Tuesday, January 4, 2011

Suprise

Entry nie dah agak lama tapi aku postkan jua sebagai ingatan aku sendiri hehehe...

Kejutan demi kejutan yang hubby berikan untuk aku...
Firstly this... mesin basuh automatik 9kg. Aku fikirkan siapa juga yang datang ke rumah malam2 nie.. Time tu mata sudah mahu terlena. Sekali bila dibuka, Ya Allah.... Terima kasih suamiku. Terima kasih kerana memahami kesukaran diriku.

En Defa inform yang dia nak belikan 13kg, senang nak basuh totto, cadar2 tetapi memandang ruang yang amat terhad hanya 9kg sahaja yang dibelikan untuk aku. Itupun aku dah lebih dari syukur sangat. Malam tu juga, En Defa terus membasuh kain2 baju yang ada.. Ehhh, sapa pula yang teruja nie hehehehe....





Ini pula adalah kejutan pada keesokan harinya.... En Sempoi kesiankan aku yang terpaksa masak air panas seawal pagi untuk mandi. Opssss.... bukan aku takut mandi pagi taw tapi telah disarankan oleh doctor supaya aku elakkan semua benda2 yang sejuk dan kalau boleh mandi pun biar dengan air panas. En Defa inform yang barang nie murah sahaja, tak mampu nak belikan yang mahal tapi aku dah cukup syukur sangat dengan pemberiannya.. Gembira sangat2.