Saturday, October 31, 2009
Kursus 5S & SKT di Penang
Inilah my bos... Anak buah semuanya wanita...... he3
Inilah Aidah... Akhirnya, Dia yang dapat hadiah yg aku berikan hahahahahaha....
Masing2 bergaya dengan hadiah yang diperolehi
Wajah2 atlet sebelum bmula sesi telematch....
acara merebut bahan2 utk membina istana pasir
Bertungkus lumus menyiapkan istana kami....
Inilah istana pasir aku... Kami berikan nama secara spontan iaitu -- Istana Kasih Sayang
Patner aku sebelum acara Three Leg Race... Jgn marah ea, aku dpt tmpt kedua. Tmpt ptama, my bos dapat.
Acara isi air dlm baldi. Acara nie laah yang paling meletihkan.... Sampai menggigil kepala lutut nie... Dapat tmpt ptama [bagi ketegori wanita]
Friday, October 30, 2009
Tekanan
Seawal pg lgie, aku diberitahu bahawa laporan yg clik aku hantar utk meeting ngan KSU salah. Adoyaiiiiiiiiiiiii.... mgapalah aku dikurniakan clik yg cukup sengal mcm dia eaa. Tahap kesabaran aku mmg dah x boleh nak dibendung lgie.
Aku suruh second bos aku call dia suruh dtg opis sbb dah jam 8:45 masih x nampak batang hidung dia kat opis. Dia msg inform, dia datang lewat sbb sakit perot. Makin mendidih jee aku dengar.
Hari Isnin Sakit Perot...
Hari Selasa, Nak gie jumpa doct...
Hari Rabu, MC...
Hari Khamis, masok jam 3ptg..
Hari Jumaat, tertido lepas mkn ubat & masok opis jam 11:30pg
Haaaa..... sapa yg tak angin. Keja dia, aku pula yang kena setelkan. Abis tu keja aku? Bukan sekali nie sahaja, tp dah dekat 4 bln sejak dia melaporkan diri di kementerian. Hari tu dia jumpa ngan 1st bos, bgtau yang dia nak minta tukar. Dia mengalami stress. Kohkohkoh!!!!!! geli aku dengar. Baru keja 2-3 bln, dah bgtau dia sterss. Yang aku x tahan, dia siap mgadu ngan KA [Ketua Akauntan]
Tapi semuanya memandang sepi pada aduan dia yang hanya berupa aduan yang cukup sengal!!!!
Semalam punya meeting adalah meeting yang teramat memalukan aku. Laporan yang dia kemukakan semuanya salah. Tapi bila aku tengok dia, seronok main msg pula. Semua pegawai aset perhatikan aku sahaja bila laporan yang dibentangkan tak sama dengan apa yang mereka berikan.Time tu aku nak je kuar dari bilik meeting. X sanggup rasanya nak menjawab <
Daripada dia nak tukar keja @ tempat keja.... baiklah dia BERHENTI sahaja. Cukup2 menyusahkan orang sahaja.
Tuesday, October 27, 2009
Perfume
Bertahan Sebagai Single Fighter
Bergelar wanita atau lelaki di zaman moden ini, perihal jodoh dan teman hidup tidak lagi menjadi kebimbangan yang utama. Kesannya, hingga kini anda masih bersendirian menikmati kehidupan bergelar Single Fighter sedangkan rakan-rakan lain sudahpun berumahtangga. Kadanag-kadang kebebasan yang dimiliki anda hari ini dicemburi orang lain..
1. BEBAS MEMILIH PASANGAN Menjadi single fighter akan memberikan kebebasan bagi anda mencari teman hidup yang tepat. Anda bebas berteman dengan siapa saja yang paling serasi dengan sifat anda. Jadi risiko memilih pasangan hidup yang salah agak berkurangan. Ini kerana ada individu yang terlalu mengejar usia sehingga salah membuat pilihan.
2. FOKUS PADA KERJAYA Dengan menjadi single fighter, anda dapat menumpukan perhatian untuk mencapai puncak prestasi pada kerjaya. Anda tidak perlu memikirkan tentang perihal kekasih jika ada tawaran kerja menarik di luar negeri sekalipun. Pada tahap ini, tidak mustahil ramai yang ingin berdampingan dengan anda. Bukankah ini lebih menguntungkan? Kerjaya dan cinta sama sukses!
3. RUANG GERAK MENJADI LEBIH LUAS Ketika anda menjadi single fighter, kehidupan merupakan dunia kecil anda. Anda bebas memilih apa yang anda inginkan atau tidak. Anda bebas pergi ke mana saja untuk melakukan apa saja. Tidak ada orang yang akan melarang ataupun mengekang anda. Pendak kata, anda bebas menjadi diri anda sendiri tanpa perlu mempedulikan orang lain.
4. BEBAS BERKENALAN Anda bebas untuk berkenalan dengan sesiapa sahaja bahkan bercinta juga. Anda tidak terikat peraturan yang mengharuskan anda bercinta hanya dengan seseorang. Anda bahkan mempunyai kebebasan untuk memilih beberapa calon yang sesuai buat anda.
5. MEMPERKAYA DIRI SENDIRI Selagi anda masih sendiri, anda tidak perlu pening kepala memikirkan apakah bentuk hadiah yang dapat menyenangkan pasangan. Anda juga tidak harus memperuntukan wang untuk urusan rumahtangga. Anda bebas membelanjakan wang anda untuk kesenangan peribadi.
6. MENIKMATI KESENDIRIAN Sendiri bukan bererti sepi!! Dengan tidak adanya pasangan, bererti anda tidak harus bersiap-siap menghadapi suasana hati yang tidak menentu. Anda juga tidak harus makan hati gara-gara berselisih faham dengan pasangan.
7. HOBI TIDAK TERGANGGU Setelah anda mempunyai pasangan, tentu sedikit sebanyak waktu anda diperlukan untuk menemani pasangan. Sebagai single fighter, anda tetap dapat menjalankan hobi sesuka hati. NAda tetap dapat mengumpul benda-benda kesukaan anda. Anda juga dapat membelai diri selama berjam-jam di spa.
8. TIDAK PERLU BERKOMPROMI Menjadi single fighter juga bererti anda tidak perlu 'sembunyi-sembunyi' ketika melirik seorang gadis manis atau jejaka yang kacak.
9. Setiap orang inginkan pasangan di dalam hidup mereka; sebagai teman susah senang bersama. Oleh itu, jangan malu untuk mengakui akan hahikat itu.
10. Setiap perkara yang diingini perlu disertai dengan usaha! Oleh itu, jangan malu untuk berusaha memiliki jodoh yang anda idamkan.
11. Jodoh itu sesuatu yang cukup 'misteri' yang kita tidak dapat kenal dan ketahui bila dan di mana ia akan muncul. Oleh itu, sentiasa bersedia.
12. Walaupun anda sudah selesa dan gembira dengan kehidupan solo kini, namun usah jadikan alasan untuk terus kekal bujang.
13. Sentiasa panjatkan doa supaya dipermudahkan jodoh anda. Menjadi Wanita bujang Yang Berjaya Kejayaan dan kegembiraan hidup bukan sahaja untuk mereka yang berkeluarga. Anda yang berhak menikmatinya.
14. Sekarang ini bukanlah suatu perkara yang luar biasa apabila seorang wanita memilih untuk hidup sendirian sehingga ke akhir hayat. Walaupun apapun pendapat keluarga atau orang-orang di sekeliling anda, usah pedulikannya andai anda gembira dengan kehidupan yang telah anda pilih atau ditakdirkan untuk anda.
15. Walaupun anda mungkin pernah bercinta dan kecewa, anggap sahaja itu adalah asam garam kehidupan. Kuatkan azam dan tekad dan perlu diingatkan bahawa perkara ini tidak sesekali menjadikan anda seorang yang lemah atau "kekurangan" dalam apa segi sekalipun. Fikirkan ia sebagai satu peluang baru untuk kehidupan yang lebih baik.
16. Gunakan sepenuh dan sebaiknya kehidupan solo anda. Cara yang boleh dilakukan adalah berbeza-beza bergantung pada individu. Oleh itu ada baiknya jika anda membuat satu senarai tentang perkara/benda/aktiviti yang boleh membuatkan anda gembira. Pastikan anda melakukannya (sekurang-kurangnya satu daripada perkara tersebut) dan lakukannya secara tetap.
17. Sentiasa berhubungan dengan teman-teman baik anda.
18. Andai anda mempunyai sahabat lelaki yang sudah berkahwin, ambil langkah untuk mengenali isteri dan anak-anaknya. Jika boleh jadilah sahabat kepada isterinya juga.
19. Sentiasa yakin pada diri dan kebolehan sendiri. Sentiasa berfikiran positif dan tidak mudah menyerah kalah apabila berdepan dengan masalah.
20. Jangan sekali-kali melakukan sesuatu atau bersikap yang membuatkan orang berfikir bahawa anda "desperate" untuk mencari pasangan hidup.
21. Sentiasa bersikap tenang menghadapi apa jua situasi.
22. Jangan biarkan orang mengambil kesempatan atas diri anda.
23. Tingkatkan potensi diri anda. Sertai persatuan sukarela atau kebajikan. Ia akan memberikan satu persepsi baru dalam hidup anda.
24. Jangan takut untuk merebut peluang.
25. Paling penting, panjatkan doa agar diberikan ketenangan dan kebahagian dunia dan akhirat.
Thursday, October 22, 2009
Rahsia Wanita
- Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya
- Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf
- Wanita sukar nak mencari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang(sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan)
- Sekiranya seorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain
- Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti coklat!!
- Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tahu macam mana nak menerima pujian
- Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tidak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja
- Sekiranya seorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia seorang kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan
- Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik,puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka
- Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ini langsung tak berguna
- Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita
- Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut
- Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangan senyum sebarangan
- Jika kamu menyukai seorang wanita, cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam
- Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu
- Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu, teruskan usahamu untuk memikatnya
- Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!
- Selepas seorang gadis jatuh cinta, dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal
- Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis, cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta
- Bila setiap kali gambar kelas keluar, benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri
- Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!
- Satu ucapan ‘Hi’ sahaja sudah cukup menceriakan harinya
- Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui
- Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik
- Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi
- Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati...
- Senjata wanita adalah airmata!!
- Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah, bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu
- Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So, kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...
- Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa
Wednesday, October 21, 2009
Tiada Lagi Tangisan
Rintihan asmara kian berubah
Tiada lagi mengharap
Tiada lagi belai manja mu
Semua telah berakhir
Ketenangan hidup menyinari ku
Keperitan cinta terlerai sudah
Tabahkanlah hati luka nan berduri
Ku mengenali siapakah diri ku yang sebenarnya
Tiada lagi tangisan
Tiada lagi airmata
Membasahi jiwa luka
Yang tinggallah hanya memori duka
Semuanya di duga
Pertemuan kali ini
Takkan berkekalan
Berakhirlah istana bahagia
Biarkan daku hidup keseorangan
Tak perlu lagi cinta yang menghiris luka
Titisan airmata kini kekeringan
Tak perlu menabur kasih mu
Ketenangan hidup menyinari ku
Keperitan cinta telerai sudah
Tabahkanlah hati luka nan berduri
Ku mengenali siapakah diri ku yang sebenarnya
Dan kini tertutup jendela harapan
Kau yang menanti ke pangkuan aku
Semua takdir yang telah ku temu
Kan ku bina segalanya tanpa mu