Monday, December 29, 2014

Sakit Hati

Alhamdulilah... 27 Disember 2014, telah selamat buat kenduri doa selamat sempena rumah baru... 
Terima kasih yang tidak terhingga kepada ahli keluarga dan saudara mara yang datang dan membantu secara rasmi dan tidak rasmi hehehe....

Tapi kepada insan2 VVIP yang perlukan jemputan istimewa, harap maaflah tiada layanan setaraf VVIP untuk kalian.. Nama pun buat kenduri, memang tak ada masa nak berikan layanan setaraf itu. Maybe kalian boleh dapati di tempat lain tetapi bukan di kediamanku. 

Kecewa??? sudah semestinya aku adalah insan yang terlalu kecewa bila ada suara2 sumbang memperkatakan semua ini. Pada aku ini semua terlalu waste... kepada yang tidak suka, sila angkat kaki dan pergi. Itu sahaja aku pinta. Tidak perlu hendak membebel dan menyindir2. Aku punyai ramai saudara mara tidak kira dari sebelah ayah @ ibu dan acapkali kami membuat kenduri tetapi inilah kali pertama aku menghadapi situasi sebegini rupa. 

Tolonglah jadi seperti orang dewasa, jangan terlalu menjadi terlalu keanak-anakan. memang tidak elok membenci sesama umat so please jangan menambahkan rasa kebencian itu dalam diri aku ini. Aku ni manusia biasa, sekali orang berkata aku boleh terima tetapi kalau asyik dihimpit keadaan sebegini rupa, aku memang cakap terus terang ... aku tak mampu nak hadapi.

Thursday, October 23, 2014

Majlis Persaraan Timbalan Setiausaha Bahagian Kewangan

Majlis sudah lama berlalu tetapi baru kini ada kesempatan nak upload sedikit gambar kenangan....




2 Tingkat Pulut Kuning hasil air tanganku... bangga hihihi

Inilah hasil deko oleh tanganku yang tidak kreatif hahaha... 


dapat berdiri sebelah KSU



Friday, October 10, 2014

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang

Alhamdulilah.... syukur yang tidak terhingga atas kurniaan yang telah Allah berikan. Setelah 6 tahun berkhidmat, pagi ini aku mendapat berita gembira bahawa aku mendapat anugerah APC bagi Tahun 2013... Kementerian aku ni memang setiap tahun buat anugerah APC dah hujung2 tahun, tu kena bising dengan Menteri hahaha...

Akhirnya hasil kerja keras selama ini mendapat penghargaan daripada pegawai atasan... ikutkan markah LNPT oleh PPP (Pegawai Penilai Pertama) tidaklah tinggi tetapi mungkin pegawai lagi atasan memandang segala hasil kerjaku selama ini. Kadang-kadang terlalu bahaya apabila mendapat PPP yang terlalu kedekut markah! (stress aje bila tengok markah yang dia berikan)... aku masih ingat lagi kata-kata bekas PPK (Pegawai Penilai Kedua), "kenapa yang nak kedekut markah, tak luak pun kalau itu dah memang layak untuk beliau".

Aku tak kisah kalau tak dapat APC cuma aku berharap agar markah LNPT aku dinilai dengan sewajarnya.. itu sahaja... Ini sudahlah aku uruskan dari A to Z, tutup2 beri markah cukup2 makan. siapa tak sakit hati. Itu belum lagi dikira, aku yang terpaksa buat kerja rakan setugas aku yang sering kali tak hadir bertugas, yang sering kali hilang semasa bertugas..

Tapi hari ini, aku memang cukup2 bahagia apabila semua rakan dan pegawai atasan mengucapkan tahniah atas kerjayaan ku. Alhamdulilah...

Untuk En Suami... terima kasih kerana selalu menjadi tempat aku meluahkan segala berkenaan kerja. Terima kasih atas segala sokongan dan dorongan.

So, sekarang tengah tunggu majlis penyampian bersama Menteri pada 23hb Oktober 2014 dan surat kelulusan bertukar pulak... Kita enjoy!!!!!

Thursday, October 2, 2014

Rumahku


Alhamdulilah.... Akhirnya semua sudah siap dipasang... Orang yang kami upah untuk pasang memang cakap amat susah nak pasang semua kelengkapan rumah ku... Sorry yea wak, dah hati kami berkenan dengan lampu2 yang macam gini. En Suami lah antara yang paling tidak sabar nak melihat lampu2 tu siap dipasang... Malam tadi terus dipaksa jugak kami semua ke rumah untuk menyaksikan keindahannya cewahhhh hahahahaha...

Grill semua dah siap pasang, tangki air pun sudah dibuat baypass, kitchen kabinet dan wardrobe pun susah settel... Memang hati tersangat puas hati. Kami dapat perkhidmatan yang murah berbanding yang telah aku buat servey.... Aku ni kalau boleh nak murah dan murah lagi tapi hasil kena tip top... sebab tu aku rajin2 diri untuk buat research dengan encik google... nak harapkan en suami.... ermmm memang dia main lebur aje duit hehehe...

So, sekarang hanya tinggal kemasan terakhir, iaitu mengecat rumah :-)   
Insyallah minggu ni kami akan ke kedai cat untuk menelek2 cat mana yang kami berkenan... 

Warna yang dalam list :

Ruang Tamu : Warna Kuning Terang (Pilihan Ayah)
Warna Coklat Muda (Pilihan Suami)
Warna Putih Pearl (Pilihan Sendiri)






Hari INOVASI 2014





Alhamdulillah... untuk kali kedua berturut-turut aku memenangi Anugerah Pengurusan Stor...

Inilah sumbangan ku kepada Bahagian.... Mungkin ini adalah hasilku yang terakhir sebelum aku keluar dari sini...

Keluar??? Yupp... bos akhirnya meluluskan permohonan pertukaran ku yang telah ku pohon sejak tahun 2010 lagi... 3tahun lebih permohonan aku disimpan rapi oleh bos... Elok sahaja dia hendak bersara, terus beliau luluskan permohonan ku hahaha... Pandai sungguh permainan bos aku ni

Tuesday, September 2, 2014

Ventilation Fan

Kini misi mencari Ventilation Fan...

Nasib baik kontraktor yang dilantik tidak bising sebab bila dah naik dinding belakang tu, aku baru sibok nak bagitahu dia yang aku nak pasang kipas ni hahaha...

Semalam sebelum ke Pasar Borong, aku singgah ke kedai elektrik di Sri Kembangan.. Maka bjumpalah dengan benda yang ku cari hihihi



Sunday, August 31, 2014

Bathroom Basin Cabinet

Hari ini bila search jumpa benda ini... Hati mulalah nak beli jugak.... Tapi aku berkenaan pada design ni... nak kena gie kedai semalam semula untuk tengok yang real, kang menyesal


Sinki Dapur

Semalam puaslah kami berdua mencari kedai menjual sink... bayangkan table top dah naik baru en budi tu tanya mana ukuran untuk sinki... Ya Allah, kami tak tahu pun kihkihkih...

So lepas sahaja sarap di Kedai (baguskan aku ni hahaha) kami terus ke Bukit Puchong untuk cari kedai tersebut. Akhirnya kami berjumpa dengan kedai ini..


Bila masuk sahaja ke kedai ini, mata terus rambang nak ke sana, ke mari... En Suami dah tahu sangat perangai aku ni hehehe...

Pilih punyer pilih akhirnya, ini menjadi pilihan kami berdua. Kami tak banyak masa sebab en budi dah tunggu

Double Bowl Stainless Steel Sink Series
L790 x W458 x D229mm
Thickness: 1.2 mm
Bila dah beli yang ini, malam mak call,

                         mak : angah beli yang ada 3 bowl ke?
                        aku : taklah mak, angah beli yang ada 2 bowl tapi sama saiz. 3 bowl tu untuk apa?
                        mak : yang tengah2 tu boleh letak sabun @ sudu garfu
* aku time tu dah rasa sikit terkilan.. aduhai mak, kenapa lambat bagitahu hukhukhuk. en suami pun coolkan aku cakap, tak mengapalah, tak boleh nak tukar sebab aku dah tebuk lubang dekat sink tu. so redha ajelah huhuhu....

Lepas tu beralih kepada mencari paip/tap.... mula2 hati nak beli yang jenis auto sensor tapi takut pula tak sampai setahun dah rosak pula... so en suami suruh cari yang biasa sahaja.


so design ini menjadi pilihan kami berdua... senang boleh lentur2 dan dekat kepalanya boleh laraskan air sama ada nak besar @ kecil... Harga masih lagi dikira ok. Harga asal RM240 tapi cina tu bagi RM160. Sebenarnya memang itu harganya. Cina punyer saiko jualan memang mantop!!! letak harga tinggi2 lepas tu bila customer minta kurang rasa macam wahhh berbaloinya.

Lepasa aje settel hal sinki terus kami gerak ke rumah baru kami


Thursday, August 28, 2014

HOB & HOOD

Sebetulnya aku dah terlewat untuk mencari hob & hood ni.. rumah dah 70% siap reno. Tukang reno tu dah bertanya pasal saiz sinki & hod yang akan aku pasang...

