Saturday, November 30, 2013

Majlis Perkahwinan Adikku


Alhamdulilah, selesai majlis adikku... penat tak payah cakap laa... sampaikan tak ada sekeping pun gambar aku... adoiiii, punyer melaram dengan baju cantek kan hihihi... tak mengapalah asalkan berjalan dengan lancar.

Tapi paling tidak diduga ramai sungguh yang datang.... sampaikan tuan rumah dapat tapaw daging 7 ketul kihkihkih....

Orang yang paling berjasa sepanjang majlis adalah suamiku tercinta... dari pagi Jumaat sampailah malam sabtu. 1 dewan tu dia sorang aje yang menyapu. Nak harapkan aku sapu, confirm lepas tu aku terus selsema ler... syukur sangat2 kerana mempunyai suami seperti kamu... sayang giler laa dekat kamu hehehe....



wajah-wajah ceria sepupu-sepupuku.... terima kasih atas kehadiran kalian




Sunday, November 17, 2013

Alhamdulilah.... Teratak Kami

Minggu ni mak ayah datang Putrajaya sebab ada kenduri kahwin anak sedara ayah di Bangi. Lepas sahaja makan tengahari, aku terus bawa mereka melihat rumah yang sudah hampir siap 70%. Alhamdulilah, aku bakal mempunyai 1 lagi aset kekal. Terima kasih en suami kerana turut membantu merealisasikan impianku.

Kini kena kumpul duit dari sekarang untuk melengkapkan rumah dan menambahbaikkan rumah sebelum kami masuk dengan rasminya. Rata-rata kawan-kawan yang telah masuk belanjakan hampir RM10~30K... Mudah2an Allah permudahkan diriku. Amin





Sunday, November 10, 2013

Selamat Pengantin Baru

Assalamualaikum,

Lama tak on blog nie... tak pasti sama ada tak ada mood atau banyak sangat kerja yang perlu dilaksanakan...

Tanggal 2 November 2013 (Sabtu) adikku selamat diijabkabulkan... Tahniah ikin. Lepas ini susahlah kalau aku nak minta tolong apa2 sebab dia dah ada suami. aku pun dah tak boleh nak buli dia hehehe...

Diorang ni nikah dulu sebab nak mengelakkan bulan Muharram.. Biasalah ikut adat2 orang jawa. Kami tidak mempercayai tetapi lebih kepada menghormati permintaan orang tua2.

Kali ini aku sedih sangat sebab nenek ku yang tersayang tidak ada bersama. Terasa sangat2 akan ketiadaan arwah semasa majlis ini. Moga nenek tenang di sana....