Friday, January 29, 2016

KEKAL BAHAGIA

Tajuk : Kekal Bahagia
Artis : Ipo Hafiz
OST : Cinta Si Weeding Planner

Ku telah melupakan dirinya
Ku telah benar-benar melepaskan
Kini aku hanya ada kamu
Mengertilah cintaku

Kuatkanlah untuk bersamaku
Teguhkan hatimu menemani aku
Menjalani waktu-waktu hidupmu
Aku kan selalu ada denganmu

Memang benar aku mencintaimu
Memang benar rasa menyayangimu
Setulusnya rasa hati ini
Hanyalah padamu

Ku harapkan engkau
Yang terakhir
Dalam hidup ini
Setia bersamamu
Hingga hujung waktu ku
Kekal bahagia selamanya


Memang benar aku mencintaimu
Memang benar rasa menyayangimu
Setulusnya rasa hati ini
Hanyalah padamu
Ku harapkan engkau
Yang terakhir
Dalam hidup ini
Setia bersamamu
Hingga hujung waktu ku [2x]
Kekal bahagia selamanya [2x]


Friday, January 22, 2016

Kursus Perakaunan Terimaan/Hasil Kerajaan


Assalamualaikum, gembira sudah selesai berkursus selama 3 hari. Jadi ada baki 4 hari untuk selesaikan kewajipan, wajib tu yang tak tahan weiii...

Ikut pada rancangan awal aku nak bawa kereta sahaja ke sana. en Suami kata senang nak bawa barang. Tetapi bila memikirkan jarak tempat yang jauh (padahal Sabak Bernam aje, jauh lagi Jay Bee hahaha) maka aku naik bas IPN (Institut Perakaunan Negara) sahaja.

Aku pergi kursus ni bersama kawan dari KKLW (Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah). 

Kali kedua aku menjejakkan kaki di bumi Sabak Bernam ni, cehhh macam gie oversea pulak kan hahaha.... Sepanjang jalan aku hanya tidur sahaja, merelaxkan diri.

Sampai sahaja di kaunter pendaftaran, kami diberikan tuala dan perlu naik ke aras 2 dengan menaiki tangga. Tiada lift okey! konpem kurus 3 hari dekat sini hahaha...

Secara keseluruhannya, tempat kursus yang IPN sediakan memang terbaik. Bayar hanya RM30 tetapi dapat menikmati keselesaan seumpama berada di hotel. Cuma bila part makan, memang kena cut. nasib baik aku ni memang jenis makan sikit. Sikit ke??? hahaha...


Institut Perakaunan Negara
Bilik yang disediakan... Cukup selesa

bas IPN yang aku naiki pergi dan balik.. gambar ehsan dr mr.Google


19 Januari 2016 - Selesai kursus kami beramai2 makan di sini. Mee Udang.
Tapi pada tekak ku, tiada yang istimewa pun hahaha

Monday, January 11, 2016

Telefon Bimbit



Gara-gara handphone en suami rosak, maka aku sendiri dapat ganti yang baru... mula2 en suami hendak belikan aku handphone selfie pink ini untuk aku tetapi memandangkan aku tidak berminat nak berselfie2 nie maka dia yang ambil selfie ini setelah aku bermasam muka di kedai Asus hahaha....




cantik kan... tapi aku tak berminat dengan handphone ni hahaha... kesian en suami

akhirnya dia yang ambil handphone warna ni

taraaaa.... ini handphone aku Zenfone 2 Laser


Sunday, January 10, 2016

Aktiviti Menyihatkan Diri

Alhamdulilah, selepas sahaja solat Subuh  kami berjaya menyihatkan diri di Paya Indah Wetlands...
Paksa diri juga sebab memikirkan kesihatan suami. Tapi memang fun sebab sudah lama aku sendiri tidak menyihatkan diri.


setelah bertahun tak membawa basikal, terkial2 aku hahaha


ada hippo juga untuk disini...



Saturday, January 9, 2016

Ubat



Pepagi selepas Subuh aku ke Pasar Borong Selangor seperti biasa untuk membeli barang keperluan seminggu. Tetapi misi kali ini bertambah untuk mencari bahan-bahan berikut. Ini semua untuk en suami memandangkan sudah seminggu bacaan tekanan darah en suami tinggi. Seboleh-boleh aku tidak mahu en suami sampai kena makan ubat darah tinggi.