Bila riki2 dalam internet ramai yang cakap Brand Rubine ni bagus... betul ke bagus? aku yang naik pening

Monday, August 25, 2014

Tempahan 25.08.2014

Tarikh : 25.08.2014
Tempat : Jabatan Perkhidmatan Awam
Kuantiti : 90 pax
Menu : Soto
           Laksa Johor
           Kuah Lodeh
           Kuah Kacang

Alhamdulilah, selesai

Saturday, August 23, 2014

Tempahan 23.08.2014

Tarikh : 23.08.2014
Tempat : Taman Kota Warisan, Dengkil Sepang
Kuantiti : 150 pax
Menu : Nasi Putih
            Lemak Nangka
            Ayam Goreng Berempah
            Sambal Sotong
            Ikan Masin
            Mee Kari
            Air Asam Boi/Air Teh Tarik/Air Teh

Alhamdulilah... Selesai.

D SEMPOI CATERING

Friday, August 22, 2014

Tempahan 22.08.2014

Tarikh : 22.08.2014
Tempat : Jabatan Pembangunan Kemahiran, Cyberjaya
Kuantiti : 150 pax
Menu : Rendang Ayam
            Mee Sup
            Kuah Lodeh
            Kambing Golek

Alhamdulilah... selesai
           

Wednesday, August 20, 2014

Tempahan 20.08.2014

Tarikh : 20.08.2014
Tempat : Jabatan Perkhidmatan Awam, Bahagian Khidmat Pengurusan
Kuantiti : 50 pax
Menu : Laksa Johor

Alhamdulilah, selesai

Friday, July 25, 2014

stress

pagi ini aku sungguh stress!!!!! bila mana aku bertangguh dalam buat sesuatu mesti kena cop SUKA BERTANGGUH! tapi bila masa dia yang bertangguh, boleh pula keluar ayat SABAR, tahu apa yang dia buat. uhhhh... sungguh2 stress macam ni.

rasa aku nak iklankan aje, biar selesai perkara ini segera. sebab itulah muka aku ni sekarang penuh dengan jerawat!!! semua gara2 stress. tak tahulah sampai bila boleh bertahan dengan perkara ini. bukan sehari dua tapi sudah makan bulan kot. arghhh stresss....

Monday, July 21, 2014

Lagu Raya


Cuma tinggal 6 hari lagi untuk kita semua umat Islam akan menyambut kedatangan Syawal. Sudah mula berkumandang lagu-lagu raya tetapi aku memang tak boleh nak mendengar lagu raya yang syahdu mahdu ni... hati jadi dipaut kesedihan pabila teringatkan arwah nenek2, atok2 dan terutama maksu.

Aku terlalu rindukan mereka semua... memang aku redha pemergian mereka tetapi jauh dalam hati ini terlalu rindukan layanan manja mereka kepadaku..

Semoga kalian tenang disana dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

Al-fatihah....

Hj. Abdul Rahim bin Hat
Hj. Abdullah bin Sastero
Hjh. Mutiah binti Midi
Salinah binti Abdullah

Friday, July 11, 2014

Menu 11 Julai 2014


Alhamdulilah... masih ada rezeki untuk kami. Terima kasih kepada siapa yang sudi membeli dengan kami 
D Sempoi Catering...

Thursday, July 10, 2014

Menu 10 Julai 2014

Alhamdulilah... hari ini ada 3 menu baru... dah belum sampai jam 10pagi semuanya sudah habis ditempah. Terima kasih kepada semua yang membuat tempahan.

Wednesday, July 9, 2014

Ifftar Di Luar


Alhamdulilah... hari ini berbuka puasa diluar. Encik Suami yang belanja.

Menu :
Nasi Putih
Ikan Siakap Masak 3 rasa
Udang Goreng Butter
Sotong Goreng Tepung
Ayam Goreng Kunyit
Ayam Masak Paprik
Tomyam Campur
Sayur Kailan Ikan Masin
Air Tembikai Laici

Menu 9 Julai 2014


Tuesday, July 8, 2014

Menu 8 Julai 2014


Alhamdulilah... selesai tempahan menu berbuka puasa untuk hari ini... Hari ini yang mendapat tempahan yang cukup menggalakkan adalah Paru Berlada... Sampai 9kg paru terpaksa kami gunakan untuk penuhi permintaan. Itupun masih belum mencukupi, minggu depan kami ulang semula menu tersebut ea.

Thursday, July 3, 2014

Menu 3 Julai 2014

Alhamdulilah, setelah 2 hari berniaga lauk sempana Ramadhan ni mendapat permintaan yang menggalakkan. Warga Putrajaya semuanya tak sempat hendak memasak dan malas hendak ke bazar yang padat dengan orang ramai. Syukur masih ada ruang untuk kami.

Tuesday, July 1, 2014

Menu 1 Julai 2014

Insyallah, hari ini akan bermula jualan untuk juada berbuka puasa. En Suami yang sangat beria mahu menjual. So aku hanya siapkan apa yang patut. Semoga usaha diberkati olehNYA. Amin

Friday, June 27, 2014

Kursus Pengurusan Stor MOA




Akhirnya setelah sekian lama, my bos minta buatkan makan minum untuk kursus kami... kali ini barulah aku berpeluang untuk ambil. Bukan aku nak menolak tuah, tapi aku tak mahu dikatakan menggunakan kuasa yang ada dengan memilih katering sendiri.

Alhamdulillah, makan minum selama 2 hari ini mendapat maklumbalas yang baik. Syukur

Hari Pertama : Lontong bersama Kuah Lodeh
Ikan Bakar Sambal Air Asam
Ayam Masak Lemak Cili Padi
Sayur Kacang Tempe Tauhu (Jawa beb hihihi)
Buah Tembikai Merah
Bubur Kacang bersama roti panjang

Hari Kedua : Mee Hoon Putih (Singapura) bersama lada jeruk
Ayam Masak Merah
Daging Masak Kicap Berempah (Memang mendapat perhatian... )
Sayur Bendi Goreng
Bubur Pulut Hitam (hingga menjilat periuk...)


Puding Kordial


Puding Kordial
80pax 

Alhamdulilah, dihari-hari terakhir sebelum bermulanya Ramadhan masih menerima tempahan... dan syukur kerana mendapat feedback yang begitu baik sekali. Syukur ke hadratMu.

Thursday, June 26, 2014

PAP SMEAR

Anda sudah jalaninya??? Aku ni pun baru aje lepas buat. Aku ni takut bila baca katanya sakit hahaha... Aku ni kan takut sakit. Tapi bila dah buat, tak sakit pun. Sakit lagi semasa aku buat ujian HSG dulu. HSG? ooo,,, nanti ada masa aku cerita.

So, aku nasihatkan kepada para wanita-wanita yang sudah/hampir menjangkau usia 30an dan yang telah melahirkan anak, segeralah menjalani pemeriksaan ini.

Untuk pemeriksaan di Klinik Kerajaan percuma sahaja tetapi result/keputusan antara 3bulan hingga setahun. Kalau nak result yang cepat, kenalah labur sedikit wang :-)

Apa itu ujian Pap Smear?

Ujian Pap Smear adalah ujian saringan bagi mengesan kanser serviks peringkat awal. Ianya di antara ujian saringan yang terbukti boleh menyelamatkan nyawa.

Apa itu serviks?

Serviks adalah pangkal rahim. Sebelum menjadi kanser, serviks menunjukkan perubahan di dalam sel-selnya yang merupakan peringkat pra-kanser. Peringkat awal ini mengambil masa beberapa tahun sebelum ia bertukar kepada kanser serviks dan pap smear boleh mengesannya peringkat ini dengan mudah.

Siapakah yang perlukan ujian Pap ?

Setiap wanita yang pernah mangadakan hubungan seks perlu menjalani ujian Pap terutamanya:
Mereka memulakan hubungan seks pada usia < 18 tahun
Mereka yang mempunyai pasangan seks berbilang.
Pasangan seks wanita tersebut atau suami yang mempunyai ramai pasangan seks.
Mereka yang mempunyai Jangkitan kuman HPV (agen penyebab kanser)
Perokok
Tidak pernah/lebih 3 tahun tidak melakukan ujian Pap Smear.

Bagaimanakah ujian Pap Smear dilakukan?

Pemeriksaan faraj akan dilakukan dengan mengunakan speculum. Kawasan dalaman faraj dan serviks akan dilihat dengan mata kasar. Setiap ketidaknormalan akan diperiksa dengan teliti.
Dengan mengunakan kayu kayu kecil (spatula) sel-sel pada bahagian serviks akan diambil dan akan dismear pada permukaan slaid. Slaid ini kemudiannya dihantar ke makmal untuk diproses sebelum dibuat pemeriksaan mikroskopik.

Bilakah waktu yang sesuai untuk ujian Pap Smear dilakukan?

* Digalakkan datang selepas haid kering atau dalam peringkat pertengahan pusingan haid iaitu hari kesepuluh

Apakah yang sebenarnya berlaku semasa ujian tersebut

Tanggalkan seluar dalam.
Berbaring di atas katil.
Doktor atau jururawat akan memasukkan alat kecil yang dinamakan spekulum ke dalam vagina dengan lembut supaya servik boleh dilihat.
Sejenis kayu 'wooden spatula' dan berus yang kecil 'cytobrush' dimasukkan ke dalam pangkal rahim (keseluruhan servik 360o) untuk mengambil sedikit sel.
Sampel ini disapu di atas slaid dan dihantar ke makmal untuk diperiksa di bawah mikroskopi dimana laporan akan dibuat.
Ujian ini mengambil masa beberapa minit sahaja.

Nota penting:

1.Tidak boleh bersama (melakukan seks) dua hari sebelum berjumpa doktor kerana ditakuti ciri-ciri yang dikesan mempengaruhi keputusan.
2. Jangan malu untuk bertanya doktor tentang ujian PAP"

Pap Smear Test Kit

Vaginal Speculum




Friday, June 20, 2014

Pulut Kuning Berhias





Alhamdulilah, done... Taraaaaa.... Maaflah jika deco tidak cantek,,, baru first time buat. Biasa buat pulut aje tak pernah nak mendeco2 nie... tetapi sempena Majlis Persaraan Big Boss, opismate semua minta buatkan pulut kuning bagi menggantikan kek...




Thursday, June 5, 2014

~Tempahan~






Harga Rumah Naik 8% Setahun



"Kasut Baru" Vossen


Inilah penyakit en suami... baru hari isnin tukar tayar, sekarang mintak tukar 'kasut' baru pulak... Setelah berhari2 asyik bisik Vossen... Vossen... Vossen, akhirnya Si Isteri ni pun ikutkan juga. Semalam lepas aje kerja terus shoot gie Shah Alam. Nasiblah jalan tak jem... kalau tidak memang semangkuk bebelan aku

Restoran Chop & Steak Serdang Sri Kembangan


Malam ni makan malam di Restoran Chop & Steak Serdang Sri Kembangan... Saje suka2 sebab dah lama tak makan dekat sini dan bawa family jalan2

Tuesday, May 6, 2014

Lawatan Benchmark oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (MOE)

                                      


6 Mei 2014 - Lawatan Benchmark oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (MOE)

Hari ini terima pula lawatan rasmi oleh Bahagian Khidmat Pengurusan, Kementerian Pendidikan Malaysia. Mereka ingin menjadikan stor aku sebagai Benchmark. Alhamdulilah...



Wednesday, April 30, 2014

Lawatan Stor oleh Agensi MOA

30 April 2014 - Lawatan Stor oleh Agensi di bawah MOA

Hari ini terima satu lagi lawatan untuk stor oleh Agensi2 dibawah MOA. Ada sebanyak 15 agensi dari seluruh Malaysia.

Hati gembira kerana mendapat pujian daripada mereka. Ada diantara mereka memohon khidmat nasihat daripada aku. Bangga tak? Alhamdulilah, bersyukur kerana usaha aku selama ini dihargai. Itu sudah mencukupi. So now, aku sudah ada alasan untuk keluar dari unit ini. Aku ingin rasai suasana baru.


Tuesday, April 29, 2014

Lawatan 5S oleh Kementerian Kerja Raya



29 April 2014

Hari ini terima lawatan 5S oleh Team Kementerian Kerja Raya.

Rasa bangga bila masing-masing teruja dengan susun atur stor ku :) heppy beb




Sunday, April 27, 2014

Jalan-jalan Ke Utara

25 April ~ 27 April 2014 - Jalan-jalan ke Utara

Kali ini ikut en suami berkursus ke Utara. Sambil tu jalan2 sekali.
25 April 2014 - Jam 9 pagi bertolak dari JPA ke Institut Aminuddin Baki di Kedah

26 April 2014 - Masa untuk 'shopping' ke Langkawi.... 
Botak kepala en suami bila si isteri dah mula pegang pinggan mangkuk. 
nasib laa en suami jenis melayan. dari segi nak membayar dan mengangkut hahaha

27 April 2014 - Selepas sarapan terus bergerak ke Padang Besar sebelum balik semula ke Putrajaya
Alhamdulilah Jam 10 malam kami semua selamat sampai 






Friday, March 28, 2014

JJM Kesayanganku


Malam ini bateri kereta kesayanganku tetiba meletup... :-(   sedih sangat2. nasib baik kawan2 suami ku sanggup datang membantu... merajuk laa tu kan hihihi