Wednesday, December 28, 2011

24.12.2011

24.12.2011 adalah tarikh yang aku dan sekeluarga tidak sabar2 menanti kerana tarikh tersebut kami semua sudah merancang akan pergi bercuti ke Cameron Highlands. Masing-masing menghitung hari demi hari dan membeli beberapa kelengkapan yang tiada.

Tapi..... pada pg 24.12.2011 sedang kami semua bersiap untuk gerak ke Cameron, kami mendapat panggilan dari kampung, menyatakan ibu saudara ku yang bongsu telah pun pergi buat selama-lamanya. Ya Allah.... mengapa semua ini berlaku dalam sekelip mata... Aku masih belum bersedia untuk menerima arwah pergi buat selamanya... dialah rakan sepermainan aku sewaktu kecil hinggalah kami semua mempunyai keluarga masing2. Beza kami hanyalah setahun sahaja.

Kami sekeluarga terus bergegas balik ke kampung. Tapi dalam perjalanan (sudah sampai pagoh) kami dimaklumkan jenazah sudah pun dikebumikan... Ya Allah, luluh sungguh hatiku. Mak aku lah insan paling terkilan kerana pada malamnya, mak singgah ke kampung. Dapat lihat arwah gembira kerana mak balik. Tetapi sewaktu mak hendak gerak balik, arwah sudah tido jadi dia tak sampai hati hendak mengejutkan. Cuma dia berpesan, "adik, tunggu angah balik eaa".

Mak Ude memberitahu mak, yang arwah mencari mak selepas sahaja mak pergi. Arwah nak jumpa dengan mak. Arwah kata mengapa tak jumpa dengan beliau sebelum balik. Ya Allah, bagaimanalah mak hendak menerima semua ini. AKu daoakan mak tabah menghadapinya.

Di akhir2 waktu, arwah memang terlalu manja dengan adik beradiknya. Hinggakan dia dipangku oleh salah seorang abgnya pada petang tersebut.

Hingga detik ini, aku masih terpandangkan wajah arwah yang tersenyum sahaja melihatku ketika aku pulang semasa hari raya haji lepas. Itulah kali terakhir aku melihat beliau. Sempat ku cium beliau dan menyatakan semoga beliau cepat sembuh. Tapi semua tu hanya tinggal kenangan sahaja.

Doaku semoga roh ucu ditempatkan dikalangan org2 yang beriman.

Al-Fatihah....

Salina Binti Abdullah



Monday, December 5, 2011

♥Selamat Ulangtahun Perkahwinan♥

28.11.2011 merupakan ulangtahun perkahwinan ku yg pertama.. Yang teramat sweet, aku sambut bsama2 dengan kedua orang tua ku. Ulangtahun perkahwinan mereka jatuh pada bulan yang sama, iaitu 11.11.2011.

Semoga ikatan yang terbina akan terus diberkati oleh Allah dan diberikan kebahagiaan yang berpanjangan hingga ke syurga. Aminnn...






Thursday, October 6, 2011



Aku baru aje baik dari demam. Kali ni mmg kena demam yang teruk sekali. Tapi entah macam mana Pembantu Perubatan kat Klinik Kesihatan tu boleh kata aku tak DEMAM! Dia boleh cakap, biasalah kalau badan rasa sakit2 sebab nak selsema. Grrrr rasa nak aje aku sepak. Dia tak nampak agaknye yang muka & mata aku dah kemerahan, badan dah menggigil. Dahlah aku tunggu dekat sejam lebih, last2 mcm itu aje jawapan dia. Kalau aku datang semata2 nak MC, aku tak dtg arr klinik kerajaan. Gie masuk sekolah, belajar cara nak sukat suhu, OK!!!

Selesai aje ambil ubat, terus aku balik rumah dah melepek kat rumah. Aku nie kalau demam macam kain buruk. Memamg teruk giler. Call mak bagitahu yang aku demam, tangan kaki sejuk. Apa lagi.... risau lah diorang sebab aku dah lama tak demam mcm tu. Aku nie antibodi tak kuat, almaklum bayi tak cukup bulan. 7 bulan dalam kandungan mak dah minta keluar ke dunia hehehe...

Lepas en suami habis kerja, terus dia bawa aku ke klinik swasta. kannnn... aku demam. suhu pun tinggi. rasanya kalau aku saman pembantu perubatan tu tadi boleh tak??? Balik dari klinik, en suami kena gie Giant untuk membeli bahan masakan untuk esok pagi. Esok pagi ada tempahan. Siapa masak??? Haaaa, dah tentu en suami. Terpaksa buat, dah tak ada siapa boleh nak bantu. Semalam en suami tak tidur sebab menjaga aku. Letakkan tuala basah, rasa tangan & kaki aku. Sebab dah pesan kalau aku demam, aku mesti akan bercakap sendiri. Uikkk... iyea ke mak? Itu memang tahap kritikal demam laa tu..

Alhamdulilah, pagi tu aku dah beransur sihat. En suami pun boleh pergi kerja dengan senang hati walaupun diri tak cukup rehat. Doa aku semoga dia tidak jatuh sakit.
Aku demam nie pun gara2 tak cukup rehat. Dah 3minggu berturut2 aku tak de rehat walaupun hujung minggu.

Ok arr, masa pun dah nak habis waktu rehat, aku berhenti dulu. Daaa...

Monday, August 1, 2011

FADHILAT SOLAT TERAWIH

As'salamualaikum!!!

Selamat berpuasa di bulan Ramadhan..
Serta selamat menunaikan Solat Terawih..

FADHILAT SOLAT TERAWIH
  1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama – Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.
  2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua – Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.
  3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga – Para malaikat di bawah 'Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.
  4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat – Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
  5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima – Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.
  6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam – Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.
  7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh – Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.
  8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan – Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.
  9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan – Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.
  10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh – Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.
  11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas – Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.
  12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas – Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.
  13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas – Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.
  14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas – Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.
  15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas – Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.
  16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas – Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.
  17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas – Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.
  18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas – Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).
  19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas – Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.
  20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh – Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.
  21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu – Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.
  22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua – Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.
  23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga – Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.
  24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat – Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.
  25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima – Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.
  26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam – Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.
  27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh – Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.
  28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan – Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.
  29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan – Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.
  30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh – Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.

Tuesday, July 26, 2011

Berderai Airmataku

Semalam melawat usu di Hospital Batu Pahat... Melihat akan keadaan beliau, mata ku sudah berkaca2 mahu menitiskan airmata tapi ku tahankan jua demi beliau...

Apabila dipujuk untuk mandi, beliau hanya mengelengkan kepala... mungkin dia malu bila mana perlu melalui ramai orang sebelum sampai di tandas.

Aku dipahamkan hari Isnin 26/07/2011, usu akan menjalani pembedahan pertama. Setelah sekian lama beliau menanggung, menyimpan akan penyakit itu, baru kini beliau mahu menjalani pembedahan...

Setelah hampir jam 7malam, semua beransur pulang memandangkan waktu melawat sudah tamat. Aku menghanpiri usu dan bersalam dengan beliau. Ku tanyakan kepada beliau, masih kenalkah dengan aku. Dengan senyuman terukir dia menyebut nama panggilan ku. Alhamdulilah.... sedikit demi sedikit ingatannya kembali pulih. Syukur Ya Allah... Lantas ku cium kedua belah pipinya... ku usap2 raut wajahnya,,,,, Ya Allah..... sembuhkanlah usu ku ini.... Aku sayangkan beliau... Tanpa dapat diseka lagie,,, airmata ini jatuh berguguran.

Maafkan jaja usu. Jaja dah cuba tahan daripada ianya jatuh tapi.... Jaja dengar usu cakap, "Janganlah nangis...." Tapi airmata nie tak dapat ditahan2 lagi. Maafkan jaja.... Terus aku berlalu pergi meninggalkan beliau. Aku berharap usu ku akan tabah melalui semua ini. Semoga pembedahan yang beliau jalani akan selamat. Insyallah.... Aminnnn

Monday, July 18, 2011

Kesedihan

YA ALLAH YA TUHAN KU AKU MOHON PADAMU YA ALLAH SEMBUHKAN LAH SALINA ABDULLAH KERANA SESUNGGUHNYA INI ADALAH UJIAN DAN KEHENDAK MU DAN DIA PULIH PUN JUA DIATAS KEHENDAK MU JUA.. AMIN YA ROBBUL ALAMIN.

Terlalu pilu bila mendapat berita akan kesakitan dan kesengsaraan makcik bungsu ku... Dia adalah rakan sepermainan ku dari kecil memandangkan umur kami cuma beza setahun sahaja.

Terlalu terkilan sebab beliau tidak mendapatkan rawatan dengan segera. Padahal bulan 4 lagi sudah dapat dikesan akan virus tersebut. Kini setelah 3bln, beliau disahkan kenser tahap 4. Nasib baik pakcik-pakcik ku yang lain berkeras juga untuk membawa beliau ke Hospital Batu Pahat. Padahal ibu ku yang seorang kakitangan Hospital telah menasihatkan untuk menjalani rawata di hospital tetapi hampa.... Saranan ibu ku dikecam. Masih mahu meneruskan rawatan tradisional.

Memang tidak salah untuk berusaha tetapi kenalah berusaha sehabis daya. Bukan sekadar berharap dengan satu-satu jalan sahaja.

Doaku semoga ketabahan akan sentiasa berada di dalam jiwa beliau dan ahli keluargaku untuk menghadapinya. Buat nenekku, banyak2 bersabar. Nenek jangan nangis2, nenek kena kuat.....

Monday, June 6, 2011

Berita Harian Online | 'Layan macam pelacur'

Berita Harian Online | 'Layan macam pelacur'


Terlampau sedih dan terkejut seorang yang berilmu boleh mengutarakan kata2 sedemikian....

Mengapa terlalu rendah martabat yang dilabelkan oleh seorang yang bergelar ISTERI....

Kedudukan seorang isteri tu sangat mulia dan tidak boleh diseumpamakan seperti PELACUR walapupun Kelas Pertama!!!!!!

Alam rumahtangga bukan sekadar seks semata-mata. Seandainya faktor utama yang menyebabkan punca keruntuhan rumahtangga, memang tabik spring berganda2 aku berikan kepada DOKTOR tersebut.....

Sedarlah wanita, PELACUR & ISTERI adalah dua perumpaan yang berbeza....

YA Allah


click to create your own

Sunday, May 22, 2011

Kejadian Tanah Runtuh Di Hulu Langat

Al-fatihah untuk ke semua mangsa kejadian...

Sedih... menyayat hati melihatkan gambar serta video kejadian tanah runtuh ini... Maut datang tak di undang dan tidak mengira usia...








Monday, May 9, 2011

♥Hadiah Hari Kelahiran♥


Terima kasih yang tidak terhingga kepada en suami yang telah menunaikan impian untuk memilikinya... Dah terlalu puas hati dan lepas nie pn isteri tak akan minta apa2 agie hehehe...

Friday, May 6, 2011

♥♥♥Hari Ibu♥♥♥

Sempena hari ibu saya dah menukar gambar profile saya kepada gambar ibu saya...

Begitu jua dengan adik2 saya yang lain...

Alhamdulilah, kami dikurniakan seorang ibu yang benar penyayang dan memahami setiap kerenah anak2nya. Yang paling saya hargai adalah jasa nenek saya yang mampu membesarkan seramai 13orang anak termasuklah ibu saya sendri. Terima kasih nenek kerana berikan kami ibu yang terbaekkkk!!!!





Antara berlima2 nie, yang paling sweet adalah profile atiqah sebab gambar berdua bersama ibu... So sweet ♥

Tuesday, May 3, 2011

Inilah aktiviti sempena cuti hari pekerja... Family dari JB turun Putrajaya... So malam hari Ahad tu kitaorang round2 gie I-City sbb adik aku nie sibok nak sangat gie tempat tu.

Tahun 2007 aku pernah duduk kat sini. Tak sangka pula yang tenpat nie akan dijadikan salah satu pusat pelancongan yang indah....



en defa @ pn defa sedang memerhatikan keindahan lampu2 neon

Luncur... memang best main nie tp yg tak bestnya jaraknya dekat aje, tak puas nak meluncur. nak naik banyak kali kena beratur panjang...

nielah tempat paling sejuk giler... tp dibebabkan nak ambil gambar ngan angsa2 yg comey nie, tahankan aje diri hehehe...

SMILEEEE....

Wednesday, April 27, 2011

♥Kejutan Buat Cik Linda♥



Nie adalah kejutan yang kami buat untuk cik linda sempena ulantahun kejadiaan beliau semalam...

Betul2 terkejut cik minah tu semalam... Alhamdulilah berjaya jua misi kami hehehe...

Tuesday, April 26, 2011



Yang mana satu pilihan kalbu.... ♫♫♫
Masih belum membuat pilihan... Setiap satu ada kelebihan dan kekurangan masing2.
Dengar pula khabar akan keluar Ipad2. Maybe akan lebih baik dari Ipad yg sedia ada kan. Mana tahu akan diperbaiki setiap kekurangannya..

Malam tadi en suami dah sambar Xperia... Dia pujuk suruh beli yg sama tapi aku tak mahu... Dah tanam impian nak sambar Ipad @ Ipad2. Tapi apa2 pun kena tunggu sampai budget cukup laaa.

Monday, April 25, 2011

Apam


Ya Allah, aku betul2 teruja nak membuat apam nie... Semangat berkobar2 sangat nak buat apam nie... So petang nie nak ke kedai untuk beli barang2nye... Hope menjadilah percubaan kali pertama nie... :D

Thursday, April 21, 2011

20.04.2011

Inilah kejutan pertama oleh en suami yang datang ke pejabat seawal pagi... 4 kuntm ros pink dan 4 kuntum ros merah. Siap ngan teady bear lagi hehehe....






Ini pula merupakan kejutan kedua oleh en suami... sedang asyik melayan borak, tetiba mata ditutup. Ehhh, sapa pulak main tutup2 nie... Rupanya inilah rakan2 yang datang bersama dengan kek SR. Tak sangka betol dengan kehadiran diorg. Baru nak merajuk dengan en suami sbb tak ada kek hehehe...

So credit to teristimewa En Suami ♥♥♥
♥ Just & Paan
♥ Linda & Zetty

Wednesday, March 30, 2011

DURIAN


Sedap tak??? pada yang hantu pada raja buah nie mesti akan cepat2 menjawab sedap kan...
Aku nie bukanlah boleh diketegorikan HANTU tapi aku memang suka makan segala macam buah...

Dah lama aku minta ngan en suami utk belikan tapi en suami bgtahu dia tak pandai pilih. dia suruh aje beli kat pasaraya yang dah siap dikopek tapi aku tak mahu.... tak freshhh, x sedap, x puas...

Hari tu ada sekali dia beria nak belikan tapi kecewa bila semua gerai tak buka utk jualan.

So now, tak sabar nak balik JB next week.... nak suruh ayah ajelah yang belikan. ayah pandai pilih sbb dari muda lagi dia memang jaga pokok durian. dulu masa arwah atok ada lagi, senang aje nak dapat kat kebun tapi laa nie arwah atok dah xde.... Tetiba terasa rindu sangat pada beliau... beliau tak pernah penat layan kerenah cucu dia yang satu nie. Alfatihah untuk arwah :(

Monday, March 28, 2011

CERRUTI 1881 ODDISEA DONNA MOP DIAL LADIES SWISS WATCH





Dah lama nak buat entry nie tp asyik terlupa sangat...

Nielah jam tangan hadiah dari en suami sempena perkahwinan kami. Pada mulanya aku cuma mahukan jam berjenama BONIA tapi kata en suami dah terlalu biasa sangat so kami usha2 jenama yang lain. Yang penting berkualiti dan menepati warna thema kami... GOLD BLACK.

Kini... Inilah antara barang yang paling aku sayang sangat.... terlalu sayang utk digunakan bagi akviti yang lasak :) . walaupun ada 2 tahun guarantee tapi still kena jaga penuh kasih sayang,,,, ♥♥♥

Wednesday, March 16, 2011

UTM

Malam nie bila buka fb kawan sama2 course time kat (dulu panggil UTMKL tapi kini UTM City Campus) tetiba buat rasa rindu sangat saat-saat study dulu...

Nielah mercu tanda... time aku study tak ada lagi mercu tanda nie. kat sini selalu student melepak sementara tggu nak masuk dewan exam. kat sebelah kanan itulah dewan peperiksaan... dewan nie memang ada sejarah buat aku.
Sejarah apa? sejarah aku terpaksa keluar awal dr dewan peperiksaan sebab sakit pewot yg teramat sangat hakhakahak.... dah laa dewan nie besar gabak, aku pula tu duduk kat depan sekali. kawan2 semua ingat aku nie excellent laa sebab keluar awal, padahal lalalallalaa..... ☺


Nie pula adalah gambar terakhir kami kat sini... semua nie budak2 class aku. skema giler time nie. masing2 tak sanggup nak nengok gambar nie. semua tergelak giler2 nengok diri sendiri. cuba cari mana satu aku??? aku pun tak tahu macam manalah aku boleh ambil aksi ala2 manja mcm tu owhhhhh its FAEZ..... bluwekkkkkk :p


Haaaa.... nie pula adalah hari terakhir kami semua bersama sebab selepas nie masing2 akan ada yang balik ke kpg @ tempat asal masing2 utk buat praktikal. termasuklah aku time tu... aktiviti nie kami buat kat taman KLCC. cuma kaum2 hawa sahaja yg terlibat. kami bertukar2 cenderahati.

Haaa... nak tahu mengapa ada seorang yang cukup setia dengan speck hitam? hahaha... dialah ALONG. antara kawan baik aku semasa study dulu. dia kena jangkitan sakit mata dihari2 last exam... so kenalah pakai spec, kang berjangkit pula.

So... byk sangat pengalaman suka, duka semasa kat sini. Yang suka ajelah dikongsi. Yang duka tu better semat jauh2 dalam hati. Moga2 kelukaannya tidak tercalar kembali.

Tuesday, March 15, 2011

Flowers


Hari ni dapat suprise dari my hubby.... ♥♥♥

Malu giler time Pn Defa terima nie... lgie2 time tu ngah cibok uat kerja kat opis. opismate semua tegur... mereka ingatkan hr nie bsday Pn Defa @ annivesry.... Yang pasti my hubby memang suka buat suprise begini. Bila ditanya untuk apa? Dia cakap sebagai menghargai diri Pn Defa... Alahaiiiii.... u so romantik tp so sorry Pn Defa nie tak pandai romantik2 nie hahahaha......

Wednesday, February 9, 2011

Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu

Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu

Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa

Kasihku…ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya

Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu

Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu

Monday, January 24, 2011

Aktiviti Terbaru

Alhamdulillah... setelah percubaan kali pertama berhasil dan mendapat pujian kini aku meneruskan lagi percubaan tersebut. Pn Defa buat nie semata2 mahu membantu En Defa.

Pagi nie seawal jam 4:30 Pn Defa sudah pun bangun untuk menyediakan Nasi Goreng Kampung bersama Ayam Goreng Berempah. Kuih2 muih pula adalah Pau Kacang Merah, Pau Kaya, Popia Ayam & Kentang serta Samosa Otak2.

Bersyukur sangat2 sebab En Defa pun turut bangun awal untuk membantu. Nak mencari duit lebih kena saling bantu membantu kan.

Disebabkan Pn Defa tak larat nak mengoreng nasi yang banyak tu, maka En Defa telah pun membantunya. Pewitttt.... dia cakap, tak payah pergi belajar masak jauh2 sebab Pn Defa dah ada untuk ajar dia. Alahaiiii, siapalah Pn Defa sekiranya nak dibandingkan dengan Ayah Pn Defa yang sudah berpengalaman memasak bertahun2 lamanya.

Tepat jam 6:30 semuanya telah siap... Terus berangkat ke opis masing2. En Defa gembira sebab dia sudah tidak perlu menunggu. Sebelum nie dia terpaksa menunggu orang untuk hantar ke semua makanan dan dia akan terkejar2 untuk buat ke semua order. Kesian sebenarnya Pn Defa pada beliau sebab tu digagahkan diri untuk buatkan.

Pn Defa tetapkan syarat, kalau first time buat, orang puji sedap maka Pn Defa akan teruskan membuatnya. Maka pada last week percubaan, telah pun mendapat pujian kenalah Pn Defa teruskan. Alahaiii untuk kami bersama jua. Sama2 susah... Sama2 senang....

Jangan fikir nak senang tapi suami yang terpaksa bsusah2kan...

So... inilah kerjaya Pn Defa yang baru... :)

Friday, January 21, 2011

Full House

Inilah aktiviti Pn Defa selama beberapa hari. Dok melayan citer nie. Cd nie Pn Defa pinjam pada seorang kenalan. Dah nengok citer nie tapi nak nengok lagie. Mula2 En Defa hanya memandang sinis aje sbb Pn Defa asyik melayan citer nie... tp semalam dia pulak yg dok melayan hehehe... sanggup berjaga sampai jam 2pagi.


Thursday, January 20, 2011

Karipap Sardin


Pagi hari cuti..... Dr pagi dok fikir apa nak buat untuk santapan En Defa... Akhirnya Pn Defa pun teringat akan kesukaan, kegemaran En Defa iaitu.... Karipap Sardin.... :)

Apalagi lepas solat subuh, terus sahaja ke dapur sediakan sardin bersama kentang....
Blenderkan bawang besar, bawang kecil, halia dan beberapa batang cili padi. Lepas tu tumiskan bahan2 tadi hingga garing. Masukkan kentang yg dah dipotong kecil2 [biar mudah empuk]. Masukkan sardin yg telah dihancurkan. Biarkan hingga kering & garing. Opsss... jangan lupa masukkan sedikit garam yea. Nahhhh, nie hasilnya.

Lepas tu sediakan tepung untuk buat karipap. Tepung, mentega yang telah dicairkan dan sedikit air. Mentega cair digunakan agar kulit karipap tu ranggup dan tidak resap minyak.. Lepas tu uli dan kelim laa karipap tersebut. Nahhhh, ini hasilnya setelah dikelim. Amacam... cantek tak Pn Defa kelim karipap? hehehe....


Ini pula 2 biji karipap yang tidak jadi kelimnya hehehe... Almaklum laa baru nak belajar2 memasak nie lalalalala

Lepas dah siap semuanya dikelim... gorengkan dia.
Alhamdulillah.... siap sahaja kelim karipap, En Defa pun tersedar dari lena. Terkejut dia sebab Pn Defa sediakan makanan kesukaan dia :) . Rasa bangga pulak bila En Defa puji hasil airtangan Pn Defa nie. I like....


Wednesday, January 19, 2011

CEK MEK MOLEK


Inilah yang terhasil.... Kuih Cek Mek Molek. Inilah first time aku buat kuih nie. Kuih nie kan kuih tradisi org kelate dan aku pulak org johor....

Balik aje dari opis aku mencari beras utk buat pengat [bubur cacar] memandangkan kat rumah ada 3 ketul keledek. tapi cari punyer cari... tak berjumpa2. Lastly ambik keputusan buat kuih nie.....

Bak kata hubby jgn membazir... guna apa yg ada di rumah tu. disebabkan terlalu asyik makan sampai lupa nak snap picture, dapatlah 2 ketul kuih tu. Amacam comey tak kuih yg aku buat nie? :)) :)) :))

Monday, January 17, 2011

Juadah Di Petang Hari



Inilah menu di petang hari... Daripda dok beli kat kedai, adalah baik buat sendiri kan hik3....

Tapi disebabkan tiada roti john, aku pakai roti biasa aje. Janji rasa tetap sama :) dan yang penting hubby aku suka akan hasil air tangan ku ini :)