Monday, July 11, 2016

Perjalanan Pulang Berhari Raya

Setelah sebulan kita umat Islam berpuasa, kini tiba hari kemenangan untuk kita raikan.
Tahun ini (2016) giliran puan isteri... macam semua yang lain2 confirm happy giler dapat berhari raya bersama kaum keluarga. 

Hari Selasa (5 Julai 2016) kami sekeluarga bergerak ke Kuala Kangsar bersama-sama. Kami gerak dalam jam 11 pagi sebab setting sampai2 untuk terus berbuka.

2 biji kereta bergerak dari rumah Dengkil
JNV & JLJ 81**
Ini kerja en suami, asyik nak suruh ambik gambar je

Kami singgah rehat dan solat di Hentian RTC Perak... Kenalah datang support Agensi bawah Kementerian sendiri kan... Memang puas hati berhenti di sini. Kemudahan tempat solat memang terbaik. 

Lepas aje kami bersolat Zohor, kami jalan-jalan pula di Mydin Mall yang ada di dalam RTC ini.


Kami sambung perjalanan pada jam 3 petang.. hampir 2 jam juga kami berada di RTC Perak ni..

Akhirnya jam 4:30 petang kami tiba di kampung halaman










No comments: