasih yang telah Kau beri
Kan Ku simpan dalam memori indah
Tapi semuanya telah berakhir
Aku tersungkur menunduk meraung
Dan tiada siapa bisa merasakan
Oh sakitnya hati ini
Jika Kau tak mampu memberiKu senyum
Usah Kau hadirkan dengan kedukaan
Oh biarlah hidupKu dengan caraKu
Sedia menghadapi yang akan tiba
Takkan berundur walau seketika
Aku terus berjalan mencari sinar baru

Wednesday, July 26, 2017

Kenduri Kahwin Sepupu


Dengkil - Kluang - Parit Raja - Jay Bee - Melaka - Dengkil

Taraaaa.... pagi Sabtu lepas akak balik Johor kerana menghadiri jemputan kenduri kahwin sepupu. adik beradik sebelah ayah. akak kena pakai spec sebab sakit mata masih belum sembuh sepenuhnya. akak kena drive sendiri balik Johor sebab en Suami kena bertugas di Ipoh wuaaa....

en suami bantai gelak pada akak sebab akak ni bukan jenis suka pakai spec hitam ni. siap dia upload dekat fb. fb en suami pula akak pun tak tahu, jenis berhantu agaknya. asal dia post status aje, ada je yang like, komen... nyampah kadang-kadang akak ni. rimas semacam dibuatnya bila pakai spec. rasa orang dok gelak jee pada akak ni. nasiblah akak ni dikurniakan penglihatan yang elok.

selesai majlis kahwin adek sepupu dekat Kluang, akak gerak gie Parit Raja pula. umah tinggalan arwah atok jumpa mak-mak sedara.

jam 6 petang gerak balik jay bee sebab esok mak ayah follow up dekat HSA... heppp!!! kena jadi anak yang berjasa taw. nanti bila diorang dah takde, baru korang nak menyesal. setakat tekan pedal minyak 4-5jam jee pun (padahal tegang tengkuk akak ni)

esoknya lepas solat Zohor, akak gerak balik. sebelum balik tu singgah umah mak pak mertua. bawa mak ayah ziarah besan diorang.

alhamdulillah, sebelum magrib kami dah tiba ke destinasi. dah pesan awal-awal dekat en suami, kalau ada  'SURAT CINTA' minta tolong bayarkan sebab masa balik tadi memang akak duduk line kanan je...



Monday, July 17, 2017

Kekasih Hati Jantung Hati




 Lama kita tak belai-belai awak kan... Hari ini kita kasi cuci luar dalam, enjin sekali yea.
Arch belakang tu tak tahu bila boleh hantar cat hahaha... walaupun nampak buruk tapi ramai yang puji kata cantekkk...

Tunggu ada duit ehh, kita kasi cat 1 body...

Apaa???? en Suami bagitahu ada yang merisik JJM ni!!!!
Minta maaf yea, ini bukan benda untuk dijual. 12 tahun aku hidup dengan dia. Walaupun dia bukan benda bernyawa tapi Dia lah yang ada dikala aku susah, senang, duka dan gembira. Memang aku tak boleh nak letgo dia dari hidup aku..

Pertama kali aku berduka 2006 dia turut merasa akibat kedukaan aku. Tapi apakan daya, perkara yang dah berlalu tak boleh diubah. Hanya boleh disesali dan dijadikan iktibar sahaja. Wanita ni kan ada 1 akal sahaja.

https://goo.gl/maps/DpkpHTqNaUy


JJM - (2005-2017)

Saturday, July 15, 2017

Tempahan


15 Julai 2017 (Sabtu)

Sesudah Subuh bila rasa keadaan bertambah baik, terus bersiap ke Pasar Borong Selangor. Diri kena kuat juga memandangkan en Suami tiada (bertugas di luar kawasan) dan tempahan telah dipersetujui.

Alhamdulillah perjalanan lancar sahaja. Memandangkan semua dah kenal maka tidak sukar untuk aku berurusniaga.

Tepat jam 8 pagi semua settel, maka terus gerak balik bagi menyelesaikan misi

15 Julai 2017
Laksa Johor 100 pax - Taman Melati, Kuala Lumpur


16 Julai 2017
Set Nasi Beryani 150 pax - Taman Universiti, Kajang


D Sempoi Catering

013-776 8176 (WhatsApp/Call) / 017-667 5285 (Call) 
019-776 8176 (Call) / 017-667 5284 (WhatsApp/Call)

Friday, July 14, 2017

Sakit Penghapus Dosa


Setelah 2 hari merasa diri kurang sihat, maka hari ini terus mendadak suhu ni naik... bila beritahu en Suami (bertugas di luar kawasan) dia risau...

Masa en Suami tiadalah Allah ni nak beri rasa sakit ini. Dia mahu aku lebih tabah dan sabar, pesan dalam hati.

Aku cuma kata, aku nak makan ubat & tidur. Harap esok pagi akan kembali ok untuk aku ke Pasar Borong melaksanakan misi tempahan-tempahan sedia ada.

Semoga Allah memperkenankan permintaan ku...


Wednesday, July 5, 2017

Tempahan



jomm ke pasar... hari ni kita uruskan sendiri tanpa encik DeFa Sempoi , esok bermula tempahan..

encik Suami kena pulang ke Melaka




D Sempoi Catering

013-776 8176 (WhatsApp/Call) / 017-667 5285 (Call) 
019-776 8176 (Call) / 017-667 5284 (WhatsApp/Call)

Saturday, June 24, 2017

Rambut Raya


Tengok rambut encik Suami.... aku sengaja cabar dia botak kan rambut. aku bagitahu kalau botak mesti hensem.

en Suami bertanya berkali selama seminggu, betul ke aku nak suruh botak ni? aku bersahaja aje jawab YA...

balik dari kedai gunting... ni lah hasilnya. terkejuttttt. ingatkan dia main-main sahaja.

Jawapan dia "abang sayang rambut ni, tapi dah isteri suruh botak, ikut ajelah"

aduhaiiii.... serba salah pula aku dibuatnya.

harap cepatlah panjang rambut dia kan.... hehehee

Friday, June 16, 2017

Pulut Kuning Rendang Ayam

Alhamdulillah, selesai misi tempahan pulut kuning dan rendang ayam - 250 pax untuk Kementerian Kesihatan Bahagian Latihan Putrajaya.

Terima kasih kerana sentiasa memberikan sokongan kepada kami



D Sempoi Catering

013-776 8176 (WhatsApp/Call) / 017-667 5285 (Call) 
019-776 8176 (Call) / 017-667 5284 (WhatsApp/Call)

Wednesday, June 14, 2017

Redha

Album : Allahu Rabbi
Munsyid : In-Team
http://liriknasyid.com


Usah di salahkan takdir yang melanda
Renung kembali sejarah silam
Dengan membiarkan ku sendiri
Ku terumbang ambing mengenal diri

Mujurlah Allah itu mengasihi
Aku diberi arah petunjuk
Berlindung dengan Allah
Menerus kehidupan
Ku mengenal makna
Dosa dan pahala

Dengan kehendakNya
Kau datang semula menghampiriku
Dan aku terpaku
Hingga ku hilang tiap bicara

Bukan ku menjauhi
Tetapi amat sukar sekali
Bila kenang kembali
Aku disisih dan dibuang ke tepi
Malah aku tidak dipeduli

Allah Maha Mengetahui
Yang ada dihati
Biar Dia menentukannya

Usah disalahkan takdir yang melanda
Renung kembali sejarah silam
Ku redha dan sedia. terima
Yang tertulis dalam kehendakNya

Lagu: Syah Inteam & Salleh Brothers
Lirik: Lukman S
Susunan muzik: Along Exist

Monday, January 23, 2017

Hitam Manisan

Jikalau ku tahu diri ku hanyalah sandaran mu
Tak akan ku curah segala cinta ku padamu
mengapa sejak dahulu kau tidak berterus terang
bahawa aku hanyalah tempat persinggahan mu

Sudah menjadi lumrah ada insan lupa daratan
waktu kau kesusahan akulah tempat engkau mengadu
tapi apabila kau senang mudahnya kau berubah hati
dan kau bersuka ria dengan orang yang lain

Waktu susah kau cari aku
waktu senang engkau tinggalkan aku
begitulah sikap mu tak tahu kenang budi

Waktu duka akulah teman
waktu perlu akulah kekasih mu
tapi selepas itu mengapa kau kianati
apa gunanya dikenang kenang
pada orang yang tak menghargai
segala pengorbanan diri ku
akhirnya aku terluka

Aku hanya bersabar
sambil dalam hatiku bertanya
bahagia kah engkau
membiarkan ku terkilan rasa
sesungguhnya dirimu adalah
manusia yang lupa daratan
dengan mudah kau mungkiri segala janji mu

*interlude*

Waktu susah kau cari aku
waktu senang engkau tinggalkan aku
begitulah sikap mu tak tahu kenang budi

Waktu duka akulah teman
waktu perlu akulah kekasih mu
tapi selepas itu mengapa kau kianati
apa gunanya dikenang kenang
pada org yang tak menghargai
segala pengorbanan diri ku
akhirnya aku terluka

Aku hanya bersabar
sambil dalam hatiku bertanya
bahagia kah engkau
membiarkan ku terkilan rasa
sesungguhnya dirimu adalah
manusia yang lupa daratan
dengan mudah kau mungkiri segala janji mu

Dahulu aku sering hibur kan hati mu sayang
dan mengapa balasan mu kini menyakiti hatiku

Tetiba teringat lagu lama-lama

Friday, January 20, 2017

Tenanglah Dikau Di Sana... Al-Fatihah

Hidup lawannya mati.... tapi pemergiaan beliau terlalu mengejut.
Awal jam 8 pagi terima berita akan keadaan beliau di bilik mayat Hospital Serdang.
Semua bergegas ke sana bagi memastikan bahawa berita yang diterima TIDAK BENAR.

Akhirnya jam 9 pagi, kami terima pengesahan bahawa bos kami telah tiada buat selamanya.
Walaupun baru 9 bulan berada disamping kami, tetapi arwah merupakan seorang bos yang sangat2 penyayang dan memahami.

Bos... ramai yang hadir melawata bos. Dari hospital sampai ke tanah perkuburan... ramai sangat yang mengiringi bos. Ramai kenalan, anak buah dari Kementerian yang pernah bos bekerja juga datang.
Paling tidak dapat dilupakan wajah mulus anak2 bos yang seakan2 amat mengerti. 
Ini menunjukkan betapa baiknya bos di mata semua orang...

Pagi ini kami adalah bacaan Yassin beramai-ramai. Di akhir bacaan, kami semua tidak dapat menahan kesedihan hingga terdiam seketika. Terlalu pilu rasa hati kami.








Kami akan kenang semua memori antara kami dengan bos... Semoga bos tenang di sana. 

Wednesday, January 18, 2017

Suamiku


Haaa.... kenal tak dua insan ni? 

nie lah kembar suamiku kihkihkih....


Sebenarnya kedua-dua adalah orang yang sama sahaja... selepas berusaha selama setahun, inilah hasilnya. Tahniah en Suami

Makin muda pula nampak bila dah kurus ni hahahaa

2016 VS 2011
                                                                   

Tempahan 17.01.2017


Alhamdulilah.... Selesai tempahan dari Jabatan Imigresen Putrajaya

50 pax Makan Tengahari
Ayam Masak Kicap Berlada
Daging Salai Lemak Cili Padi
Sayur Kobis Goreng
Ulam & Sambal Belacan
Buah Tembikai
Air Kordial Mangga












D Sempoi Catering

013-776 8176 (WhatsApp/Call) / 017-667 5285 (Call) 
019-776 8176 (Call) / 017-667 5284 (WhatsApp/Call)