Tuesday, October 27, 2009

Bertahan Sebagai Single Fighter

Bergelar wanita atau lelaki di zaman moden ini, perihal jodoh dan teman hidup tidak lagi menjadi kebimbangan yang utama. Kesannya, hingga kini anda masih bersendirian menikmati kehidupan bergelar Single Fighter sedangkan rakan-rakan lain sudahpun berumahtangga. Kadanag-kadang kebebasan yang dimiliki anda hari ini dicemburi orang lain..

1. BEBAS MEMILIH PASANGAN Menjadi single fighter akan memberikan kebebasan bagi anda mencari teman hidup yang tepat. Anda bebas berteman dengan siapa saja yang paling serasi dengan sifat anda. Jadi risiko memilih pasangan hidup yang salah agak berkurangan. Ini kerana ada individu yang terlalu mengejar usia sehingga salah membuat pilihan.

2. FOKUS PADA KERJAYA Dengan menjadi single fighter, anda dapat menumpukan perhatian untuk mencapai puncak prestasi pada kerjaya. Anda tidak perlu memikirkan tentang perihal kekasih jika ada tawaran kerja menarik di luar negeri sekalipun. Pada tahap ini, tidak mustahil ramai yang ingin berdampingan dengan anda. Bukankah ini lebih menguntungkan? Kerjaya dan cinta sama sukses!

3. RUANG GERAK MENJADI LEBIH LUAS Ketika anda menjadi single fighter, kehidupan merupakan dunia kecil anda. Anda bebas memilih apa yang anda inginkan atau tidak. Anda bebas pergi ke mana saja untuk melakukan apa saja. Tidak ada orang yang akan melarang ataupun mengekang anda. Pendak kata, anda bebas menjadi diri anda sendiri tanpa perlu mempedulikan orang lain.

4. BEBAS BERKENALAN Anda bebas untuk berkenalan dengan sesiapa sahaja bahkan bercinta juga. Anda tidak terikat peraturan yang mengharuskan anda bercinta hanya dengan seseorang. Anda bahkan mempunyai kebebasan untuk memilih beberapa calon yang sesuai buat anda.

5. MEMPERKAYA DIRI SENDIRI Selagi anda masih sendiri, anda tidak perlu pening kepala memikirkan apakah bentuk hadiah yang dapat menyenangkan pasangan. Anda juga tidak harus memperuntukan wang untuk urusan rumahtangga. Anda bebas membelanjakan wang anda untuk kesenangan peribadi.

6. MENIKMATI KESENDIRIAN Sendiri bukan bererti sepi!! Dengan tidak adanya pasangan, bererti anda tidak harus bersiap-siap menghadapi suasana hati yang tidak menentu. Anda juga tidak harus makan hati gara-gara berselisih faham dengan pasangan.

7. HOBI TIDAK TERGANGGU Setelah anda mempunyai pasangan, tentu sedikit sebanyak waktu anda diperlukan untuk menemani pasangan. Sebagai single fighter, anda tetap dapat menjalankan hobi sesuka hati. NAda tetap dapat mengumpul benda-benda kesukaan anda. Anda juga dapat membelai diri selama berjam-jam di spa.

8. TIDAK PERLU BERKOMPROMI Menjadi single fighter juga bererti anda tidak perlu 'sembunyi-sembunyi' ketika melirik seorang gadis manis atau jejaka yang kacak.

9. Setiap orang inginkan pasangan di dalam hidup mereka; sebagai teman susah senang bersama. Oleh itu, jangan malu untuk mengakui akan hahikat itu.

10. Setiap perkara yang diingini perlu disertai dengan usaha! Oleh itu, jangan malu untuk berusaha memiliki jodoh yang anda idamkan.

11. Jodoh itu sesuatu yang cukup 'misteri' yang kita tidak dapat kenal dan ketahui bila dan di mana ia akan muncul. Oleh itu, sentiasa bersedia.

12. Walaupun anda sudah selesa dan gembira dengan kehidupan solo kini, namun usah jadikan alasan untuk terus kekal bujang.

13. Sentiasa panjatkan doa supaya dipermudahkan jodoh anda. Menjadi Wanita bujang Yang Berjaya Kejayaan dan kegembiraan hidup bukan sahaja untuk mereka yang berkeluarga. Anda yang berhak menikmatinya.

14. Sekarang ini bukanlah suatu perkara yang luar biasa apabila seorang wanita memilih untuk hidup sendirian sehingga ke akhir hayat. Walaupun apapun pendapat keluarga atau orang-orang di sekeliling anda, usah pedulikannya andai anda gembira dengan kehidupan yang telah anda pilih atau ditakdirkan untuk anda.

15. Walaupun anda mungkin pernah bercinta dan kecewa, anggap sahaja itu adalah asam garam kehidupan. Kuatkan azam dan tekad dan perlu diingatkan bahawa perkara ini tidak sesekali menjadikan anda seorang yang lemah atau "kekurangan" dalam apa segi sekalipun. Fikirkan ia sebagai satu peluang baru untuk kehidupan yang lebih baik.

16. Gunakan sepenuh dan sebaiknya kehidupan solo anda. Cara yang boleh dilakukan adalah berbeza-beza bergantung pada individu. Oleh itu ada baiknya jika anda membuat satu senarai tentang perkara/benda/aktiviti yang boleh membuatkan anda gembira. Pastikan anda melakukannya (sekurang-kurangnya satu daripada perkara tersebut) dan lakukannya secara tetap.

17. Sentiasa berhubungan dengan teman-teman baik anda.

18. Andai anda mempunyai sahabat lelaki yang sudah berkahwin, ambil langkah untuk mengenali isteri dan anak-anaknya. Jika boleh jadilah sahabat kepada isterinya juga.

19. Sentiasa yakin pada diri dan kebolehan sendiri. Sentiasa berfikiran positif dan tidak mudah menyerah kalah apabila berdepan dengan masalah.

20. Jangan sekali-kali melakukan sesuatu atau bersikap yang membuatkan orang berfikir bahawa anda "desperate" untuk mencari pasangan hidup.

21. Sentiasa bersikap tenang menghadapi apa jua situasi.

22. Jangan biarkan orang mengambil kesempatan atas diri anda.

23. Tingkatkan potensi diri anda. Sertai persatuan sukarela atau kebajikan. Ia akan memberikan satu persepsi baru dalam hidup anda.

24. Jangan takut untuk merebut peluang.

25. Paling penting, panjatkan doa agar diberikan ketenangan dan kebahagian dunia dan akhirat.

No comments: