Friday, January 11, 2013

Berat Badan

Dahulu sebelum berkahwin berat badan aku cuma 45KG sahaja... tetapi sejak aku bertunang dan seterusnya kini sudah 2 tahun berkahwin, berat badanku naik dengan mendadak sekali... semua orang tegur akan perubahanku. baju??? memang tak muat arr semuanya kihkihkih...

tapi bermula Oktober 2012, aku tekad untuk capai berat ideal sesuai dengan ketinggianku. sebab UTAMA.... aku telah mencapai tahap OBESITI kihkihkih.

April 2010  (45KG)   -------->>>  Oktober 2012 (63KG)


 lihat...lihat...lihat.... 18KG beb beratku naik. padahal dulu nak naik 1KG pun payah giler tapi sejak ku berkenalan dengan en defa bam bam nie, aku pun naik mcm dia kihkihkih...

Oktober 2012 (63KG) ----->> 11 Januari 2013 (54KG)


alhamdulilah, berkat usaha, kini aku sudah mencapai berat ideal dengan ketinggiku cuma 158cm (pendekkan aku nie, asyik kena ejek aje ngan en defa kihkihkih). sepatutnya berat idealku sekadar 55KG sahaja tetapi target ku ingin capai sehingga 50KG :)). en defa tak bagi sebab katanya kini pun aku dah melengkung hahaha, dia jelous sebenarnya kan..kan... 

masalah aku adalah tang...peha. mcm fafau, drumstikkkkk.... payah sebab masa sekolah aku main lumba jarak jauh, so bila stoppp...ini yang aku dapat hahahaha... 

tapi itu tidak mematahkan semangatku. aku nak sampai tahap 50KG sebelum April 2013.  will see :)



No comments: