Tuesday, January 11, 2011

♥♥♥Ombak Rindu♥♥♥


Tak sabar menanti kemunculan filem nie... Adakah ianya sehebat novel yang telah digarab sungguh puitis penulisnya "FAUZIAH ASHAARI"... Sama2 laa kite nantikan bersama2.

Bab pelakon memang best cuma terasa kurang sesuai Maya Karin sebagai Izzah. Tapi mungkin pengarah lebih mengetahui akan kehebatan pelakon nie.




Inilah novel sebenar filem tersebut. Berapa kali membaca? Banyak kali jua aku membacanya. Pada sesiapa yang masih belum membacanya, aku syorkan bacalaaa... memang tidak rugi pada siapa2 yang suka membeli novel :)


Tajuk : Ombak Rindu
Pengarang : Fauziah Ashaari
Penerbit : Alaf 21 Sdn Bhd
ISBN : 978-983-124-097-7
Tahun Terbit : 2002


IZZAH adalah seorang gadis yatim piatu yang kematian orang tua mereka akibat kemalangan jalan raya. justeru itu, pak saudaranya, Taha mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bencana dalam keluarga.

Pakcik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual anak saudaranya itu kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak pak saudaranya walaupun hatinya tidak rela.

Di situlah dia telah berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz telah membeli Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Di atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.

Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanah air menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?

3 comments:

BRO_MONDAY said...

wah!!! jiwang...ai laik dis...
sama² kite nantikan kmunculan filem ni ok sis pieja...
ai dulu suka gak baca novel, jangan ingat oram laki x suka membaca ye...adehhh~

QasehTercipta said...

Wowww... kamu minat membaca novel ke? jarang lelaki nak membaca novel nie hik3... anyway tgguuuuuuuuu kemunculan Ombak Rindu :)

alkhair said...

terbaik