PESANAN BUAT SUAMI - Oleh Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah
1. Selalu menghargai usaha dan penat lelah isteri,
terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.
2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan
buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan
tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi
yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.
3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri
atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias
isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..
4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood
atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat
saja.
5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah
menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh
cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam
maharaja.
6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau
relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk
dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu
hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami
lepas tangan.
7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit
lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor
ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.
8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah,
beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia
memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan
isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum
sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi
saja.
9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz
badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri
dalam cermin dulu.
10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu
kenapa boleh control kentut?
11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri
walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda
dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.
12. Jangan
kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtanggan.
13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki.
Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya
perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah
dia rela nak tolong.
14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka
baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam
bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu
barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat
macam tu? Semua nak kena ajar ke?
15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia
perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua
tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.
16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu
dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para
isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan
diri sendiri.
17. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain.
Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh
tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat.
18. Kalau tak
menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak
menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai
jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?
19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah
bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.
20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu
keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau
pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling
menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati
nanti.
21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan
ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga,
besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu
isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami
juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk
syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.
22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan
keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah,
kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali.
23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau
berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk.
Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan
bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi
kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya,
janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.