Friday, January 22, 2016

Kursus Perakaunan Terimaan/Hasil Kerajaan


Assalamualaikum, gembira sudah selesai berkursus selama 3 hari. Jadi ada baki 4 hari untuk selesaikan kewajipan, wajib tu yang tak tahan weiii...

Ikut pada rancangan awal aku nak bawa kereta sahaja ke sana. en Suami kata senang nak bawa barang. Tetapi bila memikirkan jarak tempat yang jauh (padahal Sabak Bernam aje, jauh lagi Jay Bee hahaha) maka aku naik bas IPN (Institut Perakaunan Negara) sahaja.

Aku pergi kursus ni bersama kawan dari KKLW (Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah). 

Kali kedua aku menjejakkan kaki di bumi Sabak Bernam ni, cehhh macam gie oversea pulak kan hahaha.... Sepanjang jalan aku hanya tidur sahaja, merelaxkan diri.

Sampai sahaja di kaunter pendaftaran, kami diberikan tuala dan perlu naik ke aras 2 dengan menaiki tangga. Tiada lift okey! konpem kurus 3 hari dekat sini hahaha...

Secara keseluruhannya, tempat kursus yang IPN sediakan memang terbaik. Bayar hanya RM30 tetapi dapat menikmati keselesaan seumpama berada di hotel. Cuma bila part makan, memang kena cut. nasib baik aku ni memang jenis makan sikit. Sikit ke??? hahaha...


Institut Perakaunan Negara
Bilik yang disediakan... Cukup selesa

bas IPN yang aku naiki pergi dan balik.. gambar ehsan dr mr.Google


19 Januari 2016 - Selesai kursus kami beramai2 makan di sini. Mee Udang.
Tapi pada tekak ku, tiada yang istimewa pun hahaha

No comments: