Thursday, December 27, 2018
Sunday, December 23, 2018
Selamat Pengantin Baru
Selamat Pengantin Baru Asfa.. ni semua teman2 dari zaman sekolah menengah. dekat berpuluh tahun kami tidak bersua.
Friday, December 21, 2018
Penutupan Akaun Tahun 2018
ini aktiviti kami setelah selesai penutupan akaun tahun 2018
kami raikan di Seol Garden.. akak dibawa mencemar duli sebab tak pernah ke sini hakhakahak...
en Suami banyak kali ajak akak ke sini tapi akak tak mahu. akak ni bukannya makan banyak, rasa macam membazir kalau datang berdua aje
gambar dekat atas??? itu hasil solekan sementara akak menunggu adik2 shopping hakhakhakhak...
sesekali buat kepala giler
Sunday, November 18, 2018
Tuesday, October 30, 2018
Temuduga
lepas akak temuduga di SPA, en Suami bawa akak makan asam pedas kegemaran akak (Kafe Kayu Asam Pedas). sajelah tu nak jaga hati akak supaya bertenang hahaha...
masa temuduga ok ke?
ok je... akak boleh lah jawab soalan2 yang dikemukakan terutama berkaitan dengan kewangan
berjaya ke?
tunggu ajelah keputusannya hahaha... doa2kan akak berjaya
risau ke kalau tidak berjaya?
tidak lah... akak ok aje,
yang penting kita dah mencuba yang terbaik.
semua paper kita dah berjaya dengan cemerlang & exam online pun kita dah berjaya
jadinya itulah kejayaan kita
kalau temuduga berjaya itu bonus mark
lagipun akak sayang nak tinggalkan tempat baru ni
Tuesday, September 4, 2018
Selamat Ulangtahun Suami
Selamat Ulangtahun Roomate a.k.a Encik Suami ... Alhamdulillah suprise birthday berjaya dilakukan atas kerjasama rakan sekerja en Suami serta big bos dia.
Rentetan video kejutan
Friday, August 24, 2018
Kuah Laksa Johor
Atas permintaan, akak gigih buat kuah laksa untuk Hari Raya Korban kali ni.
Terima kasih atas tempahan kalian semua
Saturday, August 11, 2018
Tuesday, August 7, 2018
Sunday, July 22, 2018
Durian ooo Durian
kami ke kebun durian di Jelebu Negeri Sembilan untuk menikmati durian.. syoik dapat makan durian yang betul2 baru luruh dari pokok. asal dengar aje durian luruh, berlari kami mencari.
terima kasih tuan kebun, izinkan kami makan sampai senak perut, siap bawa balik lagi. moga dimurahkan rezeki tuan kebun sekeluarga.
terima kasih juga pada encik suami kerana rajin ikut program puan isteri 😍
Saturday, July 14, 2018
Wednesday, June 20, 2018
Selamat Hari Raya Aidilfitri 2018
Selamat Hari Raya Aidilfitri 2018. Tahun ini kami beraya di Utara. Perak-Kedah.
Gambar di pagi raya... en Suami memang poyoo.. adik sepupu pun melayan aje nak ambilkan
Wednesday, June 13, 2018
Projek Kuih Hari Raya
Ini projek last minit en Suami untuk hari raya.. ada seminggu lagi nak raya dia boleh pulak buka tempahan untuk kuih Almond London..
Alhamdulillah walaupun raya tinggal 7 hari lagi, lebih 50 botol permintaannya. cuma akak memang tak larat nak buat. Sudahnya en Suami yang ambil cuti untuk selesaikan. Siapa suruh open order kan, akak nak cuti panjang ni memang banyak kerja di opis so memang tak boleh lah nak cuti..
Terima kasih banyak pada yang sudi menempah. Insyallah raya haji nanti kami buka semula tempahan.
Thursday, April 26, 2018
Kursus Pengurusan Kewangan Tahun 2018
mata dah "koyak" tapi kita layan juga kursus kewangan ni selama 4 hari di Penang. dah rindu dengan "roomate"
Friday, April 20, 2018
Hari Lahir 2018
Ingatkan bila dah pindah Kementerian ini dah takde kejutan rupanya lagi meriahnya.. 1 opis sampai bos pun sama joint buat kejutan.
en Suami ni kawan-kawannya bersepah, ada sahaja bantuan dari kawan-kawannya.
Terima kasih semua. Semoga dengan bertambah usia ni akan bertambah muda lah akak selalu hahaha...
angka 4 sudah mula menjenguk-jenguk hahahaha....
Subscribe to:
Posts (Atom)