Wednesday, July 26, 2017

Kenduri Kahwin Sepupu


Dengkil - Kluang - Parit Raja - Jay Bee - Melaka - Dengkil

Taraaaa.... pagi Sabtu lepas akak balik Johor kerana menghadiri jemputan kenduri kahwin sepupu. adik beradik sebelah ayah. akak kena pakai spec sebab sakit mata masih belum sembuh sepenuhnya. akak kena drive sendiri balik Johor sebab en Suami kena bertugas di Ipoh wuaaa....

en suami bantai gelak pada akak sebab akak ni bukan jenis suka pakai spec hitam ni. siap dia upload dekat fb. fb en suami pula akak pun tak tahu, jenis berhantu agaknya. asal dia post status aje, ada je yang like, komen... nyampah kadang-kadang akak ni. rimas semacam dibuatnya bila pakai spec. rasa orang dok gelak jee pada akak ni. nasiblah akak ni dikurniakan penglihatan yang elok.

selesai majlis kahwin adek sepupu dekat Kluang, akak gerak gie Parit Raja pula. umah tinggalan arwah atok jumpa mak-mak sedara.

jam 6 petang gerak balik jay bee sebab esok mak ayah follow up dekat HSA... heppp!!! kena jadi anak yang berjasa taw. nanti bila diorang dah takde, baru korang nak menyesal. setakat tekan pedal minyak 4-5jam jee pun (padahal tegang tengkuk akak ni)

esoknya lepas solat Zohor, akak gerak balik. sebelum balik tu singgah umah mak pak mertua. bawa mak ayah ziarah besan diorang.

alhamdulillah, sebelum magrib kami dah tiba ke destinasi. dah pesan awal-awal dekat en suami, kalau ada  'SURAT CINTA' minta tolong bayarkan sebab masa balik tadi memang akak duduk line kanan je...



No comments: