pagi ini aku sungguh stress!!!!! bila mana aku bertangguh dalam buat sesuatu mesti kena cop SUKA BERTANGGUH! tapi bila masa dia yang bertangguh, boleh pula keluar ayat SABAR, tahu apa yang dia buat. uhhhh... sungguh2 stress macam ni.
rasa aku nak iklankan aje, biar selesai perkara ini segera. sebab itulah muka aku ni sekarang penuh dengan jerawat!!! semua gara2 stress. tak tahulah sampai bila boleh bertahan dengan perkara ini. bukan sehari dua tapi sudah makan bulan kot. arghhh stresss....
Friday, July 25, 2014
Monday, July 21, 2014
Lagu Raya
Cuma tinggal 6 hari lagi untuk kita semua umat Islam akan menyambut kedatangan Syawal. Sudah mula berkumandang lagu-lagu raya tetapi aku memang tak boleh nak mendengar lagu raya yang syahdu mahdu ni... hati jadi dipaut kesedihan pabila teringatkan arwah nenek2, atok2 dan terutama maksu.
Aku terlalu rindukan mereka semua... memang aku redha pemergian mereka tetapi jauh dalam hati ini terlalu rindukan layanan manja mereka kepadaku..
Semoga kalian tenang disana dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.
Al-fatihah....
Hj. Abdul Rahim bin Hat
Hj. Abdullah bin Sastero
Hjh. Mutiah binti Midi
Salinah binti Abdullah
Friday, July 11, 2014
Menu 11 Julai 2014
Alhamdulilah... masih ada rezeki untuk kami. Terima kasih kepada siapa yang sudi membeli dengan kami
D Sempoi Catering...
Thursday, July 10, 2014
Menu 10 Julai 2014
Alhamdulilah... hari ini ada 3 menu baru... dah belum sampai jam 10pagi semuanya sudah habis ditempah. Terima kasih kepada semua yang membuat tempahan.
Wednesday, July 9, 2014
Ifftar Di Luar
Alhamdulilah... hari ini berbuka puasa diluar. Encik Suami yang belanja.
Menu :
Nasi Putih
Ikan Siakap Masak 3 rasa
Udang Goreng Butter
Sotong Goreng Tepung
Ayam Goreng Kunyit
Ayam Masak Paprik
Tomyam Campur
Sayur Kailan Ikan Masin
Air Tembikai Laici
Tuesday, July 8, 2014
Menu 8 Julai 2014
Alhamdulilah... selesai tempahan menu berbuka puasa untuk hari ini... Hari ini yang mendapat tempahan yang cukup menggalakkan adalah Paru Berlada... Sampai 9kg paru terpaksa kami gunakan untuk penuhi permintaan. Itupun masih belum mencukupi, minggu depan kami ulang semula menu tersebut ea.
Monday, July 7, 2014
Friday, July 4, 2014
Thursday, July 3, 2014
Menu 3 Julai 2014
Alhamdulilah, setelah 2 hari berniaga lauk sempana Ramadhan ni mendapat permintaan yang menggalakkan. Warga Putrajaya semuanya tak sempat hendak memasak dan malas hendak ke bazar yang padat dengan orang ramai. Syukur masih ada ruang untuk kami.
Wednesday, July 2, 2014
Tuesday, July 1, 2014
Menu 1 Julai 2014
Insyallah, hari ini akan bermula jualan untuk juada berbuka puasa. En Suami yang sangat beria mahu menjual. So aku hanya siapkan apa yang patut. Semoga usaha diberkati olehNYA. Amin
Subscribe to:
Posts (Atom)