Thursday, January 6, 2011

Merokok

Merokok??? Weiii busuknyaa... mesti guys yang merokok akan marah tapi itu adalah realitynya pada aku. Aku? aku memang tak boleh bau asap rokok nie. Hidung aku nie sensitif sangat dengan asap rokok nie...

En Defa? Yuppp dulu dia memang perokok tegar tapi sekarang alhamdulillah sedikit demi sedikit kurang ketagihannya. Bila berdepan ngan aku lagie laa dia tak merokok sebab hidung aku memang tak boleh hidu asap rokok. Nanti selsema aku bertambah teruk. Aku nie alahan pada habuk.

Kat mana En Defa merokok kalau kat rumah???

Kat sini hehehe.... [luar rumah] dan....


di sini.... toilet kedua. Toilet di dalam master bedroom memang diharamkan sama sekali menghisap rokok lalalalala....

Skrang nie kadar pengisapan rokok oleh En Defa telah berkurang. Kalau dulu sekotak untuk sehari tetapi kini sekotok boleh bertahan sehingga ke 2-3hari. Bergantung pada kawan2 yang datang mencucuk2 beliau hehehe....

Tapi aku akan tetap usahakan agar En Defa berhenti merokok untuk selama-lamanya. Ini pun untuk kesihatan sendiri dan isteri kan...

KATAKAN TIDAK PADA........... :))


S

Makan Malam

Semalam balik aje dari opis terus aku tanya ngan En Defa apa nak makan untuk malam nie. Jawapan dia cukup mendukacitakan... "masaklaa apa2 pun... "

Kang kalau dimasak pedas2 asyik berulang ke toilet. Padahal aku nie tergolong dalam kategori insan yang suka makan pedas tapi aku dikurniakan seorang suami yang tak tahan makan pedas. Kesian pulak kalau masak ikut selera tekak aku.

Dalam pening2 dok pikir apa nak masak, tapi tangan ligat keluarkan segala stok makanan dalam frezz dengan harapan akan dapat ilham. Tapi ilham tak datang2 pun.

Akhirnya... inilah yang terhasil oleh airtanganku....



Ikan masak kicap, ikan goreng bersama ayam goreng dengan tepung adabi....

Paling ringkas dan mudah sahaja tapi yang penting En Defa berpuas hati. Alhamdulillah...

So, untuk malam nie apa pula yang perlu aku masak nie. Helpp... Helpp... Help... :))

Wednesday, January 5, 2011

Honeymoon

Rentetan semasa honeymoon temph hari... Gembira sangat dengan kejutan nie. Rasa nak nangis pun ada... Romantiknyee kamu nie kan En Defa....


Tips Hamil


Rahsia Pertama – Elakkan penghasilan telur dan sperma lama

Penghasilan fetus yang sihat dan kuat, kedua-dua suami dan isteri hendaklah mengeluarkan telur dan sperma yang segar. Ini bermaksud elakkan hubungan seks beberapa hari sebelum hari subur isteri anda, kerana sperma boleh bertahan selama 3 hari. Selepas 3 hari sperma ini akan lama dan rosak.

Jika hari subur isteri jatuh pada hari ke-13 dan-14, maka anda digalakkan bersama setiap hari atau selang sehari pada hari ke-11, ke-12, ke-13 dan ke-14. Elakkan bersama selepas hari ke-14.

Contohnya hari pertama haid anda adalah 1/1/2011, maka hari subur anda adalah 13/1/2011 dan 14/1/2011. Anda digalakkan bersama suami sekerap yang mungkin atau selang sehari pada 11/1/2011, 12/1/2011, 13/1/2011 dan 14/1/2011 dan berhenti bersama pada hari yang berikutnya,iaitu 15/1/2011 untuk mengelakkan telur dan sperma sudah tamat tempoh bagi mengurangkan risiko keguguran.


Rahsia Kedua – Tingkatkan bilangan sperma sehingga hari subur

Bagi si suami pula, anda dinasihat tidak melakukan ejakulasi langsung 3 hari sebelum hari subur isteri anda bagi meningkatkan bilangan sperma dan menjamin kualiti sperma yang dihasilkan sehingga hari subur isteri anda


Rahsia Ketiga – Jangan cuba berkonsepsi jika hari subur(ovulasi) anda jatuh pada hari ke-17 atau lewat

Masa optima untuk hari subur (ovulasi) adalah hari-14 atau awal, apabila peluang untuk menghasilkan fetus yang sihat adalah 90%. Jika hari subur anda jatuh pada hari ke-15 atau lewat peluang tersebut jatuh kepada 43%.

Hari subur yang lewat juga meningkatkan risiko keguguran kerana sel telur yang dihasil telah lama dan rosak, dimana ia akan mengurang penghasilan hormone progesterone, iaitu hormone yang menyiapkan uterus atau rahim anda untuk proses kehamilan dan menghalang kedatangan haid anda.

Kelewatan hari subur anda boleh disebabkan oleh beberapa faktor. Oleh itu, dinasihatkan anda semak balik pemakanan seimbang anda, mengawal berat badan anda dengan senaman yang teratur, pengambilan vitamin dan mineral yang secukupnya dan tidak tertekan(stress).


Rahsia Keempat – Sentiasa Berdoa & Bertawakal

Bagi yang beragama Islam kita digalakkan berdoa dan bertawakal. Mudah-mudahan dikurniakan apa yang kita idamkan. Di bawah saya sertakan doa untuk mendapat anak yang amat digalakkan baca setiap kali selepas solat:-

  • Doa zuriat yang soleh - Surah Ali-Imran ayat 38
هُنَالِكَ دَعَا زَكَرِيَّا رَبَّهُ قَالَ رَبِّ هَبْ لِي مِن لَّدُنْكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَاء
Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya: Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan.


Teruja

Alhamdulillah.... pagi nie aku mendapat berita yang X housemate ku telah pun hamil. Bahagia sangat aku bila mendengar ceritanya.

Aku berharap dan berdoa semoga aku jua akan mendapat berita gembira nie. Impian aku agar aku dapat anak kembar. Gelak? hahahaha... semua gelakkan aku sebab aku mahupun En Defa langsung tiada GEN twins. Tapi semua itukan kuasa Allah.... :))

Tuesday, January 4, 2011

Suprise

Entry nie dah agak lama tapi aku postkan jua sebagai ingatan aku sendiri hehehe...

Kejutan demi kejutan yang hubby berikan untuk aku...
Firstly this... mesin basuh automatik 9kg. Aku fikirkan siapa juga yang datang ke rumah malam2 nie.. Time tu mata sudah mahu terlena. Sekali bila dibuka, Ya Allah.... Terima kasih suamiku. Terima kasih kerana memahami kesukaran diriku.

En Defa inform yang dia nak belikan 13kg, senang nak basuh totto, cadar2 tetapi memandang ruang yang amat terhad hanya 9kg sahaja yang dibelikan untuk aku. Itupun aku dah lebih dari syukur sangat. Malam tu juga, En Defa terus membasuh kain2 baju yang ada.. Ehhh, sapa pula yang teruja nie hehehehe....





Ini pula adalah kejutan pada keesokan harinya.... En Sempoi kesiankan aku yang terpaksa masak air panas seawal pagi untuk mandi. Opssss.... bukan aku takut mandi pagi taw tapi telah disarankan oleh doctor supaya aku elakkan semua benda2 yang sejuk dan kalau boleh mandi pun biar dengan air panas. En Defa inform yang barang nie murah sahaja, tak mampu nak belikan yang mahal tapi aku dah cukup syukur sangat dengan pemberiannya.. Gembira sangat2.




Saturday, January 1, 2011

♥♥♥ Walimatus ♥♥♥

28.11.2010...

Tarikh keramat dalam hidupku... Dengan rasminya aku kini menjadi seorang isteri. Bagaikan tak percaya status yang kini ku sandang. Alhamdulillah, majlis berlangsung dengan lancar walaupun dikala persandinganku hujan mencurah2 turun dengan lebat.

Terharu dengan saudara mara serta sahabat2 yang datang dihari bahagiaku. Tiada apa yang kuharapkan dari mereka semua, hanyalah kehadiran mereka semua memeriahkan suasana dihari bersejarah aku. Thanz again....
Inilah hubby ku yang telah siap dihiasi.... cantek kan hik3
Bersama2 hantaran dari sebelah lelaki...
Bersama2 hantaran dari sebelah perempuan...

Acctually cake yang telah kami design kan berbeza dengan apa yang terhasil nie. Rasa kecewa juga sebenarnya tp kami terima sebab pihak yang terlibat tidak mention pun pada kami lebih awal. Selepas majlis barulah diberitahu.

DF --- Din & Feeza

Defa Qasehnya Sempoi..... Pelamin & baju pilihanku. Cantek tak? Aku teruja sangat apabila melihat hasilnya. Tenz to Astana Bridal & tenz to kak zila :D

Duduk Di Pelamin Angganku... 
Semoga KITA bahagia hingga ke Jannah... Amin