Wednesday, July 26, 2017

Kenduri Kahwin Sepupu


Dengkil - Kluang - Parit Raja - Jay Bee - Melaka - Dengkil

Taraaaa.... pagi Sabtu lepas akak balik Johor kerana menghadiri jemputan kenduri kahwin sepupu. adik beradik sebelah ayah. akak kena pakai spec sebab sakit mata masih belum sembuh sepenuhnya. akak kena drive sendiri balik Johor sebab en Suami kena bertugas di Ipoh wuaaa....

en suami bantai gelak pada akak sebab akak ni bukan jenis suka pakai spec hitam ni. siap dia upload dekat fb. fb en suami pula akak pun tak tahu, jenis berhantu agaknya. asal dia post status aje, ada je yang like, komen... nyampah kadang-kadang akak ni. rimas semacam dibuatnya bila pakai spec. rasa orang dok gelak jee pada akak ni. nasiblah akak ni dikurniakan penglihatan yang elok.

selesai majlis kahwin adek sepupu dekat Kluang, akak gerak gie Parit Raja pula. umah tinggalan arwah atok jumpa mak-mak sedara.

jam 6 petang gerak balik jay bee sebab esok mak ayah follow up dekat HSA... heppp!!! kena jadi anak yang berjasa taw. nanti bila diorang dah takde, baru korang nak menyesal. setakat tekan pedal minyak 4-5jam jee pun (padahal tegang tengkuk akak ni)

esoknya lepas solat Zohor, akak gerak balik. sebelum balik tu singgah umah mak pak mertua. bawa mak ayah ziarah besan diorang.

alhamdulillah, sebelum magrib kami dah tiba ke destinasi. dah pesan awal-awal dekat en suami, kalau ada  'SURAT CINTA' minta tolong bayarkan sebab masa balik tadi memang akak duduk line kanan je...



Monday, July 17, 2017

Kekasih Hati Jantung Hati




 Lama kita tak belai-belai awak kan... Hari ini kita kasi cuci luar dalam, enjin sekali yea.
Arch belakang tu tak tahu bila boleh hantar cat hahaha... walaupun nampak buruk tapi ramai yang puji kata cantekkk...

Tunggu ada duit ehh, kita kasi cat 1 body...

Apaa???? en Suami bagitahu ada yang merisik JJM ni!!!!
Minta maaf yea, ini bukan benda untuk dijual. 12 tahun aku hidup dengan dia. Walaupun dia bukan benda bernyawa tapi Dia lah yang ada dikala aku susah, senang, duka dan gembira. Memang aku tak boleh nak letgo dia dari hidup aku..

Pertama kali aku berduka 2006 dia turut merasa akibat kedukaan aku. Tapi apakan daya, perkara yang dah berlalu tak boleh diubah. Hanya boleh disesali dan dijadikan iktibar sahaja. Wanita ni kan ada 1 akal sahaja.

https://goo.gl/maps/DpkpHTqNaUy


JJM - (2005-2017)

Saturday, July 15, 2017

Tempahan


15 Julai 2017 (Sabtu)

Sesudah Subuh bila rasa keadaan bertambah baik, terus bersiap ke Pasar Borong Selangor. Diri kena kuat juga memandangkan en Suami tiada (bertugas di luar kawasan) dan tempahan telah dipersetujui.

Alhamdulillah perjalanan lancar sahaja. Memandangkan semua dah kenal maka tidak sukar untuk aku berurusniaga.

Tepat jam 8 pagi semua settel, maka terus gerak balik bagi menyelesaikan misi

15 Julai 2017
Laksa Johor 100 pax - Taman Melati, Kuala Lumpur


16 Julai 2017
Set Nasi Beryani 150 pax - Taman Universiti, Kajang


D Sempoi Catering

013-776 8176 (WhatsApp/Call) / 017-667 5285 (Call) 
019-776 8176 (Call) / 017-667 5284 (WhatsApp/Call)

Friday, July 14, 2017

Sakit Penghapus Dosa


Setelah 2 hari merasa diri kurang sihat, maka hari ini terus mendadak suhu ni naik... bila beritahu en Suami (bertugas di luar kawasan) dia risau...

Masa en Suami tiadalah Allah ni nak beri rasa sakit ini. Dia mahu aku lebih tabah dan sabar, pesan dalam hati.

Aku cuma kata, aku nak makan ubat & tidur. Harap esok pagi akan kembali ok untuk aku ke Pasar Borong melaksanakan misi tempahan-tempahan sedia ada.

Semoga Allah memperkenankan permintaan ku...


Wednesday, July 5, 2017

Tempahan



jomm ke pasar... hari ni kita uruskan sendiri tanpa encik DeFa Sempoi , esok bermula tempahan..

encik Suami kena pulang ke Melaka




D Sempoi Catering

013-776 8176 (WhatsApp/Call) / 017-667 5285 (Call) 
019-776 8176 (Call) / 017-667 5284 (WhatsApp/Call)