Tuesday, July 26, 2011

Berderai Airmataku

Semalam melawat usu di Hospital Batu Pahat... Melihat akan keadaan beliau, mata ku sudah berkaca2 mahu menitiskan airmata tapi ku tahankan jua demi beliau...

Apabila dipujuk untuk mandi, beliau hanya mengelengkan kepala... mungkin dia malu bila mana perlu melalui ramai orang sebelum sampai di tandas.

Aku dipahamkan hari Isnin 26/07/2011, usu akan menjalani pembedahan pertama. Setelah sekian lama beliau menanggung, menyimpan akan penyakit itu, baru kini beliau mahu menjalani pembedahan...

Setelah hampir jam 7malam, semua beransur pulang memandangkan waktu melawat sudah tamat. Aku menghanpiri usu dan bersalam dengan beliau. Ku tanyakan kepada beliau, masih kenalkah dengan aku. Dengan senyuman terukir dia menyebut nama panggilan ku. Alhamdulilah.... sedikit demi sedikit ingatannya kembali pulih. Syukur Ya Allah... Lantas ku cium kedua belah pipinya... ku usap2 raut wajahnya,,,,, Ya Allah..... sembuhkanlah usu ku ini.... Aku sayangkan beliau... Tanpa dapat diseka lagie,,, airmata ini jatuh berguguran.

Maafkan jaja usu. Jaja dah cuba tahan daripada ianya jatuh tapi.... Jaja dengar usu cakap, "Janganlah nangis...." Tapi airmata nie tak dapat ditahan2 lagi. Maafkan jaja.... Terus aku berlalu pergi meninggalkan beliau. Aku berharap usu ku akan tabah melalui semua ini. Semoga pembedahan yang beliau jalani akan selamat. Insyallah.... Aminnnn

No comments: