Friday, January 11, 2013

Kau Pergi Jua Nendaku....

Tanggal 22.12.2012 tidak akan dapat ku lupakan... nenek ku pergi untuk selamanya.. tiada lagi senyuman dan gelak tawa arwah untuk ku dengar lagi.

menitis air mata melihat kesakitan yang beliau alami dihujung-hujung permergiannya. kalau diikutkan hati memang tidak tergamak mata ini melihat tapi ku kuatkan hati untuk melihat kerana hati ini sudah berkata ini sahaja peluang terkahir.

pada bulan oktober 2012, semasa Hari Raya Haji... kami semua sempat meraikan hari ulangtahun beliau. tak sangka itulah yang terakhir untuk kami semua. waktu itu nenek sangat2 gembira dikelilingi oleh anak2, cucu2 dan cicit2nya. indahnya suasana itu.

buat kali yang terakhir, ku cium lembut ke kedua-dua pipinya kerana ku sedar selepas ini aku tidak akan berpeluang melakukannya. nenek... jaja sayang sangat2 dekat nenek. terima kasih kerana satu masa dulu pernah menjaga jaja dengan sempurna. jaja tidak akan pernah melupakan jasa nenek. semoga nenek tenang di sana bersama arwah atok dan usu....

No comments: