Friday, October 10, 2014

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang

Alhamdulilah.... syukur yang tidak terhingga atas kurniaan yang telah Allah berikan. Setelah 6 tahun berkhidmat, pagi ini aku mendapat berita gembira bahawa aku mendapat anugerah APC bagi Tahun 2013... Kementerian aku ni memang setiap tahun buat anugerah APC dah hujung2 tahun, tu kena bising dengan Menteri hahaha...

Akhirnya hasil kerja keras selama ini mendapat penghargaan daripada pegawai atasan... ikutkan markah LNPT oleh PPP (Pegawai Penilai Pertama) tidaklah tinggi tetapi mungkin pegawai lagi atasan memandang segala hasil kerjaku selama ini. Kadang-kadang terlalu bahaya apabila mendapat PPP yang terlalu kedekut markah! (stress aje bila tengok markah yang dia berikan)... aku masih ingat lagi kata-kata bekas PPK (Pegawai Penilai Kedua), "kenapa yang nak kedekut markah, tak luak pun kalau itu dah memang layak untuk beliau".

Aku tak kisah kalau tak dapat APC cuma aku berharap agar markah LNPT aku dinilai dengan sewajarnya.. itu sahaja... Ini sudahlah aku uruskan dari A to Z, tutup2 beri markah cukup2 makan. siapa tak sakit hati. Itu belum lagi dikira, aku yang terpaksa buat kerja rakan setugas aku yang sering kali tak hadir bertugas, yang sering kali hilang semasa bertugas..

Tapi hari ini, aku memang cukup2 bahagia apabila semua rakan dan pegawai atasan mengucapkan tahniah atas kerjayaan ku. Alhamdulilah...

Untuk En Suami... terima kasih kerana selalu menjadi tempat aku meluahkan segala berkenaan kerja. Terima kasih atas segala sokongan dan dorongan.

So, sekarang tengah tunggu majlis penyampian bersama Menteri pada 23hb Oktober 2014 dan surat kelulusan bertukar pulak... Kita enjoy!!!!!

No comments: