Tuesday, December 21, 2010

♥♥♥ Walimatus Urus Housemateku ♥♥♥

Perkahwinan Housemateku tersayang....

Hendak dijadikan cerita kami semua bertunang & berkahwin pada tahun yang sama... Malahan tarikh majlis perkahwinan kami berderet2... Seyies aku gembira sangat. Permulaannya dari cik odah opss... kini sudah Puan Raudah selepas tu diikuti Pn Hayati dan terakhir adalah majlis aku sendiri... :-)

Tarikh2nye :

  1. 30.10.2010 - Majlis di rumah puteh
  2. 6.11.2010 - Majlis di rumah pali
  3. 13.11.2010 - Majlis di rumah udes
  4. 20.11.2010 - Majlis di rumah abg zul
  5. 28.11.2010 - Majlis di rumahku
  6. 4.12.2010 - Majlis di rumah abg Sempoi
Best kan deretan tarikh2 nie lalalalala.... Aku doakan kalian serta diriku sendiri akan sentiasa di bawah lindungan Allah swt, berbahagia hingga ke syurgawi serta dikurniakan cahaya mata yang comey2 secepat mungkin... Aminnn


Rentetan di rumah puteh...






Rentetan di rumah udes...







Pertunangan

Alhamdullilah hari nie baru bkesempatan untuk upload blog nie. Lama sungguh aku tinggalkan blog nie...

Firstly nak story bab pertunangan... Pada 10.04.2010 aku ditunangkan bersama Encik 'Sempoi'... tiada kenalan yang datang sebab aku tak inform ngan sapa2 pun. Just nak masing2 suprise giler ngan aku lalalallaa.... aku pun tak duga sebegini awal pun pertunangan aku bersama dia. Lepas bawa jumpa dengan family.... terus on. Fuyoooo!!!!

So kat bawah nie rentetan serba sedikit majlis pertunanganku yang sederhana...














~Hantaran dari sebe;ah pihak lelaki~









Tuesday, April 27, 2010

Yang Terindah



Semenjak kau hadir dalam hidupku
Tiada lagi keresahan
Kau mengetuk pintu hatiku
Tanpa sedar hingga ku izinkan

Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah

Maaf jika ku tidak sempurna
Tika bahagia mula menjelma
Bila keyakinan datang merasa
Kasih disalut dengan kejujuran

Mencintai dirimu
Merindui dirimu
Memiliki dirimu
Hingga akhir hayat bersama kamu

Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah

Kau yang bernama cinta
Hingga aku rasa indah

Tag dari Yai

1) Adakah anda ade lesen memandu?
Ada

2) Bilakah anda amik lesen memandu?
2000~2001. x ingat tarikh sebenar tp yg ingat kena renew sampai 2 kali L. Time tu ambik sekali ngan ilah n udes

3) Bape lamakah pngalaman memandu anda?
Dah 9~10thn ler

4) Pengalaman pahit ketika memandu?
1 kali accident. First time accident thn 2006, time tu mmg cuak giler sebab melambung apek cina tu depan mata. Nasib sampai sekarang, apek tu still hidup. Moral of this story .... jgn memandu ketika hati sedang x tenteram beb. Buruk padahnya.

5) Pengalaman manis?
Belom pernah kena saman laa. Pemandu bhemah ke?
Tak pun hakhakhak....


6) 3 tabiat ketika memandu
1- x pakai kasut, x dapat nak feel [aku tiru jawapan ko yai]
2- x buka aircond [waktu ptg & mlm je hehehe]
3- dengar lagu jiwang


7) 3 pantang time memandu
1- kalau org tegur cara memandu. nak tegur sgt kan... haaa bawak sendiri
2- kalau org hon2... adeiii sengal betoi
3- kalau org kat luar tu usha semacam je... tau laa keta i nie standard


8) Last sekali, as usual..kena la bagi tag ni kat sapa2. So this tag goes to:
1 - udes ku cayang...
2 - apple lady
3 - senin
4 - nor
5 - ilah

Sunday, February 7, 2010

Kata-Kata Ibu

"Kita Tak Perlu Mencari seorang Insan yg Sempurna utk Dijadikan Teman Setia, cukuplah kita mengenali seorang Insan yg dpt Menjadikn kita rasa Sempurna Apabila Bersama"

Td lepas je solat Zohor, Ibu msg kata2 kat atas. Bergenang air mata ini. Ya Allah, Ibu maafkan angah bu. X berniat pun untuk terlalu memilih tetapi pengalaman semalam mengajar erti kesakitan yang terlalu amat mendalam bu. Angah dah cuba tapi untuk kesekian kalinya, angah tewas bu. Angah tewas dalam bayang2 diri angah sendiri.

Angah tau, ibu terlalu berharap agar angah dapat melupakan itu semua tapi.... sesunggunya terlalu sukar untuk angah menghapuskan semua rasa kecewa itu. Terlalu sukar bu. Benar kata semua bahawa X semua insan serupa seperti Dia tapi kerana seorang insan itulah, angah terpaksa lalui semua ini. Angah dah lama redha dengan semua yang angah lalui. Angah tetap anggap semua ini adalah dugaan Allah. Allah masih belum puas nak menguji angah tapi kadang kala, angah sendiri X cukup kuat untuk hadapinya seorang2.
Orang kata, klau kite redha dengan kebahagiaan dia & mendoakan dia bahagia maka kite akan bahagia jua. Itu yang telah aku lakukan sejak dari dulu lgie. Moga2 Tuhan bukakan pintu hatiku kembali untuk seseorang yang telah diciptakan untukku. Seseorang yang dapat menjadikan aku berasa sempurna bila bersamanya. Amennnn


Pada Ibu, I Lov u so muchhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh

Monday, January 18, 2010

Riadah SRD Januari 2010














Ini adalah sebahagian renteten aktiviti riadah buat kali kedua oleh Kelab SRD [Saga Racing Development]
Maklumat lanjut berkenaan aktiviti, sila layari :