Friday, December 13, 2013

Hari Inovasi 2013




Selepas kegembiraan Anugerah 5S kini, Anugerah sempena Hari Inovasi Tahun 2013 menjadi milikku..... 
Waktu diumumkan, hanya air mata kegembiraan yang mampu terluah.... 




Ini pula anugerah yang Cawangan Kewangan terima :

Kecemerlangan Pengurusan Kewangan (Johan)
Kecemerlangan 5S (Ketiga)

Jumlah keseluruhan yang kami perolehi ialah RM12,000.00 ... banyak kan
Alhamdulillah.

Waktu anugerah ini diumumkan hanya TSUB & KPSU & aku sahaja yang hadir. Kakitangan yang lain sedang sibuk uruskan majlis sambutan hari lahir Cawangan Kewangan.

Kemenangan berganda... hadiah untuk semua 




5S


Untuk tahun kedua, Kementerian mendapat Sijil 5S.... 
Stor Utama.... sudah tentu memain peranan besar. sebab di situlah yang diorang lawati dan hasilnya.....

.......
.........



Audit 5S memberikan label ini.... Ya Allah bersyukur sangat atas kurniaanMu... Bahagia tidak dapat digambarkan waktu beliau berkali2 mengucapkan perkataan keramat ini. Terasa segala penat lelahku selama ini terbalas. Kalau lepas ini aku keluar pun aku dah cukup bahagia sebab dapat meninggalkan sesuatu yang terbaik....


Saturday, November 30, 2013

Majlis Perkahwinan Adikku


Alhamdulilah, selesai majlis adikku... penat tak payah cakap laa... sampaikan tak ada sekeping pun gambar aku... adoiiii, punyer melaram dengan baju cantek kan hihihi... tak mengapalah asalkan berjalan dengan lancar.

Tapi paling tidak diduga ramai sungguh yang datang.... sampaikan tuan rumah dapat tapaw daging 7 ketul kihkihkih....

Orang yang paling berjasa sepanjang majlis adalah suamiku tercinta... dari pagi Jumaat sampailah malam sabtu. 1 dewan tu dia sorang aje yang menyapu. Nak harapkan aku sapu, confirm lepas tu aku terus selsema ler... syukur sangat2 kerana mempunyai suami seperti kamu... sayang giler laa dekat kamu hehehe....



wajah-wajah ceria sepupu-sepupuku.... terima kasih atas kehadiran kalian




Sunday, November 17, 2013

Alhamdulilah.... Teratak Kami

Minggu ni mak ayah datang Putrajaya sebab ada kenduri kahwin anak sedara ayah di Bangi. Lepas sahaja makan tengahari, aku terus bawa mereka melihat rumah yang sudah hampir siap 70%. Alhamdulilah, aku bakal mempunyai 1 lagi aset kekal. Terima kasih en suami kerana turut membantu merealisasikan impianku.

Kini kena kumpul duit dari sekarang untuk melengkapkan rumah dan menambahbaikkan rumah sebelum kami masuk dengan rasminya. Rata-rata kawan-kawan yang telah masuk belanjakan hampir RM10~30K... Mudah2an Allah permudahkan diriku. Amin





Sunday, November 10, 2013

Selamat Pengantin Baru

Assalamualaikum,

Lama tak on blog nie... tak pasti sama ada tak ada mood atau banyak sangat kerja yang perlu dilaksanakan...

Tanggal 2 November 2013 (Sabtu) adikku selamat diijabkabulkan... Tahniah ikin. Lepas ini susahlah kalau aku nak minta tolong apa2 sebab dia dah ada suami. aku pun dah tak boleh nak buli dia hehehe...

Diorang ni nikah dulu sebab nak mengelakkan bulan Muharram.. Biasalah ikut adat2 orang jawa. Kami tidak mempercayai tetapi lebih kepada menghormati permintaan orang tua2.

Kali ini aku sedih sangat sebab nenek ku yang tersayang tidak ada bersama. Terasa sangat2 akan ketiadaan arwah semasa majlis ini. Moga nenek tenang di sana....





Friday, September 20, 2013

Cahaya Mata

Alhamdulilah... kelahiram cahaya mata yang comey2.... ini anak sedara & adik sedara saya...

Doa2kan selepas ini giliran saya pula. Nak kembar, aminnnn.


 - 16 September 2013
NUR ADNY QAIRINA - 13 September 2013
MUHAMMAD FIRASH ARSYAD - 1 Julai 2013




Thursday, September 12, 2013

Teambuilding Cawangan Kewangan, Pulau Pangkor

Hari Kedua 7 September 2013 - Pagi (Snorkeling)




wajah teruja beb.... 


Hari Kedua 7 September 2013 - Petang (Mini Explorace)








Hari Ketiga 8 September 2013 - Pagi (Sukanika bersama Keluarga)













Wednesday, September 4, 2013

Kejutan Untuk Si Suami



Pepagi bila suami masuk opis, nengok2 ada sejambak coklat & seekor bear yang cute atas meja dia... Horeyyyy :)

Selamat Ulangtahun Suamiku



Wajah Ceria Birthdy Boy hehehe...

My Fav Yummyyyyyyy

Hanya beli 2 Slide Cake... Banyak2 nanti tak abis pula

Wednesday, August 28, 2013

Kekasih Hati


Inilah kekasih hatiku sejak tahun 2005.... masih berkilat kan walaupun sudah hampir 7 tahun berkhidmat. Mestilah, dijaga rapi tu. Tiap2 minggu dia mandi, kadang2 tu baru 3 hari dah mandikan lagi. 6 bulan sekali mesti gie polish. Nama pun sayang kan... Inilah hartaku sebab tu walau macam mana orang suruh jual, aku tak mahu. Lagipun kereta nie manual, aku tak mahir bawa auto. pelik kan? hikhikhikhik.... selalu aje kena gelak ngan en suami.

Sunday, August 25, 2013

Jamuan Hari Raya Aidilfitri - Pangsa Seri Murni 1

Alhamdulilah, selesai jua memasak Nasi Beryani Daging, Ketupat, Kuah Lodeh, Kuah Kacang untuk 100 orang.. Ini adalah kali terakhir keluarga ku menyambut hari raya di HSAJB.. Ini memandangkan mak sudah pun pencen 5.8.2013 yang lepas... Selepas ini, pasti aku serta keluarga merindui suasana di sini.