Tuesday, March 15, 2011

Flowers


Hari ni dapat suprise dari my hubby.... ♥♥♥

Malu giler time Pn Defa terima nie... lgie2 time tu ngah cibok uat kerja kat opis. opismate semua tegur... mereka ingatkan hr nie bsday Pn Defa @ annivesry.... Yang pasti my hubby memang suka buat suprise begini. Bila ditanya untuk apa? Dia cakap sebagai menghargai diri Pn Defa... Alahaiiiii.... u so romantik tp so sorry Pn Defa nie tak pandai romantik2 nie hahahaha......

Wednesday, February 9, 2011

Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu

Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu

Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa

Kasihku…ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya

Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu

Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu

Monday, January 24, 2011

Aktiviti Terbaru

Alhamdulillah... setelah percubaan kali pertama berhasil dan mendapat pujian kini aku meneruskan lagi percubaan tersebut. Pn Defa buat nie semata2 mahu membantu En Defa.

Pagi nie seawal jam 4:30 Pn Defa sudah pun bangun untuk menyediakan Nasi Goreng Kampung bersama Ayam Goreng Berempah. Kuih2 muih pula adalah Pau Kacang Merah, Pau Kaya, Popia Ayam & Kentang serta Samosa Otak2.

Bersyukur sangat2 sebab En Defa pun turut bangun awal untuk membantu. Nak mencari duit lebih kena saling bantu membantu kan.

Disebabkan Pn Defa tak larat nak mengoreng nasi yang banyak tu, maka En Defa telah pun membantunya. Pewitttt.... dia cakap, tak payah pergi belajar masak jauh2 sebab Pn Defa dah ada untuk ajar dia. Alahaiiii, siapalah Pn Defa sekiranya nak dibandingkan dengan Ayah Pn Defa yang sudah berpengalaman memasak bertahun2 lamanya.

Tepat jam 6:30 semuanya telah siap... Terus berangkat ke opis masing2. En Defa gembira sebab dia sudah tidak perlu menunggu. Sebelum nie dia terpaksa menunggu orang untuk hantar ke semua makanan dan dia akan terkejar2 untuk buat ke semua order. Kesian sebenarnya Pn Defa pada beliau sebab tu digagahkan diri untuk buatkan.

Pn Defa tetapkan syarat, kalau first time buat, orang puji sedap maka Pn Defa akan teruskan membuatnya. Maka pada last week percubaan, telah pun mendapat pujian kenalah Pn Defa teruskan. Alahaiii untuk kami bersama jua. Sama2 susah... Sama2 senang....

Jangan fikir nak senang tapi suami yang terpaksa bsusah2kan...

So... inilah kerjaya Pn Defa yang baru... :)

Friday, January 21, 2011

Full House

Inilah aktiviti Pn Defa selama beberapa hari. Dok melayan citer nie. Cd nie Pn Defa pinjam pada seorang kenalan. Dah nengok citer nie tapi nak nengok lagie. Mula2 En Defa hanya memandang sinis aje sbb Pn Defa asyik melayan citer nie... tp semalam dia pulak yg dok melayan hehehe... sanggup berjaga sampai jam 2pagi.


Thursday, January 20, 2011

Karipap Sardin


Pagi hari cuti..... Dr pagi dok fikir apa nak buat untuk santapan En Defa... Akhirnya Pn Defa pun teringat akan kesukaan, kegemaran En Defa iaitu.... Karipap Sardin.... :)

Apalagi lepas solat subuh, terus sahaja ke dapur sediakan sardin bersama kentang....
Blenderkan bawang besar, bawang kecil, halia dan beberapa batang cili padi. Lepas tu tumiskan bahan2 tadi hingga garing. Masukkan kentang yg dah dipotong kecil2 [biar mudah empuk]. Masukkan sardin yg telah dihancurkan. Biarkan hingga kering & garing. Opsss... jangan lupa masukkan sedikit garam yea. Nahhhh, nie hasilnya.

Lepas tu sediakan tepung untuk buat karipap. Tepung, mentega yang telah dicairkan dan sedikit air. Mentega cair digunakan agar kulit karipap tu ranggup dan tidak resap minyak.. Lepas tu uli dan kelim laa karipap tersebut. Nahhhh, ini hasilnya setelah dikelim. Amacam... cantek tak Pn Defa kelim karipap? hehehe....


Ini pula 2 biji karipap yang tidak jadi kelimnya hehehe... Almaklum laa baru nak belajar2 memasak nie lalalalala

Lepas dah siap semuanya dikelim... gorengkan dia.
Alhamdulillah.... siap sahaja kelim karipap, En Defa pun tersedar dari lena. Terkejut dia sebab Pn Defa sediakan makanan kesukaan dia :) . Rasa bangga pulak bila En Defa puji hasil airtangan Pn Defa nie. I like....


Wednesday, January 19, 2011

CEK MEK MOLEK


Inilah yang terhasil.... Kuih Cek Mek Molek. Inilah first time aku buat kuih nie. Kuih nie kan kuih tradisi org kelate dan aku pulak org johor....

Balik aje dari opis aku mencari beras utk buat pengat [bubur cacar] memandangkan kat rumah ada 3 ketul keledek. tapi cari punyer cari... tak berjumpa2. Lastly ambik keputusan buat kuih nie.....

Bak kata hubby jgn membazir... guna apa yg ada di rumah tu. disebabkan terlalu asyik makan sampai lupa nak snap picture, dapatlah 2 ketul kuih tu. Amacam comey tak kuih yg aku buat nie? :)) :)) :))

Monday, January 17, 2011

Juadah Di Petang Hari



Inilah menu di petang hari... Daripda dok beli kat kedai, adalah baik buat sendiri kan hik3....

Tapi disebabkan tiada roti john, aku pakai roti biasa aje. Janji rasa tetap sama :) dan yang penting hubby aku suka akan hasil air tangan ku ini :)