Monday, September 30, 2019

Kembali



Ku' tahu keegoanku
Membuat dirimu rapuh
Betapa siksanya aku
Bila kau pergi menjauh
'Ku rasakan bagai mimpi
Mimpi yang takkan terjadi
Pada diri ini

Beribu kata cintaku
Kau tak menoleh kembali
Kau campak aku disini
Bersama cinta di hati

Kau biarkan aku
Sendiri bersedih
Berteman air mata di pipi 😰

'Ku gapai bintang bintang
Yang terang bercahaya
Tak 'ku hirau satu bintang
Yang terindah
Yang selalu menemani diri ini
Bila 'ku kecewa
Haaaa

Tak 'ku sangka
Kau pergi tinggalkan 'ku sendiri
Bersama derita yang
Duluku beri
Bukalah pintu hatimu
Sekali lagi
Sayangku mahu kembali

'Ku gapai bintang bintang
Yang terang…


Friday, September 20, 2019

JJM


bergaya dia hari ni lepas dah masuk absober adjustable.. puas aku pujuk rayu en suami untuk tukar. hari ni baru berjaya 😂.

ini kereta aku sejak dari bujang lagi.. tahun 2005 aku beli. masa tu aku baru je dapat kerja tetap setelah tamat kontrak ku sebagai guru sandaran tidak terlatih (gstt).

ini lah satu2 harta atas nama aku masa tu.. sayang sungguh aku pada dia ni 😍. tapi rasanya tahun 2006, dia ni sakit gara2 sikap bodoh aku. menyesal sungguh aku sehingga hari ni. pendek akal sangat 🙄. sudahnya dia kena masuk wad seminggu 🤣🤣




Monday, September 16, 2019

Shah Alam


padahal nak ke Shah Alam aje pun... itu pun kena pakai waze  😂


punyalah lama sungguh aku tak jejak kaki ke Shah Alam. Padahal dulu Shah Alam tempat bercinta 😍😍😍😍
dan sempatlah beberapa bulan cari rezeki hahaha.. kenangan kadang-kadang indah dan kadang-kadang mengundang kesedihan. mana kenangan yang mengundang kesedihan itu, aku hanya jadikan kekuatan di masa depan. selagi bergelar manusia, kita tidak akan terlepas dari merasa semua rasa itu.

tujuan ke sini pun sebab nak uruskan Hibah Harta. Sementara kita masih hidup ni, uruskan dan selesaikan apa yang perlu untuk kehidupan kita masa hadapan.

aku cukup bersyukur kerana suami memahami dalam urusan ini. terima kasih suami 😘


apa itu hibah harta? kalian boleh hubungi akak Aliza atau mana2 Perunding Pewarisan Harta Islam untuk mengetahui dengan lebih lanjut. 
Kalian dengar dahulu baru kalian akan tahu, sama ada kamu perlu atau tidak.





Tuesday, September 3, 2019

‘’SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN BUAT SUAMI TERSAYANG’’

♥️ Semoga dirimu selalu diberikan kesihatan yg baik,
♥️ Dipanjangkan usiamu,
♥️ Diberikan rezeki yang melimpah,
♥️ Semoga segala cita2 tercapai,
♥️ Sentiasa dibawah lindungan ALLAH SWT,
♥️ Terima kasih untuk segalanya...
♥️  I always love u till Jannah...😘😘😘