Saturday, June 24, 2017

Rambut Raya


Tengok rambut encik Suami.... aku sengaja cabar dia botak kan rambut. aku bagitahu kalau botak mesti hensem.

en Suami bertanya berkali selama seminggu, betul ke aku nak suruh botak ni? aku bersahaja aje jawab YA...

balik dari kedai gunting... ni lah hasilnya. terkejuttttt. ingatkan dia main-main sahaja.

Jawapan dia "abang sayang rambut ni, tapi dah isteri suruh botak, ikut ajelah"

aduhaiiii.... serba salah pula aku dibuatnya.

harap cepatlah panjang rambut dia kan.... hehehee

Friday, June 16, 2017

Pulut Kuning Rendang Ayam

Alhamdulillah, selesai misi tempahan pulut kuning dan rendang ayam - 250 pax untuk Kementerian Kesihatan Bahagian Latihan Putrajaya.

Terima kasih kerana sentiasa memberikan sokongan kepada kami



D Sempoi Catering

013-776 8176 (WhatsApp/Call) / 017-667 5285 (Call) 
019-776 8176 (Call) / 017-667 5284 (WhatsApp/Call)

Wednesday, June 14, 2017

Redha

Album : Allahu Rabbi
Munsyid : In-Team
http://liriknasyid.com


Usah di salahkan takdir yang melanda
Renung kembali sejarah silam
Dengan membiarkan ku sendiri
Ku terumbang ambing mengenal diri

Mujurlah Allah itu mengasihi
Aku diberi arah petunjuk
Berlindung dengan Allah
Menerus kehidupan
Ku mengenal makna
Dosa dan pahala

Dengan kehendakNya
Kau datang semula menghampiriku
Dan aku terpaku
Hingga ku hilang tiap bicara

Bukan ku menjauhi
Tetapi amat sukar sekali
Bila kenang kembali
Aku disisih dan dibuang ke tepi
Malah aku tidak dipeduli

Allah Maha Mengetahui
Yang ada dihati
Biar Dia menentukannya

Usah disalahkan takdir yang melanda
Renung kembali sejarah silam
Ku redha dan sedia. terima
Yang tertulis dalam kehendakNya

Lagu: Syah Inteam & Salleh Brothers
Lirik: Lukman S
Susunan muzik: Along Exist