Saturday, April 23, 2016

Medical Check Up

Seperti biasa.... 3 bulan sekali, aku dan en suami balik bawa bapa mertua ku untuk check up. Kali ini tersangat2 menduga kesabaran kerana terpaksa menunggu terlalu lama.

Dari jam 8 pagi hingga hampir ke pukul 2 petang... 

En Suami mengelat... malas nak bawa kereta sebab katanya mengantuk...
tapi sebenarnya sibuk nak berselfie & main games... hampeh

Friday, April 22, 2016

20 APRIL 2016

Selamat Ulangtahun kepada diriku yang ke.... ke 36. Aduhhh sudah tua aku ni. Pada tahun ini seperti tahun2 yang sudah, ku harapkan diberikan kesihatan untuk aku menjaga keluargaku Suami dan kedua Ibu Bapaku serta dikurniakan zuriat buatku..

Ramai yang beri ucapan di Facebook & WhatsApp,....Terharu beb

Lebih terharu bila terima kunjungan bunga dari En Suami... Sudah 7 tahun, masih tidak lupa untuk kiriman kepadaku... Terima kasih.

Ibu dan Ayah masing2 hadiahkan aku sepasang baju kurung baru dan pulut kuning.

Adik & Abang? Katanya ada suprise bila aku balik sana hahaha...

Pulut Kuning - Mak
Sate - Ayah
Bunga & Kek - Suami

Sunday, April 10, 2016

Kursus Di Melaka


3 hari 2 Malam kursus di Melaka... Kursus ini pada mulanya wajib tapi disebabkan dah keluar pekeliling ditangguh kursus 7 hari, akhirnya jadi kursus suka suki...

Saje nak berjalan2, lari dari suasana opis....

Semua yang hadir adalah orang dari Jabatan di Melaka... Aku dan member sahaja datang dari Putrajaya hahaha... Semua terkejut bila aku memperkenalkan diri.

Saturday, April 9, 2016

SELAMAT ULANGTAHUN AYAH


Hari ini 9 April 2016 genap umar ayahku 65 tahun... Alhamdulilah, setiap tahun aku adik beradik masih tidak pernah lupa akan tarikh lahir ayah yang telah membesarkan aku semua.

Terima kasih ayah kerana selama ini sentiasa ada dengan angah. Insyallah, angah akan jaga ayah dan emak hingga akhir hayat angah. Terlalu banyak pergorbanan ayah pada aku selama ini. Sanggup bersusah payah untukku. Kini giliran aku untuk bersusah payah untuk ayah. 



Sunday, April 3, 2016

Menu Hujung Minggu



Inilah menu hujung minggu.... Satu pilihan en suami & Satu pilihan pn isteri....
Jemput makan... mehh datang umah, masih ada lagi hehehe 





Friday, April 1, 2016

Bowling Lagi




Kali ni main bersama opismate en suami... tapi kali ini paling lebam sebab sampai 3 games... 
start games dalam jam 9malam sampai kul 12 malam. mata pun dah mula rabak hahaha